Sunday, 15 May 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (4th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~

29 April 2011


       Selepas breakfast, kami bertolak ke kampung Poi Peit. Perjalanan mengambil masa dlm 6 jam. Setibanya di kampung, kami disambut mesra oleh penduduk kampung, terutama adik-adik kecil yg sudah tidak sabar untuk 'bermain' dengan kakak-kakak dan abang-abang dari Malaysia.
maaf adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang 
terlewat sampai,dh lama korang tunggu ye?

nenek ni gembira dapat ramai cucu baru hari ni...hehe

yeay,ambil gambar!

Sisters ditempatkan di rumah mak teh, iaitu kakak ipar kepada ustazah Rokiah yg lebih mesra dipanggil umi manakala brothers dibenarkan tinggal di masjid. Umi ialah isteri kepada ustaz Afi yg merupakan lecturer UIAM. Oleh sebab ustaz Afi tidak bercuti, hanya umi dan 3 orang anaknya sahaja berada di sini. Mereka sudah lama menetap di Malaysia dan kadang kala pulang ke Kemboja, anak-anak mereka juga lebih fasih berbahasa Melayu berbanding bahasa Cham yg digunakan masyarakat Islam di Kemboja.

Petang itu, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk tour sekeliling kampung. Tour dibuat untuk kami survey bilangan ahli keluarga, latar belakang dan pekerjaan bagi sesebuah isi rumah supaya proses pembahagian sumbangan pada hari lusa menjadi lebih lancar dan dibahagikan dengan adil disamping bertanya khabar. Setiap kumpulan turut disediakan seorang translator untuk memudahkan survey.4 orang translator kami yg bertugas ialah Afi (anak saudara umi), Muslim, Zubir dan Abu Salam. Mereka berempat fasih berbahasa Melayu, ada yg belajar di Malaysia dan kini pulang bercuti.

ini Afi, translator team 1

yg tengah tu Muslim, translator team 4

        Alhamdulillah, penduduk kampung memberi kerjasama yg cukup baik sepanjang sesi survey dibuat. Menerusi survey, kami dapati kebanyakan rumah masih tidak dilengkapi kemudahan elektrik (rasanya mereka guna generator) manakala bekalan air diperoleh dengan mengepam air lalu disambungkan melalui paip ke dalam tempayan di luar rumah atau bilik air. Lampu gas digunakan pada waktu malam dan mereka masih memasak menggunakan kayu api kecuali 2-3 buah rumah yg agak berkemampuan sudah menggunakan dapur gas. Hal yg sama juga di rumah sisters menginap, iaitu rumah mak teh, kami memasak menggunakan kayu api dan membasuh pinggan mangkuk menggunakan air tempayan di luar rumah. Cuma kami agak beruntung kerana bilik airnya di dlm rumah berbanding rumah-rumah lain yg bilik airnya di luar. Satu perkara yg kami sedari, walaupun banyak rumah di sini mempunyai ‘stand fan’ (di sini tiada kipas siling kecuali di masjid), tapi jarang benar mereka menggunakannya, mungkin untuk menjimatkan bil elektrik. 

eh asyik sangat berborak sampai lupa pula nk catit...ish mana pen ni?

(^_^)

      Selain itu, mereka di sini membela ayam sebagai binatang ternakan, dan yg berkemampuan sedikit pula membela lembu. Kucing jarang sekali dijumpai di sini, di kampung ni ada juga terlihat seekor dua, tapi kalau di bandar memang tak nampak bayang kucing. Dari aspek kesihatan, penduduk kampung sukar ke hospital kerana jarak yg agak jauh. Ramai juga yg mengadu batuk kering dan berdarah tetapi mereka hanya berubat cara kampung berikutan harga ubat-ubatan yg mahal. Oh ya, kami juga terperasan ramai kanak-kanak di sini berambut perang. Tertanya-tanya juga sebabnya, rupanya rambut mereka menjadi perang disebabkan cuaca terlalu panas dan merosakkan pigmen melanin..kasihan.

team 3 melakukan survey

bertanya khabar ibu ustaz Ibrahim

       Selepas solat isyak, kami semua berkumpul di masjid untuk multimedia presentation yg disediakan oleh team 1. Video yg memaparkan suasana pembelajaran dan IPTA yg cemerlang di Malaysia dipasang bertujuan meniup semangat adik-adik di sini supaya belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi. Meskipun ada translator, tapi sayang mereka kurang faham kerana video yg dipasang menggunakan bahasa inggeris. Sedangkan para pelajar madrasah pun penguasaan bahasa inggeris mereka agak lemah, apatah lagi adik-adik di sini. Video yg dipasang juga agak lama menyebabkan mereka mengantuk dan kami pula baru tahu yg mereka di sini tidur awal. Selesai program, kami melakukan mini post-mortem supaya program yg bakal dijalankan hari-hari seterusnya lebih tersusun.


