Tuesday 26 October 2010

Saturday 2 October 2010

~ KeTiKa ALLAH mEmiLiHmU uNtUkKu ~

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..

Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan membesar drpd keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..


Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..


Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, kau pun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'...





Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..


Maka ketika Dia memilihmu untukku,

Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka pimpinlah tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Menyempurnakan separuh drpd agama..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah.. aku adalah mahluk-Nya diciptakan drpd tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerna aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerna akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..




Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..




Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..




Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redholah padaku,
Sungguh Redhomu adalah Redho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerna bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

*Dedicated to sahabat2 muslimah..to sis afifah,happy newly wed..to dearest friend,congrats..semoga Allah mempermudahkn jln pernikahan kalian berdua...jodoh itu rahsia Allah,hanya Dia mengetahui jodoh yg terbaik buat diri kita,usah dibangga kelebihan dan usah diungkit kelemahan jodohmu kerna dirimu juga seorng manusia yg sudah fitrahnya punya kedua-dua sifat tersebut..maka keseimbangan antara dua sifat ini mnjadikn hidup kita saling melengkapi dan mencintai Pencipta lebih daripada insan yg dicipta

Monday 23 August 2010

Community Outreach & Charity Visit Ihya' Ramadhan



          Alhamdulillah, there was no other word I would say to impress my gratefulness for those precious moments. My naked eye witnessed the success of this program. Macam ayat skema conclusion dlm report, 'all objectives have been achieved',hehe. Sehari sebelum program, kami (subcom special task) dah merasa bahang kepenatan mengurus brg2 sumbangan yg bakal dibawa ke masjid taman balok makmur.


         Tiba hari program, kami sampai seawal 11 pagi. Memandangkan sesi penyerahan ank angkat hanya akan bermula dlm pkl 12, sesi bersembang mengambil tempat. Aku pun 2 kali 5. Bukan ape, sebenarnya sisters ni nk hilangkan rasa cuak bila brdepan dgn ibu bapa angkat nanti. Sama cuak dgn time nk jumpa bakal mak mentua kot..ish3. Usai sesi penyerahan anak angkat, kami pulang ke rumah ibu bapa angkat masing2. I've got another family...wee ^_^. Alhamdulillah, aku dan bihah diberi keluarga angkat yg cukup baik hati, kemesraan antara kami mudah terjalin.

       Tugas aku yg sepatutnya bermula jam 2 petang jadi lewat sedikit disbbkan pelajar2 yg tiba ke kelas lambat. Gusar jugak mulanya bila tak nampak kelibat langsung budak2 spm. Takkan kami yg jadi fasilitator utk slot motivation spm ni nk motivasikan diri sendiri pulak. Haha...sounds like a funny joke,but..melihatkn ekspresi muka headcom,firdaus..kami yg cool pun dh start berkira2,get ready dgn segala kemungkinan dan fikirkn backup plan. Syukur,tak lama lepas tu,sorang demi sorang datang.Fuh..legaa.

                                     motivational slot

                                        
                                          mind setting activity
              ramai jugak yg tertipu hehe... kena alert dgn arahan

          Slot berjaya dikendalikan dan diorang pun nampak enjoy dgn aktiviti yg kami sediakan. Credit to our leader,ezra don,bihah,faci2 n pc.Selain spm slot,kelas fardu ain,exhibition,primary school slot,health screening dan memasak bubur lambuk turut dibuat serentak. Habis program,kami pulang ke rumah keluarga angkat dan balik semula ke masjid utk berbuka puasa dan solat berjemaah. Agaknya sebab lapar kot,juadah berbuka semua kami rasa cukup menyelerakan.


budak2 ni seronok sangat bila abang2 dan kakak2 yg ajarkan
mereka fardu ain

          Sebelum bertolak pulang ke kampus, masing2 tak melepaskan saat2 terakhir bersama keluarga angkat. Kuharapkan ukhwah tak terputus setakat ini,insyaAllah panjang umur,tentu akan bertemu
lagi.                          
                                                  
     
                               bersama ibu,bihah dan adik

           Thanks ibu,pakcik dan adik. Aku kini memiliki 2 orang adik yg bakal menghadapi spm tak lama lagi, best of luck to both of you. Ada masa terluang nanti,kakak2 ni akan datang melawat hehe...

kariah masjid,mainboard n committees

           Special thanks to mainboard for the superb work. PM,secretary,headcom n assistant headcom,tak dilupakan PC.Walaupun salah sorang pc,sis afi baru 20 tahun,tapi komitmen dan cara bekerja cukup matang melebihi yg lebih senior,credit to her. Same goes to daniel,pc kami yg 'handsome' dan sangat sporting...maaf kerana 'ter'salah tikam belakang anda..huhu (ni sume don pnye pasal).Tak dilupakn faizah,who was the one offering us to join this program and special task committees,u all are the best. Hoping that Allah may give us another chance to cooperate again next time,insyaAllah...ilalliqa' wa ukhwah fillah abadan abada (^_^)   






