Sunday 16 May 2010

::goodbye community posting::

       Alhamdulillah,selesai sudah community posting selama 10 hari....baru 2 hari aku tinggalkn farmasi penawar,tapi aku dah pun rindu dgn 'penghuninye'...especially anak bongsu bos,sumayyah syuhada yg kupanggil maya.Pengalaman yg diperoleh cukup berharga,at least dapat mengurangkan kemalasan aku ketika cuti semester ni hehe...memang tak dinafikan,daripada pemerhatian aku,bermacam-macam ragam pelanggan farmasi ni rupanya..kalau yg ramah,kita pun senang hati melayan..tapi bila kena yg tak mesra,hati yg susah bertambah2 gundah..huhu..
     
       Apa yg paling ketara sekali nk diceritakan di sini ialah betapa customers/patients sebenarnya kurang pendedahan dgn self-medications dan tak alert dgn akta berkaitan dgn penjualan ubat-ubatan secara retail.
Bukannnya susah nk cari info,klik saja di pharmacy.gov.my..hampir semua ada.
Misalnya,ada satu hari tu..sorang customer lelaki ni,masih muda n kalau dilihat penampilannya,dia memang mempunyai pekerjaan yg stabil..apa ubat yg dicarinya?hmm..nk ubat tidur rupanya...kami tak jual ubat tidur encik,maaf....di lmn web pharmacy.gov dgn jelasnya menyatakn di bawah akta kawalan dadah,psychotropic substance(ubat tidur,penenang,ubat sakit mental/ape2 drugs yg sewaktu dgnnya) adalah dadah terlarang yg TIDAK DIBENARKAN utk dijual di farmasi..tapi sayang ramai tak tahu,berat sangat kot jari nk klik lmn web tu,kalau nk klik youtube,fb,ym...ringan pulak jari tekan mouse n keyboard...
    
     Aku mengharapkan ramai yg akan ingat sekurang-kurangnya brand name n concentration utk ubat yg diambil,kalau content tu aku faham la,memang susah sikit nk igt...tapi,kebanyakannya ambil jalan mudah,ingat harga utk 1 strip,takpun warna/bentuk ubat tu.Ini boleh menimbulkn kekeliruan..iyalah,yg nk makannya nanti diorang jugak,kalau remethan yg patutnya diambil 25mg,ape akan jadi kalau amik yg 100mg?
Tapi kadang-kadang yg ingat nama n conc ubat ni pakcik2 dan makcik2..so,aku agak gembira jugak bila diorang ni masih dpt ingat nama ubat yg diambil dgn baik...

-di bawah ni aku listkn beberapa ubat yg sempat aku ingat mase posting-

-Dhamotil (cirit-birit) 1 tab. tds
-Apo-Napro-Na (sakit gigi,dewasa sahaja) max 5 tab. per day
-Fungazole (content:ketoconazole) utk panau, tab. 200mg o.d.
-Ketovid cream : panau
-Novomin (travel sickness) 1 tab. half an hour before travels
-Noflux (bengkak gusi) 1-3 tab. daily
-Ponstan (painkiller) 500mg
-Remethan 100R kaler oren (ubat saraf,sakit lutut), tp kdg2 ade yg ambil voren
-Cafergot novartis (anti migraine) tab. o.d.,jgn ambil lbih 4 tab. sebln
-Clarinase (selsema)
-Paramol suspension (demam utk kanak2) 1 teaspoon tds