-like usual, to be continued in next entry

Saturday, 14 May 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (3rd day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


28 April 2011

          Sesudah sarapan di restoran ustaz Musa, kami bertolak ke Angkor Wat yg tidak jauh dari pusat bandar. Seperti yg sedia maklum, Angkor Wat merupakan monumen tinggalan empayar Khmer yg diiktiraf UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia. Bayaran yg dikenakan untuk tiket masuk agak mahal, iaitu 20 USD bagi lawatan sehari. Gambar juga perlu diambil di kaunter dan tertera di tiket, seolah-olah tiket ini menjadi identiti seseorang sepanjang berada di Angkor Wat. Pengunjung kian ramai tetapi banyak kaunter yg disediakan membuatkan kami tidak perlu menunggu lama. Encik Vittu, pemandu pelancong bertugas membawa kami masuk melalui pintu sebelah barat.

tekun mendengar penerangan en. Vittu

Angkor Wat sememangnya sangat luas dan kami perlu menaiki bas kerana jarak antara temple lain yg agak jauh. Memang tidak habis tour yg hanya sehari untuk melawat lebih 100 temple yg ada di sini, kami hanya sempat melawat 3 temple iaitu Angkor Wat, Bayon dan Angkor Ta Phrom.

ambil gambar dulu sblm masuk Angkor wat

Angkor wat dari bahagian sisi

Angkor Wat menjadi destinasi pertama. Menurut penjelasan encik Vittu, Angkor membawa maksud tempat raja tinggal dan boleh juga bermaksud ‘city’ manakala wat bermaksud pagoda. Angkor wat adalah temple terbesar di sini yg dibina sewaktu pemerintahan king Suryavarman II dan dipercayai ketinggiannya melebihi 200 meter. Oleh sebab Angkor wat adalah lambang tempat suci bagi penganut hindu-buddha, bangunan-bangunan di sekitar Siem Reap tidak boleh didirikan lebih tinggi daripada Angkor wat. 

baru sampai kena posing sopan-sopan dulu

ni dh advance sikit..especially kak syar dan kak hanis

bila dh kenal baru tahu senior bertiga ni peramah orangnya

       Mendaki anak tangga di Angkor wat cukut memenatkan disebabkan bangunan yg begitu besar dan terbahagi pula kepada banyak lorong kecil, boleh sesat dibuatnya. Ditambah lagi apabila sering bertembung dgn kumpulan pelancong luar dari Korea, Eropah dan lain-lain. Bahang matahari yg memancar terik juga menyukarkan kami menumpukan perhatian kepada penjelasan encik Vittu. Tetapi kami tetap bersemangat untuk mengambil gambar di setiap lokasi menarik.

tangga yg curam dan non-stop..
mujur semuanya selamat

semua berebut nk pegang tiang

sape pulak kt belakang tu ye

bersama Dr. Kausar

di sebelah dalam Angkor wat

Tulisan Sanskrit melatari dinding di Angkor wat yg tentunya menceritakan sejarah tersendiri. Kejadian yg berlaku berkurun lalu dicatatkan dgn baik, tapi sayang kami tidak memahami apa yg disampaikan menerusi tulisan zaman purba itu. Ada juga lakaran penceritaan yg dapat kami fahamkan sedikit melalui penerangan encik Vittu, contohnya terdapat satu lakaran yg menceritakan perbuatan seorang wanita yg menggugurkan anaknya lalu dibalas dgn hukuman berat. Apa yg menariknya, peranan wanita dilihat agak penting di Angkor wat, mungkin sebagai gundik dan peranan paling jelas adalah “apsara”, iaitu penari wanita. Tidak hairanlah patung-patung dan ukiran gambar wanita banyak terdapat di Angkor wat.