Thursday 12 August 2010

ahlan wasahlan ya ramadhan


Tanpa Disedari

11 bulan

banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan

tak semua menyejukkan,



11 bulan

banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan

tak semua menyenangkan,



11 bulan

banyak keluhan, kebencian dan kemarahan



saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"

saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,

saatnya menikmati indahnya kemurahanNya

saatnya memahami makna pensucian diri



Selamat menunaikan Ibadah Puasa

bersama kita leburkan kekhilafan,



Semoga dengan puasa mempertemukan kita

dengan Keagungan Lailatul Qadar

dan kita semua menjadi pilihanNya

untuk dikabulkan do'a - do'a

dan kembali menjadi fitrah


Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

Monday 2 August 2010

DRUG dosage during Ramadhan

Once daily dose: take 30 mins before/after sahur or after breaking fast with kurma followed by dinner

Twice daily dose: one dose before/after sahur and next dose after breaking fast

Thrice daily dose: one dose 30 mins before/after sahur,one dose during breaking of fast,and one dose
before bedtime

~perkara2 yg TIDAK membatalkn puasa~
  • eye drops, nasal drops and ear preparations
  • glyceryl trinitrate tablet, administered sublingual indicated for angina pectoris
  • memasukkan pessaries ke dlm faraj
  • all types of injection (IV,IM,subcutaneous kecuali injection bertujuan memasukkn nutrien ke dlm badan)
  • pengambilan oksigen dan gas pelali
  • cream, ointment (ape2 ubat sapu), patch, koyok dll yg sewaktu dgnnya
  • kumuran, spray mulut dan ubat sedut (inhaler) dgn syarat tidak menelan ubat tersebut

Sunday 16 May 2010

::goodbye community posting::

       Alhamdulillah,selesai sudah community posting selama 10 hari....baru 2 hari aku tinggalkn farmasi penawar,tapi aku dah pun rindu dgn 'penghuninye'...especially anak bongsu bos,sumayyah syuhada yg kupanggil maya.Pengalaman yg diperoleh cukup berharga,at least dapat mengurangkan kemalasan aku ketika cuti semester ni hehe...memang tak dinafikan,daripada pemerhatian aku,bermacam-macam ragam pelanggan farmasi ni rupanya..kalau yg ramah,kita pun senang hati melayan..tapi bila kena yg tak mesra,hati yg susah bertambah2 gundah..huhu..
     
       Apa yg paling ketara sekali nk diceritakan di sini ialah betapa customers/patients sebenarnya kurang pendedahan dgn self-medications dan tak alert dgn akta berkaitan dgn penjualan ubat-ubatan secara retail.
Bukannnya susah nk cari info,klik saja di pharmacy.gov.my..hampir semua ada.
Misalnya,ada satu hari tu..sorang customer lelaki ni,masih muda n kalau dilihat penampilannya,dia memang mempunyai pekerjaan yg stabil..apa ubat yg dicarinya?hmm..nk ubat tidur rupanya...kami tak jual ubat tidur encik,maaf....di lmn web pharmacy.gov dgn jelasnya menyatakn di bawah akta kawalan dadah,psychotropic substance(ubat tidur,penenang,ubat sakit mental/ape2 drugs yg sewaktu dgnnya) adalah dadah terlarang yg TIDAK DIBENARKAN utk dijual di farmasi..tapi sayang ramai tak tahu,berat sangat kot jari nk klik lmn web tu,kalau nk klik youtube,fb,ym...ringan pulak jari tekan mouse n keyboard...
    
     Aku mengharapkan ramai yg akan ingat sekurang-kurangnya brand name n concentration utk ubat yg diambil,kalau content tu aku faham la,memang susah sikit nk igt...tapi,kebanyakannya ambil jalan mudah,ingat harga utk 1 strip,takpun warna/bentuk ubat tu.Ini boleh menimbulkn kekeliruan..iyalah,yg nk makannya nanti diorang jugak,kalau remethan yg patutnya diambil 25mg,ape akan jadi kalau amik yg 100mg?
Tapi kadang-kadang yg ingat nama n conc ubat ni pakcik2 dan makcik2..so,aku agak gembira jugak bila diorang ni masih dpt ingat nama ubat yg diambil dgn baik...

-di bawah ni aku listkn beberapa ubat yg sempat aku ingat mase posting-

-Dhamotil (cirit-birit) 1 tab. tds
-Apo-Napro-Na (sakit gigi,dewasa sahaja) max 5 tab. per day
-Fungazole (content:ketoconazole) utk panau, tab. 200mg o.d.
-Ketovid cream : panau
-Novomin (travel sickness) 1 tab. half an hour before travels
-Noflux (bengkak gusi) 1-3 tab. daily
-Ponstan (painkiller) 500mg
-Remethan 100R kaler oren (ubat saraf,sakit lutut), tp kdg2 ade yg ambil voren
-Cafergot novartis (anti migraine) tab. o.d.,jgn ambil lbih 4 tab. sebln
-Clarinase (selsema)
-Paramol suspension (demam utk kanak2) 1 teaspoon tds 

Tuesday 6 April 2010

::Farewell Homeroom Dinner::

