Tuesday, 23 March 2010

EXAM STRESS



Apabila tahap ke'stress'an melampaui kewarasan akal fikiran...
Ni la akibatnya bila UIA men'train' student fakulti farmasi sbg 'Medical based Pharmacy student'...
Study la sampai tunggang terbalik pun wahaha....ya Allah berilah kami ketabahan dan kesabaran...

Sunday, 21 March 2010

simple is the best (^_^)

   Have a look at these pics.Gambar ni diambil masa family datang melawat aku di kuantan.Kami sekeluarga bermalam di rumah mara kuantan.I was totally impressed with the decoration. Tak sangka,kat luar rumah biasa je,adik siap komen tak cantik lagi hehe.Hmm..don't judge a house by its outside appearance.Even rumah ni tak sebesar mana,tapi aku cukup suka dengan susun atur dalam rumah ni.As simple as that.Well, mungkin citarasa sesetengah orang tak sama,ada yang suka suasana ceria,ada yang suka letak banyak hiasan,but i just love the simple one,like this.One day...kalau ada rumah sendiri,nak yang simple gini je,bukanlah betul2 sama,ni kira boleh diambil sebagai contoh hehe...

      living room,last day baru perasan kerusi ni boleh tarik lagi mcm
                                     kerusi panjang 




                                  dah datang menyibuk budak2 ni

  
                                                  dapur




                                                bedroom

                       opps kantoi,lupa nak tutup pintu almari

Wednesday, 17 March 2010

Perjalanan masih jauh.....

      Selesai menduduki pharmaceutical analysis 1 lab. paper.Ahh...kecuaian dan ke'terlupa'an masih menjadi penghalang.Geram jugak memikirkan salah sendiri.Final exam is juz around the corner. Allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi wal kasal (ya Allah,aku berlindung drpd kelemahan dan kemalasan).
Usaha masih berada pada kelajuan 40 kilometer sejam.Bila lagi hendak pecut?

  
    Perjalanan masih jauh.Belum pun separuh jalan,sudah hanyut...lupa matlamat asal.Now it's time to refresh my mission.Struggling to get B.Pharm yg berbaki lagi 3 tahun.Syukur,walaupun tak cemerlang,aku tak pernah fail any papers even time midsem.I have to strive...untuk menebus balik cita2 belajar ke oversea selepas offer mara ke Australia dulu aku tolak.MA in clinical pharmacy is my target.Bunyinya macam sangat sukar...
but still i have to try my best.Looking forward to become successful muslim pharmacist yg mesra pesakit dan mampu menyumbangkan khidmat terbaik kepada komuniti. Next?
sudah tentu menggembirakan umi dan abah.Kumpul duit banyak2,memandangkan pharmacist berada di ranking ke-3 gaji tertinggi dlm sektor kerajaan (for the beginner),i think i'll be able to send them to Makkah before......kahwin.Kahwin?? tidak susah berbicara soal ni,juga sebagai bahan gurau senda dengan kawan2,i mean usik-mengusik la.... tapi jauh di dasar hati ini,keterbukaan terhadap munakahat adalah di tahap kritikal.Cukuplah sekali melihat insan yg sangat aku sayang terluka,aku lebih terasa pedihnya.Walaupun hampir semuanya dah berlalu,luka semakin pulih,tapi kesannya...takkan pernah hilang sampai bila2...sebaik mana pun lelaki,sukar aku memahami hakikat sebenar jiwa mereka,luaran cukup berbeza dengan isi di dalamnya....cukuplah Allah dan rasul bagiku,that's the best status i can tell for now...

      Dah merepek-repek aku ni.Study2...malam ni giliran mikrobiologi notes pulak.Demi matlamat, insyaAllah...mesti bertahan menggalas tugas utama sebagai pelajar...teringat kata-kata yg dititipkan drpd seorang teman:

sahabat,
dalam kesakitan teruji kesabaran,
dalam perjuangan teruji keikhlasan,
dalam ukhwah teruji ketulusan,
dalam tawakal teruji keyakinan.
mengejar impian itu memang memenatkan,
kadangkala mengundang putus asa,
hakikatnya yang penat itulah,
bakal memberi pulangan berharga.



~wa makaru wa makarallah,wallahukhairul makirin~
~kita hanya merancang,Allah jua menentukan,dan Allah adalah sebaik-baik perancang~
  

Saturday, 13 March 2010

Apabila bayi itu bersuara....

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…


Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...


