Wednesday 30 December 2009

Antara SABAR dan REDHA

    Setelah berhari-hari dihimpit kesibukan menyiapkan lab report dan lain-lain assignment, akhirnya ade jugak peluang aku nak menulis hari ni. Di saat ini aku masih rasa 'down',walaupun ade kawan yang menegur aku kelihatan ceria semalam. Sememangnya ape yang dilihat secara luaran tak dapat memberi gambaran dalaman, dalam erti kata lain, perasaan sebenar yang ade dalam diri seseorang, disebabkan itulah pentingnya husnuzon (btul ke eja ni?), atau bersangka baik.
  Berbalik pada cerita asal, minggu lepas aku pergi ke bangunan fakulti perubatan di kampusku untuk membayar yuran, sebelum tu aku reload topup dengan machine, malangnya machine tersebut telah menelan duitku sebanyak rm20 tanpa mengeluarkan resit topup. Ah, biarlah, nangis pun bukannya duit tu boleh keluar balik, kawan-kawan aku pelik semacam melihat ke'cool'an aku, walaupun dalam hati tuhan saja tahu.
Seterusnya, semalam class rep pulak umumkan yang cuti midsem seminggu bermula 25/1 akhirnya lebur, dan diganti dengan midsem exam. Ditambah lagi dengan kelas UNGS yang bakal dibuat setiap sabtu bermula minggu ni. Aish, memang tak nampak bayang rumah la jawabnya. 
Kisah sedih belum habis lagi rupanya, petang semalam gelang tangan yang ayah aku belikan dari sarawak terlucut dalam bilik mandi. Kenape semua serba tak kena ni???
 Aku cukup sabar walaupun rasa nak menangis. Tapi kenapa semua benda yang terjadi seolah-olah sengaja nak menggoyahkan kesabaranku. Dalam pada aku berfikir-fikir, akhirnya aku tahu yang aku dah neglect satu perkara yang sangat berkait dengan sabar, iaitu redha. Mungkin selama ni aku sekadar menyedapkan hati, maknanya aku hanya separuh redha dengan semua ni. Tak guna jika hati redha kalau mulut masih mengeluh dan mengungkit. Kata orang sabar itu adalah yang paling mulia, tapi redha itu paling tinggi selain bersyukur menerima ujian kerana antara sabar dan redha, redha itulah ukuran keikhlasan kita dalam menerima segala ketentuan-Nya. Kadang-kadang bila menghadapi ujian kecil, kita melihat sabar dan redha itu lebih kurang sama, tapi seandainya kita diuji dengan dugaan yang berat, kita akan tahu apa bezanya sabar dan redha, kerana ia sememangnya berbeza.
Oleh itu, sentiasa positifkan diri kita dan terimalah ujian dengan hati yang redha. Kembalilah kepada Allah, sesungguhnya di sebalik kesulitan yang kita terima, sebenarnya masih banyak nikmat yang kita peroleh yang tak terkira jumlahnya, termasuk nikmat iman dan islam. InsyaAllah hidup kita akan lebih diberkati. Berkata Umar Abdul Aziz, 'Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya'.
Semakin jauh perjalanan hidup kita, semakin kita mengerti akan makna dan realiti kehidupan, ujian yang datang bersilih ganti mematangkan lagi pemikiran, memberi peluang untuk kita belajar bermula sebagai seorang yang sabar seterusnya kepada seorang yang redha.
~Allahummarzuqna istiqamah (^_^)~   


Monday 21 December 2009

caution giving children cold & cough medicine



Parents and caregivers be warned. Cough and cold medicines should not be given to kids under the age of 2. These can even be bought OTC (over the counter) and include decongestants, expectorants, antihistamines, and antitussives (cough suppressants) for the treatment of coughs and colds. The reason for this warning is that a wide variety (albeit uncommon) of serious adverse events have been reported with cough and cold products when used in the young. These adverse effects include death, convulsions, rapid heart rates, and decreased levels of consciousness.

Monday 30 November 2009

Saturday 28 November 2009

Makan biarlah berpada-pada



   Alkisahnya, slpas je habis final exam 18 haribulan yg lalu, aku dgn kwn-kwn dah plan nk buat jamuan group kami (group ni asalnye utk satu off-campus program yg kitorng wajib buat) di secret recipe. Atas permintaan ketua kumpulan kami, advisor group turut dijemput tapi last minute advisor tak dapat datang. Jadi, hanya kami seramai 11 orang menjamu selera malam tu. Nak dijadikan cerita, semua macam dah tak dapat menahan nafsu makan dan kami order macam-macam,daripada kek 2 potong sorang sampailah ke side dish yg pelik-pelik. Seronok memanglah seronok, sambil-sambil bertukar cerita dan mengeratkan silaturrahim, memandangkan sebelum ni ade yang tak kenal rapat,bila dah masuk satu group ni banyaklah pulak ceritanya.

  Tapi yang tak syoknya, lepas habis makan, barulah aku terasa akibatnya. Bab makanan tak habis dah satu hal, nasib baik boleh tapau bawak balik. Yang paling 'best'nya aku terasa nak muntah sangat-sangat, sebab tengah hari tadi aku tak makan nasi dan hanya melantak maggi dengan roommateku, so perut aku masuk angin. Baliklah aku ke hostel dengan rasa tak selesa, mujur ade kwn-kwn yang tolong urutkan dan aku terpaksa 'melantak' ubat pulak. Hai, padanlah dengan muka aku, makan tak beringat.
Moralnya di sini, Imam al-Ghazali sendiri dah menetapkan banyak garis panduan berkenaan adab-adab makan ni. Antaranya ialah jangan makan secara berlebihan, berhenti makan sebelum kenyang, minum air masa tengah makan tak digalakkan dan yang paling penting, berniat supaya makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah. Sedangkan aku sebaliknya seolah-olah hidup untuk makan, bukan makan untuk hidup. Adab-adab yang tersenarai tu aku tak praktikkan langsung masa makan tadi, ah apalah nak jadi dengan aku ni. Hanya diuji dengan nikmat makan sebegitu rupa pun aku dah lalai, apa lagi dengan kualiti ibadatku. Ya Allah, Kau berilah 
kami kekuatan dalam pengurusan rezeki dan nikmat yang Kau kurniakan, serta hindarilah kami daripada kufur dengan nikmatMu.

Friday 27 November 2009

ThE cHiLd & HeR dIaRy....

She wrote in her diary every night

When bullets passed by her window, she wrote

When Israeli soldiers killed her mother she wrote

She wrote of the horrors she sees

And the nightmares of flames and destruction 

She the Palestinian child

Writes in her diary every night

To ease her enormous pain

To sedate her fears and nightmares


That little Palestinian child

Had died while writing in bed

From Israelis bulldozing her home

And now she lies in her tomb

Forgotten, as if she never existed

But her diary will carry on

The suffering of every Palestinian child

And now on her tomb Israeli children play

And sing with no worries of tomorrow

Where she once lived is confiscated

What are left from her family are refugees


And we continue to support Israel

With 10 million dollars a day!

And we continue to say

All humans are created equal



But continue to send to Israel

10 million dollars a day!

this poem is written by Laila Yaghi on 17 June 2002