Sunday, 21 February 2010
BeTaPa RaSuLuLLah TeRlalu IsTiMeWa
Bismillahirrahmanirrahim....
sempena hari maulidur rasul yg bakal menjelang 26 feb ni bersamaan 12 rabiulawal, terdetik di hati nk menulis tentang betapa speselnye rasulullah SAW ni bkn saja kpd kita umat islam, tp sangat mulia di sisi Allah. Semalam aku menghadiri talk bertajuk 'mabuk dlm kecintaan Rasulullah' yg disampaikan oleh ulama dari Singapura, ustaz Tengku Fouzy Tengku Mahid Jumat. Talk tersebut telah menyedarkan aku yg selama ni ape yg aku tahu mengenai Rasulullah sangatlah sedikit, sungguh aku terasa malu menjadi umatnya, yang tidak mengenal nabinya sendiri. Di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yg aku peroleh melalui talk semalam.
Mengapa dan apa perlunya kita berselawat ke atas Rasulullah SAW??
Hakikat kita sebagai manusia, kadangkala persoalan ini timbul kerana kedaifan ilmu yg dimiliki. Dan jawapannya hanya satu, kerana Allah sendiri berselawat ke atas Rasulullah SAW dan diangkat baginda menjadi manusia paling mulia di sisiNya, maka apakah hak kita, manusia yg tidak maksum ini untuk berlagak sombong kepada Rasulullah sehinggakan apabila disebut nama baginda, mulut seolah-olah dipenuhi jongkong emas, berat sekali untuk mengucapkan selawat.
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.
(surah al-ahzab, ayat 56)
Pernahkah kita terfikir, di dalam al-Qur'an dinyatakan perintah Allah ke atas kita hambaNya untuk beribadah; melakukan ibadah rukun dan hal ini hanya diperuntukkan kepada manusia. Akan tetapi, berdasarkan surah al-ahzab (56), selain kita yg diseru supaya berselawat ke atas Nabi Muhammad, Allah turut berselawat ke atas Nabi. Sungguh jelas bahawa Allah mengangkat darjat Rasulullah ke tahap tertinggi di sisiNya, namun kita sebagai umat Nabi Muhammad, sudahkah kita mengasihi baginda dengan selayaknya?
Adakah kita sejujurnya telah meletakkan baginda Rasulullah di tempat teratas dlm senarai orang2 yg paling kita kasihi? Atau masih penasaran memilih lelaki untuk dijadikn bf yg kononnya setia dicintai hingga hujung nyawa? Oh kekasihku, engkaulah hero sejatiku..hehe...ingin aku bertanya, di akhirat kelak, adakah 'hero sejati' anda ini berkemampuan menyelamatkan anda di sana? Tidak, sama sekali tidak..hampeh betul bf korang, sebaliknya lelaki ini (mcm lagu anuar zain pulak), lelaki bernama Muhammad bin Abdullah inilah yg akan memberi syafaat kepada kita di akhirat nanti. Jikalau di dunia kita memandang remeh akan kasih sayang kita kepada baginda Rasulullah, tidakkah malu kita ingin meminta syafaat daripada baginda kelak? Layakkah kita?
" Belum sempurna iman seseorang kamu, sehingga aku lebih dikasihinya lebih
dari ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya"
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Mungkin ramai yg dah tahu kisah taubat nabi Adam A.S. Tapi aku tak kira, aku nak cerita jugak. Setelah nabi Adam dibuang dari syurga dan dicampak ke dunia, nabi Adam tidak putus-putus bertaubat sehinggalah di padang arafah, nabi Adam bertaubat memohon keampunan dari Allah dengan mengucapkan satu kalimah dan Allah akhirnya mengampunkan nabi Adam. Kalimah itu adalah 'la ila ha illallah muhammadun rasulullah'. Allah bertanya dari manakah nabi Adam mengetahui hal ini, maka nabi Adam menjawab sesungguhnya aku melihat kalimah ini di tiang2 arasy ketika di syurga, oleh itu tidak syak lagi Nabi Muhammad adalah manusia yg paling agung di sisiMu lalu aku meminta berkat Nabi Muhammad supaya Allah mengampunkan dosaku. Dikatakan waktu maghrib adalah waktu Allah menerima taubat nabi Adam.