      Petang sabtu yg lepas, homeroomku mengadakan farewell homeroom dinner di Sara Thai Kitchen. Sisters pergi dgn kak Fuzah dan kak Helwa,brothers pulak pergi dgn bro Afif dan bro Azwadi. Tak lama menunggu di restoran,lecturer homeroom kami,dr. Helal pun sampai.Dinner ni dirancang sebagai perjumpaan kali terakhir dgn adik-beradik tertua kami,kak Fuzah dan bro Wadi yg berada di thn akhir.Sambil makan-makan,dr. Helal byk memberi nasihat,kak Fuzah dan bro Wadi pun diminta memberi kata-kata terakhir utk kami (act. xdgr sgt ape dr. ckp sbb aku sebok makan+tmpt duduk aku jauh sikit).

kak zila..da abis dh buah laici tu,sebok je die cari buah laici hehe...

      Lepas ni mesti kami semua rindu dgn kak Fuzah.Bro Wadi tak sgt kot..sbb sisters yg junior kureng rapat dgn brothers.Buka sem baru nanti,tentunya kami akan mendapat adik-beradik baru,adik2 1st year.Owh...pantasnya masa berlalu,dah nk masuk 2nd year rupanya aku.Subjek pun lebih mencabar, pharmacology...immunology... pathology.. medicinal chemistry...peripheral nervous system.. pharmacy practice dan biotek..takutnya.....

kak zila,kak fuzah,faiqa,farah n aku....kak syikin xnk masuk,
kak helwa dgn kak fiza dh blk dulu

        Sayonara kak Fuzah dan bro Wadi...hope u both give the very best commitment as prp n enjoy the working environment as pharmacists,thanks for all n don't forget us here......kalau nk wat nasi minyak,sudi-sudikanlah layangkan kad jemputan utk kitorang ni hehe....

*kpd adik-beradik homeroom yg lain:kak zila,kak fiza,kak helwa,kak syikin,faiqa, farah, bro afif,bro helmi n bro (lpe name yg lg sorang ni...ape la aku ni)...let's do our best to strive excellently,hope that our ukhwah always be strengthen..n thanks a lot too.To dr. Helal, thanks for your kindness n concern..insyaAllah we'll try to make you proud of us....

Thursday 1 April 2010

Is He GoInG tO Be MiNe?

Is he going to be mine?

"wa'asaan takrohu syai'an wa huwa khairullakum,wa'asa an tuhibbu syai'an wa huwa sharrullakum,
wallahu ya'lamu wa antum la ta'lamun"
(al-baqarah:216)

Today's his birthday...and i wish him..
He replied..."thanks...=)"
It's killing me....after a long silence....


Once before...
I did thought he was just my childish crush
Now,it seems that i'm wrong....
Almost 9 years,this hidden love....it's still unchanged
I'm thinking all of a sudden......am i able to let him go?
He's starting to torture my mind....i fight back...
I take my headset,turning on radio...
Listening to quranic recitation....
'Return back to Allah,the light of life...it is the prerequisite of happiness here...and hereafter'
(Cahaya kehidupan by Hijjaz-translated by me)


I really miss his family,really miss his parents....
And i do miss him....
To his dad,forgive me...
I can't approach him without knowing who's inside his heart...
Those memories...Langkawi...that school...
That mosque...even home....
I'll keep that as one of my best moments ever....

To him
I don't love you for the sake of your looks....
I don't love you for the sake of your wealth...
I don't love you for the sake of our parents's friendship...
But i love you because it's just you....

Thanks a lot...
For your compulsory word after chatting:-
anything wrong,just tell me okay
(I translate myself,he used to tell in 'loghat klate')
Thanks for everything...

I'm praying that you will
Be a good Muslim doctor...
Be a good son and a good brother...
Be a good servant of Allah...

Is he going to be mine?

If we're destined together...then praise to Allah (i'll sujud syukur)...
I'll never mistreat our parents's friendship to hold you....
But if we're not meant together...then..i hope Allah will lend His strength for me... 

I love you....
But now...i'm willing to let you go...
Like my dad sacrificed his first love for my mom...
I hope i can cope with this...
Let Allah decides what's the best for us...
But...
I hope you'll always keep in mind...
I'll never let you go with the title of 'friend'...
A true friend...
-Sanah helwah...my friend-

(written on 28th March 2010)

*hasil nukilan ni xde kena mengena dgn sesiapa,jugak bukan kisah cinta n isi hati mana-mana pihak....idea utk menulis dtg semasa tgh stress dgn final exam.....husnuzzon n avoid gossip(^_^) 

Tuesday 23 March 2010

EXAM STRESS



Apabila tahap ke'stress'an melampaui kewarasan akal fikiran...
Ni la akibatnya bila UIA men'train' student fakulti farmasi sbg 'Medical based Pharmacy student'...
Study la sampai tunggang terbalik pun wahaha....ya Allah berilah kami ketabahan dan kesabaran...

