Saturday 18 June 2011

jiwa aku _______ ??




EXACTLY




Adakah HATI ini hampa kerana kurangnya IMAN


ottoke???


Please get back!!! Ya Allah don't let me drown in this emptiness....

Friday 10 June 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (2nd day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


27 April 2011
      
        Azan subuh berkumandang seawal jam 4.31 pagi. Cuaca cerah pada pkl 5.30 pagi seperti pkl 7 pagi di Malaysia. Kami bersiap turun bersama bagasi untuk breakfast dan check-out. Nasi lemak yg enak disajikan pada breakfast terakhir kami di d’wau restaurant sebelum meneruskan perjalanan ke Siem Reap. Suasana di d’wau restaurant membuatkan kami tidak berasa seperti di berada di negara orang memandangkan pemilik dan pekerjanya begitu fasih berbahasa Melayu. Lagu-lagu popular diputarkan online menerusi siaran radio Hotfm manakala tv pula dipasang saluran RTM.

bergambar di d'wau restaurant

            Perjalanan ke Siem Reap memakan masa yg agak lama kerana kami singgah ke beberapa tempat terlebih dahulu. Seperti di Phnom Penh, farmasi dan klinik gigi begitu banyak sekali. Namun begitu, awas kerana 70 peratus ubat yg dijual berkemungkinan palsu atau luput tarikh di samping status halal yg samar-samar. Selain itu, kami berkesempatan singgah ke Highest Council for Islamic Religious Affairs Cambodia tidak jauh dari Kampung Cham dan beramah mesra dgn kakitangan dan para pelajar yg sedang mengikuti kelas.

di depan Highest Council for Islamic Religious Affairs Cambodia

Seterusnya kami singgah pula ke sebuah lagi madrasah, kali ini kemudahannya tidak sebaik kelas di Highest Council tadi. Walaupun bangunannya tidak seberapa tetapi pemandangannya tetap indah menghala ke Sungai Mekong. Pelajar lelaki belajar di masjid manakala pelajar perempuan belajar di kelas. Adik-adik kecil pula belajar di kelas berdinding kayu yg usang, di mana kelas ini adalah antara bangunan terawal didirikan untuk memulakan sekolah. Kelas mereka langsung tidak disediakan kipas. Teringat pula kerenah kami di kelas apabila air-cond tidak berfungsi, fokus mula hilang akibat kepanasan dan lectures yg didengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri, rasa malu sebentar. 

kelas anak-anak kecil yg usang

        Seperti yg dilihat, mereka tiada pakaian sekolah yg khusus, ada yg diseragamkan contohnya pelajar remaja perempuan bertudung labuh putih dan berjubah hitam atau baju kurung hitam dan kain sarung warna bebas. Kanak-kanak pula dicampur lelaki dan perempuan dlm kelas yg sama dan kebanyakannya berpakaian berwarna merah tua, barangkali itu uniform mereka.

bangunan kelas

di dlm salah sebuah kelas

         Kami berkesempatan melawat ke kelas-kelas mereka namun masalah bahasa membataskan komunikasi antara kami. Menjelang tengah hari, sesi persekolahan tamat dan para pelajar berduyun-duyun pulang dengan berbasikal atau berjalan kaki. Menurut seorang ustazah yg mengajar, para pelajar di sini belajar secara percuma dan guru-guru juga mengajar percuma. Agak-agak di Malaysia, ada tak guru yg seikhlas begini? Bonus hujung tahun tidak dapat pun membebel beratus kilometer, dibandingkan dengan mereka tidak merungut langsung malah berusaha mencurah segala ilmu yg ada. Kagum benar kami dengan kesungguhan anak-anak Kemboja yg tidak kisah berpanas berhujan demi mengutip sedikit ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, semangat mereka tetap kental mengalunkan surah-surah juzuk amma sekuat mungkin yg mana aku membayangkan jika pelajar Malaysia seusia mereka berada di situ sudah pasti sibuk mengibas baju kepanasan dan membaca dengan ala kadar sahaja.

bersama ustazah di kwsn sekolah yg menghadap sg mekong

        Perjalanan diteruskan. Masa untuk sampai begitu lama membuatkan kami terlelap, tapi sekadar tidur ayam saja kerana terganggu dgn bunyi hon bas. Di sini, pengguna jalan raya memandu dgn sesuka hati, walaupun jalan raya sememangnya sudah dua hala tetapi tidak semestinya mereka memandu pada arah yg sama, cukup bahaya! Sehinggakan kami membilang kekerapan pemandu bas membunyikan hon sepanjang perjalanan, boleh dikatakan selang 5 minit sudah lebih 2 kali hon dibunyikan. Pening kami dibuatnya.

