20 mac yg lps, batch 3rd yr telah pun selamat ‘meneroka’ hutan FRIM (Forest Research Institute) yg terletak di Kepong. Kami ke sana utk educational visit subjek herbal medicine,dgn ditemani pensyarah pengiring,dr. norazian.3 buah bas bertolak seawal jam 5.30 pagi lagi supaya kami dpt tiba di FRIM pukul 9 pagi.Tapi nk dijadikn cerita,bas yg aku naik tu tersalah jalan pulak,so sampai paling lambat. Sampai-sampai je,tour guide suruh cepat dan sapa-sapa yg nk ke tandas,pergi awal-awal sbb nnt masuk hutan tak ada tandas. Maka berlari-larilah kami ke tandas, keluar-keluar je classmates yg sampai awal dh form group,tinggallah yg lambat ni jd last group,and this group ramai lelaki..haiya nasiblah (T_T).
jalan masuk ke FRIM
Oh ya,sebenarnya nk masuk ke FRIM ni ada bayaran,tapi tiket masuk kami sudahpun ditanggung sepenuhnya oleh kulliyyah,hehe. First skali, tour guide (lupa nama pakcik ni,ish2) bawak kami ke tasik yg dihuni oleh 3 ekor ikan gergasi, arapaima gigas. Arapaima gigas ni asalnya dari Sungai Amazon, memang besar,siripnya berwarna oren kemerahan dan ikan ni spesies karnivor. Sayang sungguh waktu kami nk tengok ikan arapaima ni dia menyorok malu-malu pulak..alahai.
ikan arapaima ni menyorok pulak
Seterusnya, kami ke research gallery. Galeri ni 2 tingkat,kat tingkat bawah lebih tertumpu kepada informasi tentang jenis-jenis hutan, spesies flora & fauna dan bermacam replika serta barangan lama dipamerkan,cthnya pengikir kelapa,barangan rotan,sampan. Di tingkat atas lebih menarik dengan informasi flora & fauna dipersembahkan dengan gaya yg trsendiri. Audio visual pun disediakan! Pelbagai spesimen herba mcm tongkat ali dan natural products pun ada di sini. Selain tu kami jugak sempat membelek sampel-sampel kayu pokok cengal,meranti,
jelutong dll.
jelutong dll.
dulu masa kecik-kecik kat rumah nenek pun guna lagi
pengikir kelapa ni,tapi aku naik 'benda' ni kononnya tunggang kuda,hahaha
barangan rotan
sampan
dari tingkat atas galeri
berlatar belakang pelbagai spesies serangga
bergambar kenangan di luar galeri
Bermulalah ekspedisi meredah hutan. Banyak sangat spesies pokok yg diterangkan,sampai tak sempat nk hadam. Antara yg aku ingat ialah raintree, kesian pokok ni,walaupun tinggi tapi banyak tumbuhan parasit yg menumpang.ada satu pokok tu bila pakcik tour guide bakar kulitnya, berbau kemenyan..lupa pokok apa namanya. Kemudian kami beralih ke pokok buluh gergasi yg sangatlah besar dan tinggi.sebenarnya tak mustahil pokok buluh tu tinggi menggalah,sebab pokok buluh ni kan antara pokok yg paling cepat tumbuh di dunia. Kalau guna buluh ni buat lemang tak tau la bila nk masak,dh abis raya sebulan pun belum tentu masak.
unik kan bunga putat ni
pokok buluh gergasi
Kami meredah hutan melalui denai keruing. Di sini ada wood graveyard untuk menguji ketahanan kayu-kayu pokok dlm masa 6 bulan kalau tak silap. Lepas tempoh masa yg ditetapkn,kita dapat nampak pokok yg paling tahan tu tak ada tumbuhan parasit yg menumpang dan tetap kukuh walaupun terdedah dgn perubahan cuaca. Info baru utk dikongsi,
pokok yg mempunyai ukur lilit lebih kecil sebenarnya kepadatannya lebih tinggi. Oo...Ok,pokok seterusnya adalah pokok kulim dan simpoh gajah. Daun dan buah pokok kulim ni baunya macam bawang putih,manakala pokok simpoh gajah dinamakan begitu kerana akarnya seperti gajah.
