Sunday, 17 February 2013

Journey to Land DownUnder: Melbourne part 1

Bismillah...

Dah lama berkira-kira nk post entri ni,plus trip ni dah lama and it's gonna be a quite long story kalau nk cerita semua.At last decide nk cerita jugak tentang trip ke Aussie ni,since info yg akan aku cerita maybe blh membantu sapa-sapa yg nk ke Aussie dan especially adik-adik yg akan fly ke Melbourne or Sydney.
Educational trip ni dianjurkn oleh batch kami dgn kerjasama fakulti kampus 25 ogos thn lepas.Kami seramai 25 org (ditemani senior kami frp di hosp. di Perak) ke Melbourne,Sydney dan Wagga-Wagga utk visit universiti,fakulti farmasi dan community pharmacy selama 10 hari,kecuali 9 org students trmasuk aku yg extend stay setengah bulan sebab kami buat praktikal di farmasi kat sana.Seriously,ni pengalaman yg takkan boleh dilupakan.Sebab duit tajaan yg kami dapat agak terhad,so kami selaku mainboard cut out budget dgn ambik travel agent juz utk beberapa tempat,cari tempat makan dan bawak makanan sendiri,masak sendiri,
naik bas,tram,pergi jalan-jalan dgn inisiatif tanya orang,GPS dan contact student2 Msia.Even tempat penginapan pun kami survey sendiri online dan wired siap2.(Kami 1st time jejak kaki kat sini tau,so don't guess yg myb ada antara kami yg dh pernah datang sbb tu tau jalan,tempat).Haa..survive sendiri baru adventure kan,nampak sikit macam student yg study kt sana,kalau tak travel guide duk usung pegi sana-sini,memang obvious muka pelancong la.

25/8/2012

Flight kami pukul 10.30 malam.Masing-masing excited plus nervous.Tapi aku sedih sikit sbb tak puas beraya lagi..T_T.Dalam flight pulak aku susah nk tidur,dah la sejuk.Adoyai...perjalanan ke Melbourne memakan masa lebih kurang 8 jam.So kami solat subuh dlm flight.Alhamdulillah,aku bernasib baik sebab duduk sebelah student medic univ. of Newcastle,Khadijah namanya.Dapat la bertanya sikit-sikit.Solat dlm pukul 5 lebih2 macam tu,waktu subuh agak panjang sebab matahari lambat naik time winter.(Winter Aussie jun-ogos sbb kat hemisfera utara,terbalik dgn europes yg winternya dis-feb).Ambik wuduk kat toilet,paling penting bawak botol kosong sbb anda tak akan jumpa toilet ada getah paip dlm flight and time kat Aussie ye.Then boleh solat sambil duduk.Tak perlu ganti semula solat.Dlm flight nanti akan diberi declaration form,kalau ada bawak makanan sila declare,kalau tak nanti kena denda.

muka-muka excited 

26/8/2012

Kami tiba di Tullamarine Airport Melbourne lebih kurang jam 8 pagi (waktu Melbourne cepat 2 jam dari Malaysia).Time nak lepas kastam memang dup-dap dup-dap.Pihak kastam ni bawak anjing untuk cek barang especially foods yg kita bawak.Kitorang dah takut,tapi nasib baik pihak kastam ni suruh kami berdiri kat tepi,siap tanya kitorang lagi 'are you afraid of dogs?bla..bla..bla..'.Haha...Kalau tanya makanan apa yg boleh bawak,aku pun tak boleh nk jawab setepatnya sebab kastam Aussie ni tak tentu.Basically yg boleh bawak maggi,tuna,jem,sardin.Elakkan bahan tenusu,makanan berasaskan daging/ayam atau apa-apa yg anjing boleh respon.Ada sesetengah daripada kami kastam tak cek guna anjing pun,time aku dgn yg lain-lain pulak alhamdulillah anjing tu just lalu hidu gitu-gitu je,tapi mat saleh depan kitorang anjing tu menyalak,bila kastam cek dapat rampas buah epal.Terus kastam tu usap anjing then cakap 'good boy'.Erk....(^^)". Serunding?baik jangan....kawan aku yg bawak kena rampas,elok-elok je kastam campak dlm tong sampah.Pasal minuman 3 in 1 paket sepatutnya takleh bawak,tapi mcm aku cakap td kastam ni ikut mood dia jugak,kawan aku bawak milo 3 in 1 lepas pulak.Untuk student yg akan duduk Aussie aku tak sure,sebab ada yg aku kenal study kat sana bwk makanan macam ikan bilis,rempah,maybe diorang bungkus tebal2 or masuk dlm kotak asing ke,aku tak sure.

Keluar je airport,mak aii...sejuk gilaa.Hari ni kitorang guna khidmat travel agent.Kami dimaklumkan suhu pagi ni adalah 8 darjah.Cepat-cepat masuk bas tak tahan sejuk.Kami terus ke Queen Victoria Market.