Selain itu, Allah turut memuliakan gelaran terhadap Nabi Muhammad di dalam al-Qur'an dan hadis, tidak seperti nabi-nabi yg lainnya. Malah perbuatan menghina baginda merupakan salah satu sebab terbatalnya semua amalan kita selain syirik.
"Wahai orang-orang yg beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dgn suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yg lain, sedangkan (pahala) segala amalmu boleh terhapus tanpa kamu sedari"
(surah al-hujurat, ayat 2)
Sesungguhnya Rasulullah adalah kurniaan yg paling besar kepada manusia. Lahirnya baginda membawa rahmat ke seluruh alam. Berdasarkan kitab al-Bukhari, diringankan azab Allah terhadap Abu Lahab pada setiap hari isnin kerana Abu Lahab telah memerdekakan hambanya Thuwaibah lantaran terlalu gembira apabila Thuwaibah menyampaikan berita kelahiran Rasulullah. Begitulah istimewanya nabi kita ini di sisi Allah. Selain itu, antara bukti Rasulullah sebagai kekasih Allah adalah selawat di dalam tahiyat akhir, yg mana maksudnya kita meminta Allah selawatkan ke atas Nabi Muhammad kerana kita hanya manusia yg lemah, tidak akan pernah cukup selawat kita ke atas baginda walau betapa kasihnya kita kepada baginda nabi dan hukum membaca selawat ini dlm tahiyat akhir adalah wajib mengikut ijmak ulama.
Tak habis rasanya kalau nak dihuraikan lagi bukti-bukti lain, malah mungkin banyak lagi yg tidak aku ketahui,
hanya setakat ini mampu ku tulis, yg lain sama-samalah kita berusaha mencarinya, kita sayang nabi kan?
Maka berusahalah mengenali dan menyayangi baginda, kalau tak tahu macam mana nk kenal? Dan kalau tak kenal maka tak cinta (^_^)
Saturday, 23 January 2010
Know your pharmacist (^_^)
Di hospital, selalunya orang hanya mengenali pharmacist sebagai penjaga di kaunter ubat sahaja. Sebenarnya terdapat banyak pecahan tentang tugas pharmacist di hospital. Berikut disenaraikan satu per satu tentang pecahan tersebut dan apakah tanggungjawab seorang pharmacist di setiap bahagian tersebut.
1. Pharmacy Administration
:: Di sini, seorang pharmacist bertanggungjawab untuk merancang serta memastikan bekalan ubat dan bekalan perubatan lain untuk sesuatu hospital adalah mencukupi dan berterusan. Dia harus memastikan bahawa bekalan ubat yang disediakan adalah selamat dan berkualiti melalui cara penyimpanan yang betul. Ubat-ubat perlu diasingkan mengikut kumpulannya sama ada “ubat kawalan”, “racun”, “psychotropic” dan sebagainya. Sesetengah jenis ubat yang memerlukan suhu yang berlainan dari suhu bilik perlu diletakkan di dalam freezer atau peti ais untuk memastikan kualitinya terjamin.
2. Out-Patient Pharmacy Services (Bahagian Pesakit Luar)
:: Pharmacist perlu memberikan ubat kepada pesakit luar dan pesakit yang akan discharge dari hospital. Juga, pharmacist perlu memberikan maklumat yang secukupnya mengenai cara pengambilan ubat2 tersebut. Sekiranya pesakit menggunakan alat bantuan seperti inhaler atau insulin, pharmacist bertanggungjawab untuk menunjukkan cara penggunaannya yang betul.
3. In-Patient Pharmacy Services (Pesakit dalam Ward)
:: Pharmacists bertanggungjawab untuk memastikan semua “prescriptions” adalah disemak dan ubat yang betul mengikut dose yang betul dan cara pengambilan yang betul diberikan kepada pesakit yang berkenaan. Pharmacist juga perlu mempromosikan “compliance” di kalangan pesakit. Compliance di sini memberi erti bahawa setiap pesakit mengambil ubat dengan konsisten pada sela masa yang ditetapkan dan mengikut cara yang betul.