tulisan sanskrit

Habis menjelajah Angkor wat, kami berehat sebentar sambil minum air kelapa. Kemudian kami ke Bayon temple dan Angkor Ta Phrom pula. Tasik di sekitar mencantikkan lagi pemandangan di sini, terutama ketika melihat matahari terbit dan terbenam. Boleh juga jika ingin menaiki belon udara panas, tetapi sudah pastilah US dollar melayang lagi. Di Angkor Ta Phrom, strukturnya tidak jauh berbeza dengan Angkor wat. Oh ya, lupa pula, di sinilah lokasi penggambaran filem Lara Croft: Tomb Raider dibuat.

che am bersama peminat..hehe

posing depan tasik

rehat kejap lepas turun dari Angkor wat

ok jom..kita teruskan penjelajahan

kalau tak silap,ni kat bayon temple

bersama elina

malas dh nk tengok kamera sebab cuaca terlalu panas

sini teduh sikit,baru syok ambil gambar

      Setelah berjam-jam menghabiskan masa menjelajah Angkor wat barulah kami pulang makan tengah hari. Selepas asar, kami ke tasik Tonle Sap untuk menaiki bot sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di tasik terbesar di asia tenggara itu. 

tasik Tonle Sap

          Kami tiba di tengah tasik dan singgah di sebuah restoran terapung yg menyediakan tingkat atas bagi membolehkan  pengunjung melihat matahari terbenam. Mulanya kami dikejutkan dengan sekumpulan buaya yg rupa-rupanya masih hidup dan tersadai di bahagian bawah restoran. Kemudian beberapa orang kanak-kanak dan ibu mendayung perahu mendekati kami. Ada seorang budak kecil turut mendayung mendekati kami dengan hanya menaiki periuk! Seorang yg lain pula berdiri dan menyebut “1 baby, 1 dollar” sambil menunjuk ke arah anak kecil yg dikendong ibunya. Fahamlah kami yg mereka datang meminta sedekah. Lebih menyayat hati, seorang kanak-kanak begitu berani memasukkan kepala ular ke dlm mulutnya dengan harapan ada yg sudi menghulurkan wang kepadanya. Ya Allah, sampai begitu sekalikah kemiskinan menghimpit hidup mereka sehingga ibu kanak-kanak ini pun membiarkan anak-anaknya mendayung sendirian dan membuat ‘free show’ bersama ular demi sekeping US dollar. Seorang pelanggan restoran di situ juga bercerita, kanak-kanak di sini sering datang ke restoran sewaktu tengah malam apabila para pelanggan sudah mabuk untuk mengutip sisa makanan yg ada termasuk arak yg masih berbaki. Terbit rasa simpati, adakah disebabkan mencari rezeki dgn cara yg salah mereka ini terlepas daripada rahmat Allah? Allahu 'alam, Allah itu maha adil, tentu ada hikmah di sebalik ujian kemiskinan yg terpikul di bahu mereka..dan Allah tidak akan menguji kita dengan beban yg melebihi batas kemampuan hamba-Nya. Alhamdulillah, bersyukurlah dengan apa yg kita miliki.

restoran TIDAK HALAL di tengah tasik

sekumpulan buaya yg sedang bersantai

berani sungguh budak kecil ni mendayung periuk!

"1 baby 1 dollar"

'free show' dgn harapan ada yg sudi menghulur 
US dollar kepadanya

memang berani mati betul budak ni

sunset di Tonle Sap

       Hari sudah malam sewaktu kami pulang ke jeti. Suasana kecoh di dlm bas bertukar sepi semasa seorang senior kelam kabut dgn kehilangan passport, tetapi kembali kecoh apabila passport dan wallet yg dikatakan hilang sebenarnya tertinggal di bilik hotel. Ustaz Musa membawa kami makan luar. Hidangan lembu naik bukit yg seakan-akan steamboat begitu enak sekali. Ustaz Musa turut membawa anak-anak perempuannya makan bersama di malam terakhir kami di Siem Reap. Sebelum pulang ke hotel, kami sekali lagi ke night market setelah ‘diarahkan’ tuan presiden supaya mencari hadiah untuk ‘exchange gift event’ di kampung Poi Peit nanti.

-to be continued in next entry insyaAllah  ^_^