Sunday 21 March 2010

simple is the best (^_^)

   Have a look at these pics.Gambar ni diambil masa family datang melawat aku di kuantan.Kami sekeluarga bermalam di rumah mara kuantan.I was totally impressed with the decoration. Tak sangka,kat luar rumah biasa je,adik siap komen tak cantik lagi hehe.Hmm..don't judge a house by its outside appearance.Even rumah ni tak sebesar mana,tapi aku cukup suka dengan susun atur dalam rumah ni.As simple as that.Well, mungkin citarasa sesetengah orang tak sama,ada yang suka suasana ceria,ada yang suka letak banyak hiasan,but i just love the simple one,like this.One day...kalau ada rumah sendiri,nak yang simple gini je,bukanlah betul2 sama,ni kira boleh diambil sebagai contoh hehe...

      living room,last day baru perasan kerusi ni boleh tarik lagi mcm
                                     kerusi panjang 




                                  dah datang menyibuk budak2 ni

  
                                                  dapur




                                                bedroom

                       opps kantoi,lupa nak tutup pintu almari

Wednesday 17 March 2010

Perjalanan masih jauh.....

      Selesai menduduki pharmaceutical analysis 1 lab. paper.Ahh...kecuaian dan ke'terlupa'an masih menjadi penghalang.Geram jugak memikirkan salah sendiri.Final exam is juz around the corner. Allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi wal kasal (ya Allah,aku berlindung drpd kelemahan dan kemalasan).
Usaha masih berada pada kelajuan 40 kilometer sejam.Bila lagi hendak pecut?

  
    Perjalanan masih jauh.Belum pun separuh jalan,sudah hanyut...lupa matlamat asal.Now it's time to refresh my mission.Struggling to get B.Pharm yg berbaki lagi 3 tahun.Syukur,walaupun tak cemerlang,aku tak pernah fail any papers even time midsem.I have to strive...untuk menebus balik cita2 belajar ke oversea selepas offer mara ke Australia dulu aku tolak.MA in clinical pharmacy is my target.Bunyinya macam sangat sukar...
but still i have to try my best.Looking forward to become successful muslim pharmacist yg mesra pesakit dan mampu menyumbangkan khidmat terbaik kepada komuniti. Next?
sudah tentu menggembirakan umi dan abah.Kumpul duit banyak2,memandangkan pharmacist berada di ranking ke-3 gaji tertinggi dlm sektor kerajaan (for the beginner),i think i'll be able to send them to Makkah before......kahwin.Kahwin?? tidak susah berbicara soal ni,juga sebagai bahan gurau senda dengan kawan2,i mean usik-mengusik la.... tapi jauh di dasar hati ini,keterbukaan terhadap munakahat adalah di tahap kritikal.Cukuplah sekali melihat insan yg sangat aku sayang terluka,aku lebih terasa pedihnya.Walaupun hampir semuanya dah berlalu,luka semakin pulih,tapi kesannya...takkan pernah hilang sampai bila2...sebaik mana pun lelaki,sukar aku memahami hakikat sebenar jiwa mereka,luaran cukup berbeza dengan isi di dalamnya....cukuplah Allah dan rasul bagiku,that's the best status i can tell for now...

      Dah merepek-repek aku ni.Study2...malam ni giliran mikrobiologi notes pulak.Demi matlamat, insyaAllah...mesti bertahan menggalas tugas utama sebagai pelajar...teringat kata-kata yg dititipkan drpd seorang teman:

sahabat,
dalam kesakitan teruji kesabaran,
dalam perjuangan teruji keikhlasan,
dalam ukhwah teruji ketulusan,
dalam tawakal teruji keyakinan.
mengejar impian itu memang memenatkan,
kadangkala mengundang putus asa,
hakikatnya yang penat itulah,
bakal memberi pulangan berharga.



~wa makaru wa makarallah,wallahukhairul makirin~
~kita hanya merancang,Allah jua menentukan,dan Allah adalah sebaik-baik perancang~
  

Saturday 13 March 2010

Apabila bayi itu bersuara....

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…


Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...


Ibu ingat 14 feb tak?


Malam tu ibu ada janji temu


Ibu jumpa jejaka tu


Ibu kata dia cintakan ibu




Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu


Dia rayu dan belai ibu


Katanya cintanya hanya untuk ibu




Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya


Ibu terbuai dalam bicaranya


Ibu terlena oleh bisikannya


Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu


Ibu izin dia sentuh jasad ibu


Ibu puas dapat buktikan setia ibu


Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu


Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,


Hari ini lepas 9 bulan...


Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil


Hari ini buah cinta kalian telah terzahir


Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...


tapi benarkah bu?




Kenapa dia tidak sama menyambut kami?


Kemana


dia telah pergi tidak azankan kami?


Mengapa ibu pun benci kami?


Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?






Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit


tak berbakikah kasih dan sayang dan


Tidak lagi kah ibu berTuhan?


Benarkah ibu?


Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....


Renung renung kanlah !!!


-Bila seronok, aku cari....pasanganku


-Bila sedih, aku cari....Mak


-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak


-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku


-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku


-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak


-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku


-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


-Selalu.. aku ingat pasanganku


-Selalu.... Mak ingat kat aku


-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku


-Entah bila... aku nak talipon Mak


-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


-Renungkan:


-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...


-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?


-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit


sebulan pun cukuplah".






