Friday 30 March 2012

~herbal medicine visit to FRIM~

Bismillah...

20 mac yg lps, batch 3rd yr telah pun selamat ‘meneroka’ hutan FRIM (Forest Research Institute) yg terletak di Kepong. Kami ke sana utk educational visit subjek herbal medicine,dgn ditemani pensyarah pengiring,dr. norazian.3 buah bas bertolak seawal jam 5.30 pagi lagi supaya kami dpt tiba di FRIM pukul 9 pagi.Tapi nk dijadikn cerita,bas yg aku naik tu tersalah jalan pulak,so sampai paling lambat. Sampai-sampai je,tour guide suruh cepat dan sapa-sapa yg nk ke tandas,pergi awal-awal sbb nnt masuk hutan tak ada tandas. Maka berlari-larilah kami ke tandas, keluar-keluar je classmates yg sampai awal dh form group,tinggallah yg lambat ni jd last group,and this group ramai lelaki..haiya nasiblah (T_T).
jalan masuk ke FRIM

Oh ya,sebenarnya nk masuk ke FRIM ni ada bayaran,tapi tiket masuk kami sudahpun ditanggung sepenuhnya oleh kulliyyah,hehe. First skali, tour guide (lupa nama pakcik ni,ish2) bawak kami ke tasik yg dihuni oleh 3 ekor ikan gergasi, arapaima gigas. Arapaima gigas ni asalnya dari Sungai Amazon, memang besar,siripnya berwarna oren kemerahan dan ikan ni spesies karnivor. Sayang sungguh waktu kami nk tengok ikan arapaima ni dia menyorok malu-malu pulak..alahai.
ikan arapaima ni menyorok pulak 

Seterusnya, kami ke research gallery. Galeri ni 2 tingkat,kat tingkat bawah lebih tertumpu kepada informasi tentang jenis-jenis hutan, spesies flora & fauna dan bermacam replika serta barangan lama dipamerkan,cthnya pengikir kelapa,barangan rotan,sampan. Di tingkat atas lebih menarik dengan informasi flora & fauna dipersembahkan dengan gaya yg trsendiri. Audio visual pun disediakan! Pelbagai spesimen herba mcm tongkat ali dan natural products pun ada di sini. Selain tu kami jugak sempat membelek sampel-sampel kayu pokok cengal,meranti,
jelutong dll.
dulu masa kecik-kecik kat rumah nenek pun guna lagi 
pengikir kelapa ni,tapi aku naik 'benda' ni kononnya tunggang kuda,hahaha

barangan rotan


sampan

dari tingkat atas galeri


berlatar belakang pelbagai spesies serangga

bergambar kenangan di luar galeri

Bermulalah ekspedisi meredah hutan. Banyak sangat spesies pokok yg diterangkan,sampai tak sempat nk hadam. Antara yg aku ingat ialah raintree, kesian pokok ni,walaupun tinggi tapi banyak tumbuhan parasit yg menumpang.ada satu pokok tu bila pakcik tour guide bakar kulitnya, berbau kemenyan..lupa pokok apa namanya. Kemudian kami beralih ke pokok buluh gergasi yg sangatlah besar dan tinggi.sebenarnya tak mustahil pokok buluh tu tinggi menggalah,sebab pokok buluh ni kan antara pokok yg paling cepat tumbuh di dunia. Kalau guna buluh ni buat lemang tak tau la bila nk masak,dh abis raya sebulan pun belum tentu masak.

unik kan bunga putat ni

pokok buluh gergasi

Kami meredah hutan melalui denai keruing. Di sini ada wood graveyard untuk menguji ketahanan kayu-kayu pokok dlm masa 6 bulan kalau tak silap. Lepas tempoh masa yg ditetapkn,kita dapat nampak pokok yg paling tahan tu tak ada tumbuhan parasit yg menumpang dan tetap kukuh walaupun terdedah dgn perubahan cuaca. Info baru utk dikongsi,
pokok yg mempunyai ukur lilit lebih kecil sebenarnya kepadatannya lebih tinggi. Oo...Ok,pokok seterusnya adalah pokok kulim dan simpoh gajah. Daun dan buah pokok kulim ni baunya macam bawang putih,manakala pokok simpoh gajah dinamakan begitu kerana akarnya seperti gajah.