4. Satellite Pharmacy
:: Di setiap hospital, selalunya akan terdapat satu satellite pharmacy. Kawasan ini merupakan centalized unit farmasi untuk membekalkan ubat-ubatan kepada ward-ward yang spesifik atau dibekalkan dalam kuantiti unit kepada pesakit. Tugas pharmacist di sini adalah sama seperti di in patient services iaitu untuk menyemak setiap preskripsi dan memberikan ubat-ubat yang betul.
5. Drug Information Services
:: Pharmacist di unit ini bertanggungjawab untuk melayan setiap panggilan dan menjawab semua soalan yang ditanya oleh pemanggil. Pemanggil ini boleh saja terdiri daripada doktor, jururawat mahupun orang awam. Pharmacist perlu memberi respons kepada soalan yang dikemukakan dalam masa yang bersesuaian mengikut kepentingan maklumat tersebut kepada pemanggil. Selain itu, pharmacist juga perlu mengemas kini Hospital Formulary, iaitu buku yang mengandungi senarai nama ubatan yang digunakan di hospital tersebut.
6. Clinical Pharmacokinetic Services
:: Di bahagian ini, tugas seorang pharmacist adalah untuk mengesahkan kandungan sesuatu jenis ubat di dalam badan pesakit adalah di tahap yang selamat mengikut keperluan seseorang individu. Biasanya, objektif utama analisis ini dijalankan untuk mengesahkan dos ubat yang diambil adalah berlebihan, menentukan pesakit mengambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan (compliance), untuk mengurangkan risiko toksik ubat dan mengubah dos ubat mengikut keadaan pesakit. Pharmacist bertanggungjawab untuk memastikan sample darah yang diambil adalah pada waktu yang betul (samada sebelum atau selepas mengambil ubat), menganalisis keputusan yang diterima serta mencadangkan perubahan tentang dos ubat yang perlu dibuat mengikut keadaan pesakit.
7. Parenteral Nutrition Services
:: Pharmacist bertanggungjawab menyediakan nutrition yang diperlukan oleh pesakit yang tidak dapat makan secara oral. Pharmacist perlu mengetahui keperluan nutrisi yang diperlukan oleh pesakit, menyediakan nutrisi berkenaan, memastikan kualiti nutrisi yang disediakan adalah dalam keadaan bersih dan mengikuti perkembangan pesakit.
8. Oncology Pharmacy Services
:: Pesakit kanser memerlukan cytotoxic drugs. Penyediaan ubat tersebut adalah dilakukan oleh seorang pharmacist. Pharmacist perlu menyediakan semua protokol untuk merawat kanser yang dipraktiskan di hospital tersebut dan memastikan setiap penyediaan ubatan adalah mengikut protokol yang disediakan. Keputusan makmal yang berkaitan dalam penyediaan sesuatu ubat juga perlu diberi perhatian oleh pharmacist. Contohnya, bilangan sel darah putih pesakit perlu berada di tahap yang selamat bagi membolehkan sesuatu ubat itu diberikan.
9. Community Pharmacy Services
:: Basically, tugas pharmacist di sini adalah untuk memastikan ubat yang betul diberikan beserta dos dan jumlah yang sama seperti yang dilutis di dalam preskripsi. Pharmacist juga perlu menyemak presrikpsi untuk mengesahkan tiada kesalahan yang dilakukan. Pharmacist juga perlu memberi arahan yang tepat dan betul kepada pesakit tentang cara penggunaan sesuatu ubat.
10. Enforcement (Penguatkuasaan)
:: Di unit ini, pharmacist perlu memastikan bahawa setiap ubatan yang dijual adalah mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya terdapat mana-mana premis atau individu yang disyaki menjual ubatan secara tidak sah, pharmacist boleh melakukan sebuan ke premis tersebut. Bagaimanapun, perlu diingatkan pharmacist tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menahan sesiapa. Jadi, kebiasaannya pegawai polis akan turut serta dalam serbuan yang dilakukan. Setiap iklan yang mempromosikan barangan kesihatan juga perlu mendapat lesen yang sah. Pharmacist bertanggungjawab memantau semua iklan mengenai kesihatan.
Begitulah secara ringkas tugas seorang pegawai pharmacist. Pharmacist juga boleh bekerja di bahagian industri iaitu di kilang-kilang yang menghasilkan ubat-ubatan. Kesimpulannya, pharmacists are guardian of drug information. Let us never let this professionalism down.
Subscribe to:
Posts (Atom)