-Berderai air mata jika kita mendengarnya........


-Tapi kalau Mak sudah tiada..........


-MAKKKKK...RINDU MAK....


RINDU SANGAT....






-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....


-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....


-berapa ramai yang sanggup... mengantikan lampin ibunya.....


-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......


-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....


-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....




-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

~Akhir kata,sayangilah ibubapa kita kerana tanpa mereka siapalah kita~
~Allahummaghfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama rabbayani soghiro~

Kuching trip (iv)

28 Februari 2010

   Hari ni hari terakhir aku di kuching.Sebelum bertolak ke airport tengah hari nanti,kami mencuri masa menziarah kawan-kawan umi dan abah di mrsm kuching.Kemudian,kami ke Waterfront untuk last round shopping souvenirs.


                                    Waterfront bazaar

Kami berlepas pulang tepat jam 3.40 petang menaiki pesawat airasia AK5209.Suatu percutian yg melakar kenangan indah,terpahat kukuh di ingatan.Bye-bye Sarawak,insyaAllah ada waktu kita bertemu lagi (^_^)

bergambar kenangan

bye2 sarawak

Kuching trip (iii)

27 Februari 2010

     Kami bertolak pada awal pagi menuju ke Serikin yg memakan masa lebih sejam.Pasar Serikin memang popular di sini dgn pelbagai barangan yg dijual agak murah,majoriti peniaga datang dari Indonesia.Sebelum sampai,kami singgah sebentar di pasar puak Bidayuh.Macam-macam jenis buah dan sayur ada,kebanyakannya dikutip sendiri di hutan dan dijual.Tak dilupa,makanan wajib diorang; ulat sagu atau ulat mulong yg kononnya sedap.Eww...tak dinafikan ia halal,tapi kitorang tak sanggup nak makan.

                              di pasar masyarakat bidayuh

                                    ulat mulong


 pasar Serikin
Selesai memborong di Serikin,kami kembali ke kuching.Next destination yg ditunggu-tunggu,kilang kek lapis dayang salhah.Di sini,pelanggan diberi peluang merasa semua jenis kek lapis,yg mana kami rasa sedap,yg tu jugak la yg kami kebas.Walaupun cuma 10 ringgit sebiji,tapi bila dah ambil banyak tu tak rela pulak nak bayar.Mana taknya,kek lapis pudina,evergreen,blueberry..semua sedap-sedap.Belum masuk part nak bagi jiran dan kawan lagi.Alhamdulillah,ternyata kami langkah kanan hari ni,Timb. menteri belia dan sukan merangkap ex-student mrsm terendak,YB Dato' Razali Ismail buat kunjungan mengejut di kilang kek lapis ni.Memandangkan abah dan geng2 cikgu ni kenal baik dgn dato' YB,semua kek lapis kami di sponsor oleh beliau.Terima kasih byk2 dato'....=)  

                           
                      bersama Dato' Razali

Kemudian kami singgah sebentar di pasar Satok untuk membeli ikan terubuk sebelum pulang ke hotel.

Kuching trip (ii)

26 Februari 2010

Bermula pengembaraan kami.Destinasi?hanya sekitar bandar Kuching. Seawal jam 8 pagi, kami memulakan perjalanan.Breakfast..aku tak mahu mencuba mee kolok yg kononnya sedap,betul ke?oh belasah je roti canai hehe.Then kami ke menara (tak ingat dah ape nama menara tu) untuk meninjau bandar kuching dari atas. Asalnya kami tak dibenarkan masuk sebab ada kes bunuh diri semalamnya,tapi lepas pak guard kat situ call polis, kami diberi kebenaran naik.Wee...

                                   merdeka!!!      


Destinasi seterusnya yang cukup dinanti-nantikan oleh aku,umi dan acik Yam.Ke mana lagi kalau tak ke kedai mutiara,lokasi pertama duit melayang.Bukannya yg real pun, tapi dgn harga semurah RM5,gelang-gelang yg sangat cantik boleh didapati dgn bermacam pilihan di sini.Arif pulak tak melepaskan peluang membeli gendang kecil hehe (entah-entah aku balik dah rosak dibuatnya).


                              
                           umi,borong je semua

Usai shopping,kami ke India Street,tak ada apa yg menarik pun.Next,Waterfront,sesi ambil gambar di pesisir sungai Rejang bermula. Then,kami bergambar di tugu kucing.Diorang ni yg beria-ria,hehe sape-sape yg kenal aku memang tau aku tak suka kucing.Cuaca yg sangat panas di sana memaksa kami untuk tidak berlama-lama bergambar, ohh tak tahan.Ni baru panas dunia,belum lagi panas matahari yg cuma sejengkal dari kepala di akhirat nanti...