kalau tak silap,ni pokok kacip fatimah

memang nampak mcm gajah

Perjalanan diteruskan,sambil2 memandang ke bawah takut2 cik pacat memanjat naik. Kami melalui kawasan pokok-pokok kapur (gaharu). Bila kita renyukkan daunnya,kita blh bau camphor. Kat tempat ni jugak,kalau kita dongak ke atas daun-daun pokok kapur membentuk corak yg cantik,fenomena ni dinamakan ‘crown shyness’. Subhanallah,serius terpegun dgn corak yg terbentuk!
pokok kapur

daun pokok kapur,aku bwk balik..hehe

crown shyness
Okay,dh mula terasa penat mendaki.jalan pun makin sempit. Sampai pula pada pokok liana atau nama tak formalnya pokok beluru.pokok beluru ni terjuntai melilit,tapi mampu menyimpan air.

pokok liana

tempat paling sesuai utk menyorok,hehe

jumpa ulat gonggok gergasi...(byk sungguh spesies gergasi kt FRIM)

Akhirnya kami sampai di canopy walkway.muka masing2 happy giler,sbb terbayangkan titian gantung dan air terjun semakin hampir,selain dijanjikan picnic nasi ayam di tepi air terjun. Rupa-rupanya itulah permulaan perjalanan yg sukar,dengan akar pokok yg berselirat di sana sini,jalan yg sempit dan pelbagai halangan lagi. Oh penat jangan cakaplah,baru tau macam ni perasaan mendaki bukit paling rendah,1000m dari aras laut. Jatuh tersembam takpe lagi,
dibuatnya tergolek ke bawah boleh masuk ICU kang.

muka happy je,belum tau lagi halangan kt depan

fuh penat2..sakit urat woo

Hampir pukul 1 baru kami sampai di titian kanopi. Mujur cuaca elok,sebab titian kanopi ni tutup kalau hujan. Ada 3 titian gantung dan di setiap hujung titian akan ada platform kecil. Terpaksa menunggu giliran di sini sebab setiap orang mesti melepasi jarak 2 kayu di atas titian kanopi,
tak boleh ramai-ramai.

mendengar taklimat sebelum melepasi titian kanopi

Kalau titian gantung di poring hot spring kota kinabalu masih boleh buatkan aku cool dan berani,maaflah di FRIM sebaik saja aku menjejak kaki kat titian gantung ni mulutku tak berhenti baca ayat quran,dlm otak pikir nk sampai cepat je..mana taknya,sekali angin datang atau even kawan kt belakang jalan slow..goyangnya mak aii,tak boleh nk cakap..belum pandang bawah lagi,30m above ground kot..nak-nak pulak time aku kt titian gantung tu ada ranting pokok berdekatan patah,hoho cuak2.

titian kanopi

rest kejap di platform

boleh nampak pemandangan sekitar KL

lega yg amat..titian kanopi terakhir,hehe

Lepas canopy walkway,kami menuruni bukit dan melepasi kawasan picnic. Dekat pukul 3 baru keluar hutan,terus serbu tempat makan,minum air sejuk sepuas-puasnya. Unexpected adventure katakan.

nasi ayam yg dijanjikn rupanya nasi goreng
ayam..picnic pun takde..huu

Sepatutnya lepas zuhur kami ada satu lagi visit ke MARDI,tapi dibatalkan sebab dh lambat. Assignment herbal medicine pun tak jumpa (sebenarnya masing2 dh diberi tugas assignment utk cari pokok herba yg ada medicinal value sebelum visit)…jadi visit kami hari tu bolehlah dianggap batch activites saja,tak apelah,banyak jugak pengalaman berharga yg dapat dikutip..berbaloi-baloi!   