kalau tak silap,ni pokok kacip fatimah
memang nampak mcm gajah
Perjalanan diteruskan,sambil2 memandang ke bawah takut2 cik pacat memanjat naik. Kami melalui kawasan pokok-pokok kapur (gaharu). Bila kita renyukkan daunnya,kita blh bau camphor. Kat tempat ni jugak,kalau kita dongak ke atas daun-daun pokok kapur membentuk corak yg cantik,fenomena ni dinamakan ‘crown shyness’. Subhanallah,serius terpegun dgn corak yg terbentuk!
pokok kapur
daun pokok kapur,aku bwk balik..hehe
crown shyness
Okay,dh mula terasa penat mendaki.jalan pun makin sempit. Sampai pula pada pokok liana atau nama tak formalnya pokok beluru.pokok beluru ni terjuntai melilit,tapi mampu menyimpan air.
pokok liana
tempat paling sesuai utk menyorok,hehe
Akhirnya kami sampai di canopy walkway.muka masing2 happy giler,sbb terbayangkan titian gantung dan air terjun semakin hampir,selain dijanjikan picnic nasi ayam di tepi air terjun. Rupa-rupanya itulah permulaan perjalanan yg sukar,dengan akar pokok yg berselirat di sana sini,jalan yg sempit dan pelbagai halangan lagi. Oh penat jangan cakaplah,baru tau macam ni perasaan mendaki bukit paling rendah,1000m dari aras laut. Jatuh tersembam takpe lagi,
dibuatnya tergolek ke bawah boleh masuk ICU kang.
dibuatnya tergolek ke bawah boleh masuk ICU kang.
muka happy je,belum tau lagi halangan kt depan
fuh penat2..sakit urat woo
Hampir pukul 1 baru kami sampai di titian kanopi. Mujur cuaca elok,sebab titian kanopi ni tutup kalau hujan. Ada 3 titian gantung dan di setiap hujung titian akan ada platform kecil. Terpaksa menunggu giliran di sini sebab setiap orang mesti melepasi jarak 2 kayu di atas titian kanopi,
tak boleh ramai-ramai.
mendengar taklimat sebelum melepasi titian kanopi
Kalau titian gantung di poring hot spring kota kinabalu masih boleh buatkan aku cool dan berani,maaflah di FRIM sebaik saja aku menjejak kaki kat titian gantung ni mulutku tak berhenti baca ayat quran,dlm otak pikir nk sampai cepat je..mana taknya,sekali angin datang atau even kawan kt belakang jalan slow..goyangnya mak aii,tak boleh nk cakap..belum pandang bawah lagi,30m above ground kot..nak-nak pulak time aku kt titian gantung tu ada ranting pokok berdekatan patah,hoho cuak2.
titian kanopi
rest kejap di platform
boleh nampak pemandangan sekitar KL
lega yg amat..titian kanopi terakhir,hehe
Lepas canopy walkway,kami menuruni bukit dan melepasi kawasan picnic. Dekat pukul 3 baru keluar hutan,terus serbu tempat makan,minum air sejuk sepuas-puasnya. Unexpected adventure katakan.
nasi ayam yg dijanjikn rupanya nasi goreng
ayam..picnic pun takde..huu
Sepatutnya lepas zuhur kami ada satu lagi visit ke MARDI,tapi dibatalkan sebab dh lambat. Assignment herbal medicine pun tak jumpa (sebenarnya masing2 dh diberi tugas assignment utk cari pokok herba yg ada medicinal value sebelum visit)…jadi visit kami hari tu bolehlah dianggap batch activites saja,tak apelah,banyak jugak pengalaman berharga yg dapat dikutip..berbaloi-baloi!