             
   gaya bebas nicely presented by cikgu irawan dan ustaz tony


Kami pulang ke hotel pada waktu tengah hari, dan meneruskan aktiviti di sebelah petang.Pemandu pelancong membawa kami ke rumah panjang Anna Rais(betul ke eja ni??),tapi hajat aku tak kesampaian sebaik saja tiba.Masakan tidak,sudah la dah tak macam rumah panjang,tak nampak buluh pun,nak masuk pun kena bayar,baik tak payah.Mood aku down terus. Dengan hampa kami pulang semula ke kuching.Tapi otw nak balik mood aku yg down tiba2 berubah dek ternampak nama Kg Bunuk.Hahaha..Shafiq Halim,finally i found, betul ade nama kampung tu...kena story kat Jihan nie.Sebelum balik hotel,kami singgah ke kilang pasu.Aku just beli pasu kecil,for me and my sis,tak lupa untuk kak sa sekali.Last for today,kami sekali lagi ke ke Waterfront,diorang ni dah gian nak naik bot menyusuri sungai Rejang.Aku?tetap berkeras tak mau naik hehe.Masalah fobia jalan air dan udara hihi =p.Aku,umi dan mak ustaz Tony juz duduk2 di situ, menikmati pemandangan matahari terbenam.Subhanallah,sangat cantik...


                                   
                                                                
        pemandangan waktu petang di waterfront

Kuching trip (i)

Pada hari khamis bersamaan 20 rabiul awal atau 25 Februari lalu,kami sekeluarga telah melancong ke kuching,Sarawak. Sayang sekali, my 2nd sis tak dapat ikut serta. Tapi kemeriahan masih terasa dgn kehadiran kawan2 umi dan abah bersama keluarga. Macam-macam gelagat ustaz-ustaz dan cikgu Irawan yg bujang2 belaka (tp line xclear daa..).Last2 aku jugak kena buli dgn diorang, diminta ambil gambar dgn pose diorang yg tersendiri,nasib baik saya baik hati tau cikgu Irawan,ustaz Azhari...kalau tak memang nak minta upah hehe...kami berlepas tepat jam 6 ptg menaiki pesawat airasia AK5216.



nak dijadikan cerita, sebelum berlepas, ustaz shahril tanpa sedar menyimpan tiket abah. So, masa nk check in semua kelam kabut cari,adeii nasib baik aku dgn ustaz tony ternampak. Kalau tak,hehe bak kata cikgu Irawan,mak dgn anak pergi melancong tinggal ayahnya kat lcct ni. Buat cuak je. Waktu sampai,hari dah pun malam. Kami tak ke mana-mana kecuali turun dinner,merasa keenakan nasi ayam penyet yg popular di Sarawak ni.Emm,kecur liur dibuatnya.Bilakah lagi aku berpeluang merasa nasi ayam penyet agaknya?

                      nasi ayam penyet sarawak

Sunday 21 February 2010

BeTaPa RaSuLuLLah TeRlalu IsTiMeWa


Bismillahirrahmanirrahim....
sempena hari maulidur rasul yg bakal menjelang 26 feb ni bersamaan 12 rabiulawal, terdetik di hati nk menulis tentang betapa speselnye rasulullah SAW ni bkn saja kpd kita umat islam, tp sangat mulia di sisi Allah. Semalam aku menghadiri talk bertajuk 'mabuk dlm kecintaan Rasulullah' yg disampaikan oleh ulama dari Singapura, ustaz Tengku Fouzy Tengku Mahid Jumat. Talk tersebut telah menyedarkan aku yg selama ni ape yg aku tahu mengenai Rasulullah sangatlah sedikit, sungguh aku terasa malu menjadi umatnya, yang tidak mengenal nabinya sendiri. Di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yg aku peroleh melalui talk semalam.
Mengapa dan apa perlunya kita berselawat ke atas Rasulullah SAW??
Hakikat kita sebagai manusia, kadangkala persoalan ini timbul kerana kedaifan ilmu yg dimiliki. Dan jawapannya hanya satu, kerana Allah sendiri berselawat ke atas Rasulullah SAW dan diangkat baginda menjadi manusia paling mulia di sisiNya, maka apakah hak kita, manusia yg tidak maksum ini untuk berlagak sombong kepada Rasulullah sehinggakan apabila disebut nama baginda, mulut seolah-olah dipenuhi jongkong emas, berat sekali untuk mengucapkan selawat.


Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.
                                                                                                                     (surah al-ahzab, ayat 56)

Pernahkah kita terfikir, di dalam al-Qur'an dinyatakan perintah Allah ke atas kita hambaNya untuk beribadah; melakukan ibadah rukun dan hal ini hanya diperuntukkan kepada manusia. Akan tetapi, berdasarkan surah al-ahzab (56), selain kita yg diseru supaya berselawat ke atas Nabi Muhammad, Allah turut berselawat ke atas Nabi. Sungguh jelas bahawa Allah mengangkat darjat Rasulullah ke tahap tertinggi di sisiNya, namun kita sebagai umat Nabi Muhammad, sudahkah kita mengasihi baginda dengan selayaknya?
Adakah kita sejujurnya telah meletakkan baginda Rasulullah di tempat teratas dlm senarai orang2 yg paling kita kasihi? Atau masih penasaran memilih lelaki untuk dijadikn bf yg kononnya setia dicintai hingga hujung nyawa? Oh kekasihku, engkaulah hero sejatiku..hehe...ingin aku bertanya, di akhirat kelak, adakah 'hero sejati' anda ini berkemampuan menyelamatkan anda di sana? Tidak, sama sekali tidak..hampeh betul bf korang, sebaliknya lelaki ini (mcm lagu anuar zain pulak), lelaki bernama Muhammad bin Abdullah inilah yg akan memberi syafaat kepada kita di akhirat nanti. Jikalau di dunia kita memandang remeh akan kasih sayang kita kepada baginda Rasulullah, tidakkah malu kita ingin meminta syafaat daripada baginda kelak? Layakkah kita?

