Bermula pengembaraan kami.Destinasi?hanya sekitar bandar Kuching. Seawal jam 8 pagi, kami memulakan perjalanan.Breakfast..aku tak mahu mencuba mee kolok yg kononnya sedap,betul ke?oh belasah je roti canai hehe.Then kami ke menara (tak ingat dah ape nama menara tu) untuk meninjau bandar kuching dari atas. Asalnya kami tak dibenarkan masuk sebab ada kes bunuh diri semalamnya,tapi lepas pak guard kat situ call polis, kami diberi kebenaran naik.Wee...
merdeka!!!
Destinasi seterusnya yang cukup dinanti-nantikan oleh aku,umi dan acik Yam.Ke mana lagi kalau tak ke kedai mutiara,lokasi pertama duit melayang.Bukannya yg real pun, tapi dgn harga semurah RM5,gelang-gelang yg sangat cantik boleh didapati dgn bermacam pilihan di sini.Arif pulak tak melepaskan peluang membeli gendang kecil hehe (entah-entah aku balik dah rosak dibuatnya).
umi,borong je semua
Usai shopping,kami ke India Street,tak ada apa yg menarik pun.Next,Waterfront,sesi ambil gambar di pesisir sungai Rejang bermula. Then,kami bergambar di tugu kucing.Diorang ni yg beria-ria,hehe sape-sape yg kenal aku memang tau aku tak suka kucing.Cuaca yg sangat panas di sana memaksa kami untuk tidak berlama-lama bergambar, ohh tak tahan.Ni baru panas dunia,belum lagi panas matahari yg cuma sejengkal dari kepala di akhirat nanti...
gaya bebas nicely presented by cikgu irawan dan ustaz tony
Kami pulang ke hotel pada waktu tengah hari, dan meneruskan aktiviti di sebelah petang.Pemandu pelancong membawa kami ke rumah panjang Anna Rais(betul ke eja ni??),tapi hajat aku tak kesampaian sebaik saja tiba.Masakan tidak,sudah la dah tak macam rumah panjang,tak nampak buluh pun,nak masuk pun kena bayar,baik tak payah.Mood aku down terus. Dengan hampa kami pulang semula ke kuching.Tapi otw nak balik mood aku yg down tiba2 berubah dek ternampak nama Kg Bunuk.Hahaha..Shafiq Halim,finally i found, betul ade nama kampung tu...kena story kat Jihan nie.Sebelum balik hotel,kami singgah ke kilang pasu.Aku just beli pasu kecil,for me and my sis,tak lupa untuk kak sa sekali.Last for today,kami sekali lagi ke ke Waterfront,diorang ni dah gian nak naik bot menyusuri sungai Rejang.Aku?tetap berkeras tak mau naik hehe.Masalah fobia jalan air dan udara hihi =p.Aku,umi dan mak ustaz Tony juz duduk2 di situ, menikmati pemandangan matahari terbenam.Subhanallah,sangat cantik...
pemandangan waktu petang di waterfront
No comments:
Post a Comment