Monday 12 March 2012

:: Walimah Rx8 ::

Another classmates got married!Alhamdulillah,mabruk Mutiara & husband yg selamat diijabkabulkan pada pagi sabtu,10 Mac lalu dgn hanya sekali lafaz...
dan juga Anis Syaheeda & Mahmud Ulwan yg diijabkabulkan dgn 2 kali lafaz pagi semalam.Barakallahulakum dan semoga berkekalan ke syurga.

Muti & her husband

 Classmates yg sanggup datang ke Kelantan utk 
meraikan hari bahagia Muti

Tumpang sekaki bergambar,ambil berkat (^_^)

Mahmud & Anis,pasangan pertama diijabkabulkan 
di masjid UIA Kuantan 
 
 Love one another, but make not a bond of love Let it rather be a moving sea between the shores of your souls. Fill each other's cup, but drink not from one cup. Give one another of your bread, but eat not from the same loaf. Sing and dance together and be joyous, but let each one of you be alone, Even as the strings of a lute are alone though they quiver with the same music. Give your hearts, but not into each other's keeping; For only The Hand of Life can contain your hearts. And stand together yet not too near together; For the pillars of the temple stand apart, And the oak tree and the cypress grow not in each other's shadow. 
(by Khalil Gibran)

 p/s: menanti siapakah gerangan sahabat rx8 seterusnya yg bakal menyusul...hehe :p

Tuesday 6 March 2012

Mati itu PASTI!

Bismillah,dengan namaMu ya Allah aku mohon kekuatan.......

 "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-A'raf:34)
                                                                                                                                           
Ayat yg paling tepat untuk dijadikan peringatan sepanjang minggu ini.Jumaat lepas baru aku terima khabar pemergian nenek saudaraku,disusuli saudaraku semalam,dan petang tadi,rakan sekolahku pula melangkah ke alam barzakh.Benarlah bahawa janji Allah itu pasti..ajal maut tak mengira usia,maka apakah kita yg masih bernafas ni enggan mengambil pengajaran?Allah menurunkan peringatan sebegini kepada aku,
supaya aku kembali mengingati apakah tujuan sebenar aku dihidupkan.

Sejenak aku berfikir...mereka yg telah pergi ini,adalah mereka yg baik akhlak dan imannya..insyaAllah semoga ditempatkan dlm golongan orang-orang yg beriman.
Sahabatku yg baru saja melayari facebooknya pagi tadi..tanpa disangka sudah pun pergi di sebelah petangnya.Sepanjang aku mengenalinya,akhlaknya sungguh baik,tidak pernah sekalipun status facebooknya berbaur kata-kata yg tidak sedap didengar.Tak hairanlah sehingga saat entri ini ditulis..comment tentang arwah tak putus-putus,
menambah sayu bagi kami yg mengenalinya.

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati
(Al-Baqarah:185)


 

Setiap insan pasti akan merasai 'mati',
Cuma masanya tak siapa pun pasti,
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?
Dengar sini,
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.
Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.
Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.
Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.

Ingin sekali aku mengingatkan (termasuk diriku sendiri)..setiap apa yg dilakukan,Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.Aku bagi contoh mudah,katakanlah hari ni kita rasa sakit hati dgn orang,nak cakap depan-depan tak nak pula,tapi post kata-kata yg tak sedap didengar kat facebook,lepas tu tup-tup orang yg kita tak suka tu meninggal dunia..ataupun kita sendiri yg meninggal dunia.Boleh tak bayangkan?Itu dosa antara manusia,bukan antara kita dengan Allah.Hidup kat dunia cuma sekali,bukan macam analogi balik kampung.Kalau balik kampung,lepas tu boleh balik semula ke tempat belajar,kalau dah mati..merayu macam mana dengan Allah pun kita takkan kembali lagi ke dunia.

