Kami bertolak pada awal pagi menuju ke Serikin yg memakan masa lebih sejam.Pasar Serikin memang popular di sini dgn pelbagai barangan yg dijual agak murah,majoriti peniaga datang dari Indonesia.Sebelum sampai,kami singgah sebentar di pasar puak Bidayuh.Macam-macam jenis buah dan sayur ada,kebanyakannya dikutip sendiri di hutan dan dijual.Tak dilupa,makanan wajib diorang; ulat sagu atau ulat mulong yg kononnya sedap.Eww...tak dinafikan ia halal,tapi kitorang tak sanggup nak makan.
di pasar masyarakat bidayuh
ulat mulong
pasar Serikin
Selesai memborong di Serikin,kami kembali ke kuching.Next destination yg ditunggu-tunggu,kilang kek lapis dayang salhah.Di sini,pelanggan diberi peluang merasa semua jenis kek lapis,yg mana kami rasa sedap,yg tu jugak la yg kami kebas.Walaupun cuma 10 ringgit sebiji,tapi bila dah ambil banyak tu tak rela pulak nak bayar.Mana taknya,kek lapis pudina,evergreen,blueberry..semua sedap-sedap.Belum masuk part nak bagi jiran dan kawan lagi.Alhamdulillah,ternyata kami langkah kanan hari ni,Timb. menteri belia dan sukan merangkap ex-student mrsm terendak,YB Dato' Razali Ismail buat kunjungan mengejut di kilang kek lapis ni.Memandangkan abah dan geng2 cikgu ni kenal baik dgn dato' YB,semua kek lapis kami di sponsor oleh beliau.Terima kasih byk2 dato'....=)
bersama Dato' Razali
Kemudian kami singgah sebentar di pasar Satok untuk membeli ikan terubuk sebelum pulang ke hotel.
No comments:
Post a Comment