Kalau nak shopping souvenirs,Queen Victoria Market memang best,murah,luas dan banyak pilihan.
Daripada sayur dan buah sampailah ke kasut,pakaian,keychain,karpet bulu koala.Tapi survey la dulu baru beli.Kalau yg jual baju dgn souvenirs tu kadang-kadang bukannya local people pun,tapi orang cina,pandai cakap melayu pulak tu.Satu lagi,kalau students yg baru nk fly tak payah membazir beli winter coat mahal byk2 kat Malaysia,tapi bawak baju biasa yg tebal sikit dan pakai secara berlapis.
Bila dah sampai Aussie,baru beli winter coat byk2.Kat sini lagi murah dan trendy,berbanding dgn kat Malaysia beli sehelai ratus-ratus tapi fesyen macam orang nk pegi main ski.Yang nak beli souvenirs boleh tgk gambar2 yg kimi dh snap skali dgn harga lagi,so korang boleh bajet duit (1AUD~rm3.30).Ada satu kedai cina yg jual souvenirs yg harga dia jual sama mcm kedai2 lain,tapi kuantiti lg byk,so untung la kan..hehe.

Nampak tak kawan-kawan aku sibuk pilih fridge magnet?ni masa mula-mula sampai.Kedai ni jual 10 AUD utk 6 keping kalau tak silap.Backpack kecik comel2 dlm belas2 AUD.Stubbie holder tu bekas tin/gelas.
Kalau korang jumpa kedai cina yg aku cakap tadi.,dia jual 10 AUD utk 8 keping fridge magnet.Beg sandang saiz besar dia jual 3 utk 10 AUD.Keychain koala aku tak igt harga sbb aku tak beli,tapi dia jual in-bulk murah jugak.Pencil case yg cute2 dia jual 5 utk 10 AUD kalau tak silap.Ni ikut harga time kitorang pergi la.
Oh ya,kalau nampak gambar kedai gloves yg kitorang singgah tu,dapat 5 AUD utk satu gloves yg biasa2 je,means cepat berbulu la bila banyak kali pakai.Sweater biasa yg ada lambang flag Aussie dlm 16 AUD.
Buah strawberi pulak kitorang beli 3 paket 5 AUD,tapi makan sini jelah,tak boleh bawak balik Malaysia.

Penat berjalan dan sejuk tak tertahan.Aku,kimi dan Ani ke food court depan market membeli cafe latte berharga 2.80 AUD secawan,share 3 orang.Time ni baru terasa nikmat minum hot beverage,kalau kat Malaysia tak pandang pun.Haha...

Puas bershopping,kami ke tempat2 bersejarah mcm St. Patrick Cathedral,Victoria Parliament House,Shine of Remembrance,Fitzroy Garden and National Gallery of Victoria.Nak cerita kang berjela pulak,korang google sendiri la pasal tempat2 ni,memang berbaloi dapat snap pics kat sini...hihi.


Tour petang berakhir dan kami bergerak ke Flinders Station Backpackers.Backpackers ni ala-ala dorm,
terletak di tingkat 3.Bila sampai kat reception,macam culture shock kejap tengok pekerja kat reception duk layan lagu rock inggeris yg dipasang sekuatnya sambil goyang2 kepala.Haha...scary kot,tapi takde papelah,
keselamatan masih terjaga.Kitorang je yg still tak biasa tengok diorang macam tu depan2 mata.Lepas check-in ambil kunci,terus naik bilik masing2.Sebilik 4 orang,toilet kat luar.Boleh check website dia kalau nk tengok,aku tengok macam dia ada renovate dh sikit2 sekarang.Kat sini ada games room,self-laundry dan dapur lengkap kalau nk masak (err..sapa yg berani masak,bercampur halal haram semua).Nak surf internet turun lobby,kitorang dapat surf free 2 jam setiap sorang sepanjang stay,kalau lebih2 kena bayar la.Ok,  malamnya kami berjalan kaki untuk dinner dengan wakil Victorian Pharmacy Students Association (VPSA) Monash Univ (now MPSA) kat Blok M Express (indonesian cuisine).Adik Mira (classmate kami) yg study kat sini arrange dinner kami,makan-makan sambil bertukar cerita dengan pharmacy student Monash.Range harga makanan kat sini dlm 9-12 AUD.Aku pilih nasi dgn ayam bakar,tapi tak habis makan pun.Tak kena selera sebab nasi dia macam beras pulut,bukan beras macam kita biasa makan..dengan takde kuahnya,so aku terasa muak.Tapi ayamnya sedap.Maybe menu lain sedap kot,sebab kawan aku yg lain habis je.Moral of the story,lenkali baik share je 1 meal dua,tiga orang..sebab kadang2 portion satu meal tu banyak,di samping boleh jimat duit.