Contoh yang lebih keras,ingkar perintah Allah..tak melaksanakan rukun Islam,tak menutup aurat,bersentuhan sesama bukan muhrim dsb.Common statement bila dinasihati:

"Buat apa nak sibuk,kubur masing-masing"

Sebelum nak cakap kubur masing-masing,ingat mak ayah dulu. selangkah kita tak tutup aurat,tak solat,selangkah jugaklah kita heret mak ayah kita ke neraka, kalau dah kahwin,dengan suami sekali kita heret ke neraka.Kenapa?sebab kita;anak-anak,isteri, di bawah tanggungjawab mereka.Setiap apa yg dipertanggungjawabkan ke atas seseorang itu, akan dipersoalkan di akhirat nanti.Sanggupkah kita tengok mak ayah terseksa kat akhirat?Sedangkan,kalau mereka masuk hospital pun lebih sebaldi air mata kena tadah,inikan pula nak buat mereka terseksa.Kalau kita sayang kat mak ayah,suami,kita takkan sanggup 'heret' mereka sekali ke neraka.Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa.Solatlah walaupun keadaan terpaksa.Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH.

Peringatan juga untuk yg tidak pernah tergelincir dari landasan yg benar (sekali lagi turut ditujukan kepada diri sendiri),apakah kita mengira bahawa kita sudah layak masuk syurga?sudah ada amal yg paling sempurna untuk dipersembahkan di depan Allah kelak?Nanti-nantilah taubat,siap plan nk qiam kt masjid lagi..macam mana kalau on the way nk ke masjid tu kita accident,meninggal dunia.Wa makaru wa makarallah,
wallahukhairul makirin.Kita merancang,Allah juga merancang namun Allah adalah sebaik-baik perancang.

Takkan Mampu menjadi sepertimana Rasulullah SAW

Fitrah manusia biasa,tipulah kalau tak ada perasaan marah,kecewa,sedih dsb.Tapi Allah kan ada.Satu hal yg ingin dikongsi,sebelum ni bila aku ditimpa perasaan marah,down,menyampah,geram,sedih, kecewa-------->1st thing,aku lupakan semua tu dengan hiburan dunia.Sampailah usrah minggu lepas,kakak naqibah aku memilih surah al-Muddasir untuk kami sama-sama tilawah dan tadabbur.Sejak aku jumpa salah satu ayat dlm surah tu,aku rasa ayat tulah pengubat pertama segala mcm perasaan tak baik yg muncul.Sampai aku pergi tampal ayat tu kat meja study,biar aku pandang hari-hari dan buang semua perasaan negatif.

Bila datang semua perasaan tak baik tu,cuba..

Ambil Qur'an,buka Surah Al-Muddasir ayat 7:

"Dan kerana TuhanMu,bersabarlah". 

Ulang dlm hati sampai hilang semua perasaan tu.Demi Allah,bersabarlah!Kalau kita bersabar demi manusia,rasa tenang dlm sabar tu tak seindah bila kita bersabar demi Allah.   

One last thing,ambillah kematian sebagai sebaik-baik penasihat.Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk).Jika mati itu hidup di dalam hati kita,kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan kerenah insan.Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati.Ketika hatimu jemu dengan ketaatan,mula tergoda dengan kemaksiatan,kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH.Saat perpisahan itu pasti tiba.Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu.Kita datang tidak diminta,kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup,mesti sanggup mati.Bila sanggup datang,mesti sanggup pulang.Kita hanya menghabisi saki-baki hari yang telah ditentukan.Tujuan ke sini untuk diuji,tiba masanya pasti kembali!

~ Ya Allah! Matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan~

*al-fatihah buat allahyarham Wan Ahmad Hilmi,semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 beriman

Monday 23 January 2012

I-City:amazing city of digital light (^_^)

      Alhamdulillah,sampai jugak kami sekeluarga ke i-city semlm. I-city terletak di seksyen 7 Shah Alam dan dibuka hingga pukul 2 pagi pada hujung minggu...tiket masuk hanya seringgit (per car) sebelum pukul 6 petang,so kami masuk lebih kurang 10 min sebelum pukul 6...yg kelakarnya,bajet tak nak bayar mahal,but we end up paying RM11 sbb keluar pukul 7.40..ha..ha..ha..Tapi memang berbaloi tunggu senja,kalau siang tentulah tak nampak keindahan pokok-pokok alpine sintetik kat sini yg disinari lampu-lampu LED pelbagai warna...kalau dh malam lagi cantik, lighting effect memang superb,tapi bila capture gambar tak clear sangat... hoho maklumlah pakai handset 'canggih'..nk beli DSLR belum mampu :p

Semua tengah pandang ferris wheel

Okay,dah-dah..jomm naik atas!