        Sewaktu tiba di Siem Reap, waktu sudah hampir asar. Kami check-in di Reaksmey Chanreas Hotel. Mujur ada staf hotel membantu mengangkat beg, kalau tidak lelah juga mengangkut beg ke tingkat 3. Petang itu kami dibawa ke CTM souvenirs yg boleh tahan mahalnya.

di depan CTM Souvenirs di Siem Reap

        Sebentar sahaja masa diperuntukkan di sana memandangkan target shopping kami yg sebenar adalah di night market. Di night market, cenderamata, alas meja, keychain dan t-shirt dijual pada harga yg jauh lebih murah dan mudah untuk tawar-menawar. Kami berkomunikasi dlm bahasa inggeris dan menggunakan US dollar yg lebih diterima berbanding matawang mereka sendiri. Massage service juga popular di sini meliputi seluruh badan atau kaki sahaja pun boleh. Brothers sememangnya menikmati khidmat urut di sini, tetapi menggunakan khidmat pelayan lelaki. Ada juga yg mencuba Happy Feet, di mana ikan gapi digunakan untuk membuang sel-sel mati di kaki dgn harga semurah 3 USD.

brothers mencuba happy feet

      Puas shopping, masing-masing sudah menjinjit sekurang-kurangnya 1 beg plastik di tangan. Kami berjalan kaki ke restoran milik ustaz Musa untuk dinner dan pulang ke hotel.

-like usual, next day of trip will be published in next entry ^_^

Wednesday 8 June 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (11th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


6th May 2011

   Hari ini adalah hari terakhir di Bangkok. Selepas bersarapan dan check-out hotel, kami ke National Cancer Institute. Kami diberi taklimat di meeting room oleh doktor pakar berkenaan National Cancer Institute dan kanser yg biasa dirawat di sini. Jika di Malaysia, pembunuh utama ialah penyakit jantung dan kanser (breast cancer, lung cancer etc), lain pula halnya di Thailand. Kadar kematian di Thailand majoritinya disebabkan kemalangan dan kanser seperti kanser paru-paru dan kanser hati, manakala penyakit jantung berada di kedudukan ketiga. Tapi itu bergantung pada tempat, di sebelah utara cenderung kepada kanser lain, di selatan statistiknya lain pula. Research pun banyak dijalankan di sini dan ada juga kolaborasi dari Malaysia yg terlibat seperti ‘epidemiology of nasopharyngeal cancer in Thailand’ research project oleh doktor2 Sarawak General Hospital.

National Cancer Institute di Bangkok

doktor di NCI memberi penerangan

emm...catit je la pape yg patut, macam tgh dengar lecture pulak

NCI sememangnya fokus dlm research cancer yg dibahagikan mengikut jabatan-jabatan tertentu.
Aplikasi genetik pasti memainkan peranan kerana jika penghasilan biomarkers untuk diagnosis kanser di peringkat awal berjaya, tentunya ramai pesakit dapat diselamatkan. Lab animal section juga terdapat di sini, yg mana animal tumor model dijadikan subjek ujikaji untuk mengkaji kanser dan ubatan yg berpotensi melumpuhkan aktiviti sel-sel kanser. Untuk jabatan farmasi pula, tugas-tugas harian macam biasa yg pharmacy students sedia maklum iaitu dispensing inpatients dan outpatients dan salah satu aktivitinya ialah screening prescriptions. Chemotherapy atau cytotoxic service untuk inpatients dan outpatients terletak di tingkat 5, cytotoxic service ni tempat dispense ubat-ubat kanser yg potent, dan rawatan radiasi. Bagi clinical activities pula ada patient counseling, in-service academic (drug information service) dan ADR (Adverse Drug Reaction) reporting. Selepas sesi taklimat, kami diberi tea break sebelum sesi lawatan yg dipecahkan kepada tiga kumpulan.

sesi taklimat di meeting room

tea break

di cytotoxic preparation room

Setelah kami kembali ke meeting room, sesi soal jawab dibuka. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Dr. Kausar, penyampaian cenderahati dan bergambar kenangan. Disebabkan kekangan masa, kami terpaksa berkejar menaiki bas biasa untuk lunch di Nouvo City Hotel. Turun dari bas kena naik tut-tut pula. Barulah sampai di hotel. Terus ceduk nasi dan lauk tak pandang kiri kanan dah, janji dapat duduk makan..hehe. Kami juga solat di hotel selepas makan, dan kemudian bertolak ke Paradise shopping mall.