" Belum sempurna iman seseorang kamu, sehingga aku lebih dikasihinya lebih
  dari ayahnya, anaknya dan  manusia seluruhnya"                         
                                                                                        
   (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

       Mungkin ramai yg dah tahu kisah taubat nabi Adam A.S. Tapi aku tak kira, aku nak cerita jugak. Setelah nabi Adam dibuang dari syurga dan dicampak ke dunia, nabi Adam tidak putus-putus bertaubat sehinggalah di padang arafah, nabi Adam bertaubat memohon keampunan dari Allah dengan mengucapkan satu kalimah dan Allah akhirnya mengampunkan nabi Adam. Kalimah itu adalah 'la ila ha illallah muhammadun rasulullah'. Allah bertanya dari manakah nabi Adam mengetahui hal ini, maka nabi Adam menjawab sesungguhnya aku melihat kalimah ini di tiang2 arasy ketika di syurga, oleh itu tidak syak lagi Nabi Muhammad adalah manusia yg paling agung di sisiMu lalu aku meminta berkat Nabi Muhammad supaya Allah mengampunkan dosaku. Dikatakan waktu maghrib adalah waktu Allah menerima taubat nabi Adam.

Selain itu, Allah turut memuliakan gelaran terhadap Nabi Muhammad di dalam al-Qur'an dan hadis, tidak seperti nabi-nabi yg lainnya. Malah perbuatan menghina baginda merupakan salah satu sebab terbatalnya semua amalan kita selain syirik.

"Wahai orang-orang yg beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dgn suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yg lain, sedangkan (pahala) segala amalmu boleh terhapus tanpa kamu sedari"
                                                                                                                           (surah al-hujurat, ayat 2)

Sesungguhnya Rasulullah adalah kurniaan yg paling besar kepada manusia. Lahirnya baginda membawa rahmat ke seluruh alam. Berdasarkan kitab al-Bukhari, diringankan azab Allah terhadap Abu Lahab pada setiap hari isnin kerana Abu Lahab telah memerdekakan hambanya Thuwaibah lantaran terlalu gembira apabila Thuwaibah menyampaikan berita kelahiran Rasulullah. Begitulah istimewanya nabi kita ini di sisi Allah. Selain itu, antara bukti Rasulullah sebagai kekasih Allah adalah selawat di dalam tahiyat akhir, yg mana maksudnya kita meminta Allah selawatkan ke atas Nabi Muhammad kerana kita hanya manusia yg lemah, tidak akan pernah cukup selawat kita ke atas baginda walau betapa kasihnya kita kepada baginda nabi dan hukum membaca selawat ini dlm tahiyat akhir adalah wajib mengikut ijmak ulama.

Tak habis rasanya kalau nak dihuraikan lagi bukti-bukti lain, malah mungkin banyak lagi yg tidak aku ketahui,
hanya setakat ini mampu ku tulis, yg lain sama-samalah kita berusaha mencarinya, kita sayang nabi kan?
Maka berusahalah mengenali dan menyayangi baginda, kalau tak tahu macam mana nk kenal? Dan kalau tak kenal maka tak cinta (^_^)

Saturday 23 January 2010

Know your pharmacist (^_^)



















Di hospital, selalunya orang hanya mengenali pharmacist sebagai penjaga di kaunter ubat sahaja. Sebenarnya terdapat banyak pecahan tentang tugas pharmacist di hospital. Berikut disenaraikan satu per satu tentang pecahan tersebut dan apakah tanggungjawab seorang pharmacist di setiap bahagian tersebut.


1. Pharmacy Administration
:: Di sini, seorang pharmacist bertanggungjawab untuk merancang serta memastikan bekalan ubat dan bekalan perubatan lain untuk sesuatu hospital adalah mencukupi dan berterusan. Dia harus memastikan bahawa bekalan ubat yang disediakan adalah selamat dan berkualiti melalui cara penyimpanan yang betul. Ubat-ubat perlu diasingkan mengikut kumpulannya sama ada “ubat kawalan”, “racun”, “psychotropic” dan sebagainya. Sesetengah jenis ubat yang memerlukan suhu yang berlainan dari suhu bilik perlu diletakkan di dalam freezer atau peti ais untuk memastikan kualitinya terjamin.

2. Out-Patient Pharmacy Services (Bahagian Pesakit Luar)
:: Pharmacist perlu memberikan ubat kepada pesakit luar dan pesakit yang akan discharge dari hospital. Juga, pharmacist perlu memberikan maklumat yang secukupnya mengenai cara pengambilan ubat2 tersebut. Sekiranya pesakit menggunakan alat bantuan seperti inhaler atau insulin, pharmacist bertanggungjawab untuk menunjukkan cara penggunaannya yang betul.

