Alkisahnya, slpas je habis final exam 18 haribulan yg lalu, aku dgn kwn-kwn dah plan nk buat jamuan group kami (group ni asalnye utk satu off-campus program yg kitorng wajib buat) di secret recipe. Atas permintaan ketua kumpulan kami, advisor group turut dijemput tapi last minute advisor tak dapat datang. Jadi, hanya kami seramai 11 orang menjamu selera malam tu. Nak dijadikan cerita, semua macam dah tak dapat menahan nafsu makan dan kami order macam-macam,daripada kek 2 potong sorang sampailah ke side dish yg pelik-pelik. Seronok memanglah seronok, sambil-sambil bertukar cerita dan mengeratkan silaturrahim, memandangkan sebelum ni ade yang tak kenal rapat,bila dah masuk satu group ni banyaklah pulak ceritanya.
Tapi yang tak syoknya, lepas habis makan, barulah aku terasa akibatnya. Bab makanan tak habis dah satu hal, nasib baik boleh tapau bawak balik. Yang paling 'best'nya aku terasa nak muntah sangat-sangat, sebab tengah hari tadi aku tak makan nasi dan hanya melantak maggi dengan roommateku, so perut aku masuk angin. Baliklah aku ke hostel dengan rasa tak selesa, mujur ade kwn-kwn yang tolong urutkan dan aku terpaksa 'melantak' ubat pulak. Hai, padanlah dengan muka aku, makan tak beringat.
Moralnya di sini, Imam al-Ghazali sendiri dah menetapkan banyak garis panduan berkenaan adab-adab makan ni. Antaranya ialah jangan makan secara berlebihan, berhenti makan sebelum kenyang, minum air masa tengah makan tak digalakkan dan yang paling penting, berniat supaya makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah. Sedangkan aku sebaliknya seolah-olah hidup untuk makan, bukan makan untuk hidup. Adab-adab yang tersenarai tu aku tak praktikkan langsung masa makan tadi, ah apalah nak jadi dengan aku ni. Hanya diuji dengan nikmat makan sebegitu rupa pun aku dah lalai, apa lagi dengan kualiti ibadatku. Ya Allah, Kau berilah
kami kekuatan dalam pengurusan rezeki dan nikmat yang Kau kurniakan, serta hindarilah kami daripada kufur dengan nikmatMu.
No comments:
Post a Comment