Dr. Kausar bersama doktor dan pharmacist NCI

lihatlah betapa sesaknya jalan di Bangkok tanpa mengira masa

suasana di ruang makan Nouvo City Hotel

tersenyum riang sbb makanan dh masuk perut

Paradise shopping mall sama seperti shopping mall lain di Malaysia, macam alamanda putrajaya. Setakat window shopping bolehlah, akhirnya yg dibeli hanyalah coklat kokoa hut buatan Thailand, memang sedap dan tak ada dijual di Malaysia. Cuma setengah jam di mall, kami perlu berkejar ke Suvarnabhumi International Airport. Dinner pun dibekalkan sebab dah tak sempat dinner di restoran. Sampai sahaja di airport dah boleh check-in. Suasana sedih mula terasa bila bersalaman dengan senior yg menetap di Thailand, kak Huda dan kak Ibtisam dan tour guide kami, kak Nutjawa yg cukup mesra dengan kami walau baru beberapa hari berkenalan. Tepat jam 7.40 malam waktu Thailand, kami berlepas pulang ke Malaysia menaiki pesawat Airasia Ak 751. Selamat tinggal Thailand, insyaAllah till we meet again (^_^)!


~berakhirlah catatan perjalanan 11 hari 10 malam kami~


Tuesday 7 June 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (10th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


5th May 2011

      Selepas breakfast di hotel, kami menaiki bas ke Rattanakosin, sebuah tempat di wilayah Ayutthaya, luar dari Bangkok . Destinasi pagi ini ialah Bang Pa-In Palace. 100 Baht dikenakan untuk tiket masuk. Bang Pa-In Palace kini dijadikan muzium dan dibuka kepada pengunjung setiap hari dari pukul 8 pagi-3.30 petang. Berdasarkan sejarah, Bang Pa-In Palace dibina oleh King Prasart Thong pada abad ke-17. Dipendekkan cerita, selepas zaman kejatuhan Ayutthaya pada thn 1767, istana ni dihidupkan kembali oleh King Rama IV yg lebih dikenali sebagai King Mongkut daripada dinasti Chakri. Kami memilih untuk berjalan kaki di sekitar istana, iyalah kalau naik kereta golf terpaksa tambah beberapa Baht lagi. Kawasan istana terbahagi kepada kawasan luar dan dalam (outer palace & inner palace). 4 bangunan terletak di kawasan luar iaitu Ho Haem Montien Devaraj, Sabakarn Rajaprayoon, Aisawan-dhipaya-asana Pavilion dan Phra Thinang Varobhas Bimarn Residential Hall. Sabakarn Rajaprayoon residential hall dahulunya adalah bangunan 2 tingkat daripada kayu dan batu yg dibina pada tahun 1876 untuk adik-beradik lelaki Raja Chulalongkorn. Aisawan-dhipaya-asana Pavilion pula dibina di tengah tasik sebagai tempat raja menukar persalinan. Kami ke sebuah anjung di tepi tasik yg menghadap Aisawan-dhipaya-asana Pavilion. Tasik berwarna kehijauan turut dihuni pelbagai spesies ikan dan kura-kura. Pengunjung boleh membeli roti berharga 20 Baht untuk memberi roti tersebut kepada ikan-ikan di tasik.

membeli roti untuk dilemparkan pd ikan-ikan

di anjung menghadap Aisawan-dhipaya-asana Pavilion

Aisawan-dhipaya-asana Pavilion di tengah tasik

Kami melangkah pula ke bangunan 1 tingkat Phra Thinang Varobhas Bimarn Residential Hall. Pengunjung wanita yg ingin masuk diwajibkan memakai kain sutera Thai yg telah disediakan manakala lelaki harus berseuar panjang. Selesai melawat kawasan luar, kami ke inner palace melalui jambatan yg menghubungkan Phra Thinang Varobhas Bimarn Residential Hall dengan kafe berdekatan Devaraj-Kunlai Gate. Antara bangunan yg terletak di inner palace ialah Uthayan Phumisathian Residential Hall, Ho Withun Thasana Tower, Wehart Chamrun Residential Hall, Phra Tamnak Fai Nai dan Memorials to Queen Sunandakumariratana dan Princess Saovabhark Nariratana & Three Royal Children. Uthayan Phumisathian Residential Hall adalah bangunan 2 tingkat bercirikan Swiss, berkonsepkan barat dan menjadi tempat penginapan kegemaran Raja Chulalongkorn. Asalnya bangunan ini merupakan bangunan kayu, malangnya ia terbakar pada 1938 lalu dibina semula dengan konkrit dan direka lebih moden.

