Sunday, 21 February 2010

BeTaPa RaSuLuLLah TeRlalu IsTiMeWa


Bismillahirrahmanirrahim....
sempena hari maulidur rasul yg bakal menjelang 26 feb ni bersamaan 12 rabiulawal, terdetik di hati nk menulis tentang betapa speselnye rasulullah SAW ni bkn saja kpd kita umat islam, tp sangat mulia di sisi Allah. Semalam aku menghadiri talk bertajuk 'mabuk dlm kecintaan Rasulullah' yg disampaikan oleh ulama dari Singapura, ustaz Tengku Fouzy Tengku Mahid Jumat. Talk tersebut telah menyedarkan aku yg selama ni ape yg aku tahu mengenai Rasulullah sangatlah sedikit, sungguh aku terasa malu menjadi umatnya, yang tidak mengenal nabinya sendiri. Di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yg aku peroleh melalui talk semalam.
Mengapa dan apa perlunya kita berselawat ke atas Rasulullah SAW??
Hakikat kita sebagai manusia, kadangkala persoalan ini timbul kerana kedaifan ilmu yg dimiliki. Dan jawapannya hanya satu, kerana Allah sendiri berselawat ke atas Rasulullah SAW dan diangkat baginda menjadi manusia paling mulia di sisiNya, maka apakah hak kita, manusia yg tidak maksum ini untuk berlagak sombong kepada Rasulullah sehinggakan apabila disebut nama baginda, mulut seolah-olah dipenuhi jongkong emas, berat sekali untuk mengucapkan selawat.


Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.
                                                                                                                     (surah al-ahzab, ayat 56)

Pernahkah kita terfikir, di dalam al-Qur'an dinyatakan perintah Allah ke atas kita hambaNya untuk beribadah; melakukan ibadah rukun dan hal ini hanya diperuntukkan kepada manusia. Akan tetapi, berdasarkan surah al-ahzab (56), selain kita yg diseru supaya berselawat ke atas Nabi Muhammad, Allah turut berselawat ke atas Nabi. Sungguh jelas bahawa Allah mengangkat darjat Rasulullah ke tahap tertinggi di sisiNya, namun kita sebagai umat Nabi Muhammad, sudahkah kita mengasihi baginda dengan selayaknya?
Adakah kita sejujurnya telah meletakkan baginda Rasulullah di tempat teratas dlm senarai orang2 yg paling kita kasihi? Atau masih penasaran memilih lelaki untuk dijadikn bf yg kononnya setia dicintai hingga hujung nyawa? Oh kekasihku, engkaulah hero sejatiku..hehe...ingin aku bertanya, di akhirat kelak, adakah 'hero sejati' anda ini berkemampuan menyelamatkan anda di sana? Tidak, sama sekali tidak..hampeh betul bf korang, sebaliknya lelaki ini (mcm lagu anuar zain pulak), lelaki bernama Muhammad bin Abdullah inilah yg akan memberi syafaat kepada kita di akhirat nanti. Jikalau di dunia kita memandang remeh akan kasih sayang kita kepada baginda Rasulullah, tidakkah malu kita ingin meminta syafaat daripada baginda kelak? Layakkah kita?

" Belum sempurna iman seseorang kamu, sehingga aku lebih dikasihinya lebih
  dari ayahnya, anaknya dan  manusia seluruhnya"                         
                                                                                        
   (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

       Mungkin ramai yg dah tahu kisah taubat nabi Adam A.S. Tapi aku tak kira, aku nak cerita jugak. Setelah nabi Adam dibuang dari syurga dan dicampak ke dunia, nabi Adam tidak putus-putus bertaubat sehinggalah di padang arafah, nabi Adam bertaubat memohon keampunan dari Allah dengan mengucapkan satu kalimah dan Allah akhirnya mengampunkan nabi Adam. Kalimah itu adalah 'la ila ha illallah muhammadun rasulullah'. Allah bertanya dari manakah nabi Adam mengetahui hal ini, maka nabi Adam menjawab sesungguhnya aku melihat kalimah ini di tiang2 arasy ketika di syurga, oleh itu tidak syak lagi Nabi Muhammad adalah manusia yg paling agung di sisiMu lalu aku meminta berkat Nabi Muhammad supaya Allah mengampunkan dosaku. Dikatakan waktu maghrib adalah waktu Allah menerima taubat nabi Adam.

Selain itu, Allah turut memuliakan gelaran terhadap Nabi Muhammad di dalam al-Qur'an dan hadis, tidak seperti nabi-nabi yg lainnya. Malah perbuatan menghina baginda merupakan salah satu sebab terbatalnya semua amalan kita selain syirik.

"Wahai orang-orang yg beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dgn suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yg lain, sedangkan (pahala) segala amalmu boleh terhapus tanpa kamu sedari"
                                                                                                                           (surah al-hujurat, ayat 2)

Sesungguhnya Rasulullah adalah kurniaan yg paling besar kepada manusia. Lahirnya baginda membawa rahmat ke seluruh alam. Berdasarkan kitab al-Bukhari, diringankan azab Allah terhadap Abu Lahab pada setiap hari isnin kerana Abu Lahab telah memerdekakan hambanya Thuwaibah lantaran terlalu gembira apabila Thuwaibah menyampaikan berita kelahiran Rasulullah. Begitulah istimewanya nabi kita ini di sisi Allah. Selain itu, antara bukti Rasulullah sebagai kekasih Allah adalah selawat di dalam tahiyat akhir, yg mana maksudnya kita meminta Allah selawatkan ke atas Nabi Muhammad kerana kita hanya manusia yg lemah, tidak akan pernah cukup selawat kita ke atas baginda walau betapa kasihnya kita kepada baginda nabi dan hukum membaca selawat ini dlm tahiyat akhir adalah wajib mengikut ijmak ulama.

Tak habis rasanya kalau nak dihuraikan lagi bukti-bukti lain, malah mungkin banyak lagi yg tidak aku ketahui,
hanya setakat ini mampu ku tulis, yg lain sama-samalah kita berusaha mencarinya, kita sayang nabi kan?
Maka berusahalah mengenali dan menyayangi baginda, kalau tak tahu macam mana nk kenal? Dan kalau tak kenal maka tak cinta (^_^)