Ibu ingat 14 feb tak?


Malam tu ibu ada janji temu


Ibu jumpa jejaka tu


Ibu kata dia cintakan ibu




Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu


Dia rayu dan belai ibu


Katanya cintanya hanya untuk ibu




Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya


Ibu terbuai dalam bicaranya


Ibu terlena oleh bisikannya


Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu


Ibu izin dia sentuh jasad ibu


Ibu puas dapat buktikan setia ibu


Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu


Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,


Hari ini lepas 9 bulan...


Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil


Hari ini buah cinta kalian telah terzahir


Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...


tapi benarkah bu?




Kenapa dia tidak sama menyambut kami?


Kemana


dia telah pergi tidak azankan kami?


Mengapa ibu pun benci kami?


Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?






Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit


tak berbakikah kasih dan sayang dan


Tidak lagi kah ibu berTuhan?


Benarkah ibu?


Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....


Renung renung kanlah !!!


-Bila seronok, aku cari....pasanganku


-Bila sedih, aku cari....Mak


-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak


-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku


-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku


-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak


-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku


-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


-Selalu.. aku ingat pasanganku


-Selalu.... Mak ingat kat aku


-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku


-Entah bila... aku nak talipon Mak


-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


-Renungkan:


-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...


-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?


-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit


sebulan pun cukuplah".






-Berderai air mata jika kita mendengarnya........


-Tapi kalau Mak sudah tiada..........


-MAKKKKK...RINDU MAK....


RINDU SANGAT....






-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....


-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....


-berapa ramai yang sanggup... mengantikan lampin ibunya.....


-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......


-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....


-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....




-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

~Akhir kata,sayangilah ibubapa kita kerana tanpa mereka siapalah kita~
~Allahummaghfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama rabbayani soghiro~

Kuching trip (iv)

28 Februari 2010

   Hari ni hari terakhir aku di kuching.Sebelum bertolak ke airport tengah hari nanti,kami mencuri masa menziarah kawan-kawan umi dan abah di mrsm kuching.Kemudian,kami ke Waterfront untuk last round shopping souvenirs.


                                    Waterfront bazaar

Kami berlepas pulang tepat jam 3.40 petang menaiki pesawat airasia AK5209.Suatu percutian yg melakar kenangan indah,terpahat kukuh di ingatan.Bye-bye Sarawak,insyaAllah ada waktu kita bertemu lagi (^_^)

bergambar kenangan

bye2 sarawak

Kuching trip (iii)

27 Februari 2010

     Kami bertolak pada awal pagi menuju ke Serikin yg memakan masa lebih sejam.Pasar Serikin memang popular di sini dgn pelbagai barangan yg dijual agak murah,majoriti peniaga datang dari Indonesia.Sebelum sampai,kami singgah sebentar di pasar puak Bidayuh.Macam-macam jenis buah dan sayur ada,kebanyakannya dikutip sendiri di hutan dan dijual.Tak dilupa,makanan wajib diorang; ulat sagu atau ulat mulong yg kononnya sedap.Eww...tak dinafikan ia halal,tapi kitorang tak sanggup nak makan.

                              di pasar masyarakat bidayuh

                                    ulat mulong


 pasar Serikin
Selesai memborong di Serikin,kami kembali ke kuching.Next destination yg ditunggu-tunggu,kilang kek lapis dayang salhah.Di sini,pelanggan diberi peluang merasa semua jenis kek lapis,yg mana kami rasa sedap,yg tu jugak la yg kami kebas.Walaupun cuma 10 ringgit sebiji,tapi bila dah ambil banyak tu tak rela pulak nak bayar.Mana taknya,kek lapis pudina,evergreen,blueberry..semua sedap-sedap.Belum masuk part nak bagi jiran dan kawan lagi.Alhamdulillah,ternyata kami langkah kanan hari ni,Timb. menteri belia dan sukan merangkap ex-student mrsm terendak,YB Dato' Razali Ismail buat kunjungan mengejut di kilang kek lapis ni.Memandangkan abah dan geng2 cikgu ni kenal baik dgn dato' YB,semua kek lapis kami di sponsor oleh beliau.Terima kasih byk2 dato'....=)  

                           
                      bersama Dato' Razali

Kemudian kami singgah sebentar di pasar Satok untuk membeli ikan terubuk sebelum pulang ke hotel.