Baru pukul 6,cerah lagi...lampu LED belum dipasang..huhu

Then,jalan depan sikit baru nampak spot2 menarik yg slalu orang ambil gambar tu..

Spacewalk yg menjadi salah satu tarikan pengunjung

Spacewalk??amende tu??Ha..aku pun tak tau macam mana nk explain,tengok jelah gambar di bawah ye..hihi

Ha..nilah dia spacewalk tu!

Syera: baiklah para pelawat sekalian,sila baca notis ini sebelum
 menaiki spacewalk ye....adik,kot ye pun terkejut tengok robot tu,
tutuplah mulut nanti lalat masuk..kihkih

Seronok naik spacewalk ni,boleh menikmati pemandangan sekeliling dari atas,asalnya nk cuba,tapi skali naik RM20...walaupun abah nk bayar tapi takpelah,kesian pulak 4 beradik naik dh RM80..so kitorang yg besar kasi can budak kecik 2 orang ni naik,tapi budak-budak ni tak nak naiklah pulak kalau kitorang tak join,alahai...

Makan aiskrim sambil tunggu hari gelap

Rasa macam masuk dunia Little Mermaid n Finding Nemo

Bersama encik seahorse

Kesian kat budak 2 orang tu tak naik spacewalk,so korang naik kuda pusing jelah ye....haha


Mari-mari beratur semua...skali naik RM5

Yeay,1st time naik kuda pusing!

Nak lagi thrill?Boleh try swing...aku tak sanggup nak naik,errr...boleh muntah hijau dibuatnya

Okay,get ready everyone...make sure your seatbelt is tight 
enough ya

Huu...boleh terpelanting selipar kena kepala orang kat bawah

Cukup-cukuplah tengok game,tak sabar nak bergambar kat area pokok-pokok alpine..hehe

Cantik sangat,lampu LED baru dipasang..yess

Penat ke sampai ambil gambar bersandar kat pokok tu?

Ah sudah,berebut pokok pulak....dush-dush

Bagi laluan kat umi dgn abah dulu ambil gambar,hehe

Kesian adik,takde pokok alpine warna 
hitam laa

Rusa bertanduk dan bersayap mcm dlm cerita fairy

Adik dikelilingi 'hutan lampu'

Konon-konon nak tadah titisan 'hujan LED'

Kesian kepala peacock ni..haha

Flamingos dan...tanglung cina?sempena Chinese New Yearlah

Bergambar seisi keluarga

Hari pun semakin senja....

Deretan pokok alpine sintetik

Waktu senja menyerlahkan lagi keindahan i-city

Orang ramai mula berpusu-pusu datang

Oleh sebab i-city ni lebih indah pada waktu malam,pelawat biasanya akan datang pada waktu senja dan malam.Kedai-kedai makan pun makin rancak beroperasi dan pelanggan mula memenuhi kedai.Kami pula kembali ke tempat mula-mula sampai tadi.

Terjumpa kucing comel kat sini

Ferris wheel yg hanya beroperasi waktu malam

Dan senja kian melabuhkan tirainya....

Cantik kan?

Deretan kereta mula memenuhi parking area

Sayangnya kami tak sempat nk tour kat snowalk.Tempat main salji pun ada,bayaran masuk RM25 utk dewasa dan RM20 utk kanak-kanak,dgn syarat ada mykad ye,kalau tak kena bayar lebih mahal.Selain tu, ada walk wildside,kat sini sambil berjalan-jalan kita mungkin ditemani haiwan2 seperti ular dll,pun kena bayar jugak tapi taklah semahal kat salji tu.Game area pun tak sempat pergi..huhu.InsyaAllah lain masa boleh pergi lagi.Kami mengejar waktu solat maghrib sbnarnya,
surau di i-city cukup sesak menyebabkan kami terpaksa berkejar utk solat di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.But it was seriously exciting n worth to spend your weekend here,of course with family,it means a lot..right guys? (^_^)