Phra Thinang Varobhas Bimarn Residential Hall

di depan Uthayan Phumisathian Residential Hall 

Uthayan Phumisathian Residential Hall bercirikan Swiss

Dari Uthayan Phumisathian Residential Hall kami ke Ho Withun Thasana Tower. Menara ini dibina pada tahun 1881 oleh Raja Chulalongkorn untuk menikmati pemandangan indah di sekitar Bang Pa-In Palace. Wehart Chamrun Residential Hall pula terletak tidak jauh dari Ho Withun Thasana Tower. Wehart Chamrun Residential Hall ialah istana 2 tingkat berkonsepkan senibina China.

Ho Withun Thasana Tower bersebelahan 
Wehart Chamrun Residential Hall

Menikmati pemandangan dari atas menara

 Wehart Chamrun Residential Hall

Penat berjalan ditambah pula cuaca yg begitu panas, akhirnya kami menuju ke kafe membeli minuman penghilang dahaga sebelum kembali ke bas. Destinasi seterusnya ialah Kudi Cho Fa Mosque, masih lagi dlm wilayah Ayutthaya. Kami diberi sedikit penerangan oleh pengerusi masjid berkenaan masjid bersejarah ini. Imam dan ahli jawatankuasa masjid turut menyediakan juadah tengah hari. Asalnya sewaktu senibina islam masih belum berkembang di Thailand, masjid ini lebih bercirikan temple. Pada tahun 1919 barulah ia dibina sedikit berbeza oleh Mr. Yaem dan disebabkan perbezaan tersebut Raja Chulalongkorn menamakan masjid ini sebagai Kudi Cho Fa Mosque dan menghadiahkan lampu yg dipanggil ‘Takeng Cho’. Selain untuk tujuan ibadah, tingkat atas masjid ini juga digunakan sebagai kelas agama. Pihak masjid turut mengadakan summer camp kepada anak-anak masyarakat Muslim di sini. Selesai solat, pihak masjid memberi ucapan dan diakhiri dengan ucapan dan penyampaian hadiah oleh Dr. Kausar.

bergambar bersama ajk masjid

ruang solat masjid Kudi Cho Fa

cenderamata drpd pihak masjid

di depan Masjid Kudi Cho Fa

Seterusnya kami singgah ke Ayutthaya floating market. Ayutthaya floating market sememangnya popular dlm kalangan pelancong untuk membeli-belah sama ada cenderahati mahupun makanan tradisional Thailand selain berurut dan merasai pengalaman naik gajah. Bangunan-bangunan kedai daripada kayu yg didirikan terapung di atas tasik buatan menjanjikan pemandangan yg indah. Ada juga sampan yg dihias cantik untuk dinaiki pengunjung mengelilingi floating market selain daripada peniaga buah dan makanan seperti yong tau fu berniaga di atas sampan. Namun untuk membeli-belah bukanlah semudah seperti di Siem Reap kerana di sini sukar untuk tawar-menawar harga. Hanya beberapa barangan sahaja yg begitu murah. Makanan pula banyak yg tidak halal. 

Ayutthaya floating market

bergambar kenangan

entah apa maksud tulisan Thailand tu...

tarian tradisional Thailand turut dipersembahkan kpd pengunjung

Hari sudah malam sewaktu kami kembali ke Bangkok. Memandangkan malam ini malam terakhir kami di Bangkok, kami ke tempat makan bertemakan restoran dlm taman. Hidangan yg enak seperti nasi pulut, nasi goreng, kerabu mangga, telur dadar, hidangan ikan dan daging yg aku pun tak tahu apa namanya benar-benar membuka selera. Tour guide kami rupa-rupanya telah menyediakan persembahan drama yg dilakonkan mereka sendiri untuk kami selepas makan. Lakonan mereka memang mencuit hati, persembahan kami pula hanya diwakili oleh nasyid daripada brothers.

antara hidangan yg membuka selera

makan2...gambar x clear pula

persembahan drama drpd tour guides kami

Usai persembahan, kami berpecah kerana ada yg ingin pulang ke hotel, ada yg ingin ke night market manakala sebahagian kecilnya mahu ke Pakpong. Balik saja ke hotel barulah terasa sakit kaki dan penatnya. 

- to be continued in next entry as usual...