3. In-Patient Pharmacy Services (Pesakit dalam Ward)
:: Pharmacists bertanggungjawab untuk memastikan semua “prescriptions” adalah disemak dan ubat yang betul mengikut dose yang betul dan cara pengambilan yang betul diberikan kepada pesakit yang berkenaan. Pharmacist juga perlu mempromosikan “compliance” di kalangan pesakit. Compliance di sini memberi erti bahawa setiap pesakit mengambil ubat dengan konsisten pada sela masa yang ditetapkan dan mengikut cara yang betul.

4. Satellite Pharmacy
:: Di setiap hospital, selalunya akan terdapat satu satellite pharmacy. Kawasan ini merupakan centalized unit farmasi untuk membekalkan ubat-ubatan kepada ward-ward yang spesifik atau dibekalkan dalam kuantiti unit kepada pesakit. Tugas pharmacist di sini adalah sama seperti di in patient services iaitu untuk menyemak setiap preskripsi dan memberikan ubat-ubat yang betul.

5. Drug Information Services
:: Pharmacist di unit ini bertanggungjawab untuk melayan setiap panggilan dan menjawab semua soalan yang ditanya oleh pemanggil. Pemanggil ini boleh saja terdiri daripada doktor, jururawat mahupun orang awam. Pharmacist perlu memberi respons kepada soalan yang dikemukakan dalam masa yang bersesuaian mengikut kepentingan maklumat tersebut kepada pemanggil. Selain itu, pharmacist juga perlu mengemas kini Hospital Formulary, iaitu buku yang mengandungi senarai nama ubatan yang digunakan di hospital tersebut.

6. Clinical Pharmacokinetic Services
:: Di bahagian ini, tugas seorang pharmacist adalah untuk mengesahkan kandungan sesuatu jenis ubat di dalam badan pesakit adalah di tahap yang selamat mengikut keperluan seseorang individu. Biasanya, objektif utama analisis ini dijalankan untuk mengesahkan dos ubat yang diambil adalah berlebihan, menentukan pesakit mengambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan (compliance), untuk mengurangkan risiko toksik ubat dan mengubah dos ubat mengikut keadaan pesakit. Pharmacist bertanggungjawab untuk memastikan sample darah yang diambil adalah pada waktu yang betul (samada sebelum atau selepas mengambil ubat), menganalisis keputusan yang diterima serta mencadangkan perubahan tentang dos ubat yang perlu dibuat mengikut keadaan pesakit.

7. Parenteral Nutrition Services
:: Pharmacist bertanggungjawab menyediakan nutrition yang diperlukan oleh pesakit yang tidak dapat makan secara oral. Pharmacist perlu mengetahui keperluan nutrisi yang diperlukan oleh pesakit, menyediakan nutrisi berkenaan, memastikan kualiti nutrisi yang disediakan adalah dalam keadaan bersih dan mengikuti perkembangan pesakit.

8. Oncology Pharmacy Services
:: Pesakit kanser memerlukan cytotoxic drugs. Penyediaan ubat tersebut adalah dilakukan oleh seorang pharmacist. Pharmacist perlu menyediakan semua protokol untuk merawat kanser yang dipraktiskan di hospital tersebut dan memastikan setiap penyediaan ubatan adalah mengikut protokol yang disediakan. Keputusan makmal yang berkaitan dalam penyediaan sesuatu ubat juga perlu diberi perhatian oleh pharmacist. Contohnya, bilangan sel darah putih pesakit perlu berada di tahap yang selamat bagi membolehkan sesuatu ubat itu diberikan.

9. Community Pharmacy Services
:: Basically, tugas pharmacist di sini adalah untuk memastikan ubat yang betul diberikan beserta dos dan jumlah yang sama seperti yang dilutis di dalam preskripsi. Pharmacist juga perlu menyemak presrikpsi untuk mengesahkan tiada kesalahan yang dilakukan. Pharmacist juga perlu memberi arahan yang tepat dan betul kepada pesakit tentang cara penggunaan sesuatu ubat.

10. Enforcement (Penguatkuasaan)
:: Di unit ini, pharmacist perlu memastikan bahawa setiap ubatan yang dijual adalah mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya terdapat mana-mana premis atau individu yang disyaki menjual ubatan secara tidak sah, pharmacist boleh melakukan sebuan ke premis tersebut. Bagaimanapun, perlu diingatkan pharmacist tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menahan sesiapa. Jadi, kebiasaannya pegawai polis akan turut serta dalam serbuan yang dilakukan. Setiap iklan yang mempromosikan barangan kesihatan juga perlu mendapat lesen yang sah. Pharmacist bertanggungjawab memantau semua iklan mengenai kesihatan.

Begitulah secara ringkas tugas seorang pegawai pharmacist. Pharmacist juga boleh bekerja di bahagian industri iaitu di kilang-kilang yang menghasilkan ubat-ubatan. Kesimpulannya, pharmacists are guardian of drug information. Let us never let this professionalism down.