Kuching trip (ii)

26 Februari 2010

Bermula pengembaraan kami.Destinasi?hanya sekitar bandar Kuching. Seawal jam 8 pagi, kami memulakan perjalanan.Breakfast..aku tak mahu mencuba mee kolok yg kononnya sedap,betul ke?oh belasah je roti canai hehe.Then kami ke menara (tak ingat dah ape nama menara tu) untuk meninjau bandar kuching dari atas. Asalnya kami tak dibenarkan masuk sebab ada kes bunuh diri semalamnya,tapi lepas pak guard kat situ call polis, kami diberi kebenaran naik.Wee...

                                   merdeka!!!      


Destinasi seterusnya yang cukup dinanti-nantikan oleh aku,umi dan acik Yam.Ke mana lagi kalau tak ke kedai mutiara,lokasi pertama duit melayang.Bukannya yg real pun, tapi dgn harga semurah RM5,gelang-gelang yg sangat cantik boleh didapati dgn bermacam pilihan di sini.Arif pulak tak melepaskan peluang membeli gendang kecil hehe (entah-entah aku balik dah rosak dibuatnya).


                              
                           umi,borong je semua

Usai shopping,kami ke India Street,tak ada apa yg menarik pun.Next,Waterfront,sesi ambil gambar di pesisir sungai Rejang bermula. Then,kami bergambar di tugu kucing.Diorang ni yg beria-ria,hehe sape-sape yg kenal aku memang tau aku tak suka kucing.Cuaca yg sangat panas di sana memaksa kami untuk tidak berlama-lama bergambar, ohh tak tahan.Ni baru panas dunia,belum lagi panas matahari yg cuma sejengkal dari kepala di akhirat nanti...


             
   gaya bebas nicely presented by cikgu irawan dan ustaz tony


Kami pulang ke hotel pada waktu tengah hari, dan meneruskan aktiviti di sebelah petang.Pemandu pelancong membawa kami ke rumah panjang Anna Rais(betul ke eja ni??),tapi hajat aku tak kesampaian sebaik saja tiba.Masakan tidak,sudah la dah tak macam rumah panjang,tak nampak buluh pun,nak masuk pun kena bayar,baik tak payah.Mood aku down terus. Dengan hampa kami pulang semula ke kuching.Tapi otw nak balik mood aku yg down tiba2 berubah dek ternampak nama Kg Bunuk.Hahaha..Shafiq Halim,finally i found, betul ade nama kampung tu...kena story kat Jihan nie.Sebelum balik hotel,kami singgah ke kilang pasu.Aku just beli pasu kecil,for me and my sis,tak lupa untuk kak sa sekali.Last for today,kami sekali lagi ke ke Waterfront,diorang ni dah gian nak naik bot menyusuri sungai Rejang.Aku?tetap berkeras tak mau naik hehe.Masalah fobia jalan air dan udara hihi =p.Aku,umi dan mak ustaz Tony juz duduk2 di situ, menikmati pemandangan matahari terbenam.Subhanallah,sangat cantik...


                                   
                                                                
        pemandangan waktu petang di waterfront

Kuching trip (i)

Pada hari khamis bersamaan 20 rabiul awal atau 25 Februari lalu,kami sekeluarga telah melancong ke kuching,Sarawak. Sayang sekali, my 2nd sis tak dapat ikut serta. Tapi kemeriahan masih terasa dgn kehadiran kawan2 umi dan abah bersama keluarga. Macam-macam gelagat ustaz-ustaz dan cikgu Irawan yg bujang2 belaka (tp line xclear daa..).Last2 aku jugak kena buli dgn diorang, diminta ambil gambar dgn pose diorang yg tersendiri,nasib baik saya baik hati tau cikgu Irawan,ustaz Azhari...kalau tak memang nak minta upah hehe...kami berlepas tepat jam 6 ptg menaiki pesawat airasia AK5216.



nak dijadikan cerita, sebelum berlepas, ustaz shahril tanpa sedar menyimpan tiket abah. So, masa nk check in semua kelam kabut cari,adeii nasib baik aku dgn ustaz tony ternampak. Kalau tak,hehe bak kata cikgu Irawan,mak dgn anak pergi melancong tinggal ayahnya kat lcct ni. Buat cuak je. Waktu sampai,hari dah pun malam. Kami tak ke mana-mana kecuali turun dinner,merasa keenakan nasi ayam penyet yg popular di Sarawak ni.Emm,kecur liur dibuatnya.Bilakah lagi aku berpeluang merasa nasi ayam penyet agaknya?

                      nasi ayam penyet sarawak