                                              nasi with ayam bakar Blok M

 Aku memang tabik springlah dengan kawan adik mira yg datang malam-malam pakai baju kurung.Yelah... sejuk nak pengsan kot.Diorang mesti dah biasa kan.Sebelum balik hostel,diorang bawak kami ke Coles untuk tunjuk yg makanan mana halal.Coles ni supermarket chain macam Giant la lebih kurang,byk branch kat NSW,kat Adelaide pun ada.So kitorang roomates end up beli roti keping coles.Cari-cari ducth lady rupanya tak jual kat sini.Haha...adoyai.Tak kesah la,mana-mana brand susu dengan cereals pun boleh,halal in sha Allah.Then kami singgah 7 Eleven untuk beli simcard dgn topup.Kalau short stay takyah la beli,tapi yg nk stay lama better beli,lagi jimat nk call Malaysia.Sape nak beli,pergi 7E cakap nk Lebara simcard and mobile recharge.Kalau tak silap Europes pun ada simcard ni.Aku pernah call Malaysia malam-malam,gayut setengah jam,bila check balance baru tolak 2 AUD.Hehe...

                                    
 Balik bilik semua terbongkang.Penat sangat.Well,wait for da next day entry =)

Tuesday, 12 February 2013

3 hari 2 malam di Hatyai:part 2

Bismillah...

Kali ni nak sambung trip Hatyai 2nd & last day.Seawal 7.30 pagi waktu Thailand (8.30 a.m. waktu Msia) kami dh berkumpul di lobi hotel.Hari ni kami nak ke Songhkla.Time bas lalu area bandar,antara yg paling syok aku perhatikan tepi-tepi jalan kat sini sentiasa dipenuhi gerai-gerai ala-ala gerai goreng pisang tempat kita.Tapi makanan yg dijual memang bermacam-macam,daripada buah,air kelapa,rojak,pulut ayam,pulut durian/mangga,roti thailand hinggalah ke udang besar2 yg digoreng.Tak hairanlah industri pertanian banyak menyumbang pada ekonomi Thailand.Antara yg sempat kami cuba ialah pulut ayam,pulut durian/mangga & roti thailand.Pulut ayam ni pulut dgn bawang goreng yg dimakan bersama ayam goreng,harganya kalau tak silap dlm 60 baht.Kalau pulut durian + mangga dimakan bersama santan,100 baht.Roti thailand atau ada jugak yg panggil thai pancake ni adikku yg try beli,roti pisang then boleh pilih nk plain atau filling choc dll.Roti ni 250 baht.Nyum nyum,pendek kata memang semua terangkatlahh!



Lebih kurang sejam perjalanan,kami sampai di Chang Puak Camp.Kat sini boleh pilih nak naik gajah atau naik ATV.Boleh naik 2-3 orang skali 1 round.Sila pegang kuat-kuat kalau tak nak jatuh tercampak sbb 'drebar' gajah akan bwk gajah ni lalu jalan yg tak rata dan siap masuk dlm air lagi.Rupanya sebelah dlm kawasan ni ada rumah-rumah pondok yg didiami keluarga drebar2 gajah.Pakcik drebar gajah yg aku dgn syaza naik siap boleh singgah rumah dia lagi mintak makanan dgn wife dia..haha...Kitorang nak borak dgn pakcik ni pun payah jugak sbb mslh bahasa,setakat tanya nama pakcik tu dgn nama gajah boleh la.Bila kitorang tanya pasal kerja dia etc,dh macam ayam cakap dgn itik..hahaha..Sebelum nak sampai semula kat tempat naik td,drebar2 gajah ni akan bawak ke tempat terlindung sikit dan..jeng3,dia akan offer kita utk beli barang perhiasan mcm loket,gelang,cincin dan rantai yg memang original drpd gading gajah,slalunya wife diorang yg buat sendiri barang perhiasan ni.Kenapa bawak kat tempat terlindung?sebab benda alah ni diorang pandai-pandai jual sendiri nk cari duit poket lebih,illegal maa...Kalau nk beli make sure tawar betul-betul dan beli time tu jugak.Once korang dh turun dari gajah tu korang merayu tergolek-golek pun diorang takkan jual.Then bila kitorang turun,orang-orang kat sini pulak offer gambar time kitorang naik gajah td.Patut la kitorang pelik dh time naik gajah td tetibe pulak ada orang ambikkan gambar.Diorang siap frame cantik-cantik dan jual dgn harga 200 baht 1 gambar.Frame tu pulak dibuat drpd najis gajah yg diproses. Ekk...nasib baik tak berbau.Bijak sungguh diorang ni cari duit....

Puas naik gajah,kami ke Tang Kuan Hill Lift Station.Yang nak beli atau bawak makanan kena hati-hati sikit sebab banyak kera.Dengan bayaran 30 baht,pelancong boleh naik lif utk menikmati pemandangan bandar Songkhla dari puncak bukit Tang Kuan.Satu lif boleh memuatkan kira-kira 20 orang,bukan cabel car ye,memang lif yg naik ke atas secara condong.Kat puncak bukit ni jugak ada royal pagoda a.k.a kuil orang Buddha yg dibina pada zaman pemerintahan King Rama V.Kat sini banyak giler loceng dan mangga kunci digantung,konon-konon utk wish la..macam orang baling duit syiling dlm air tu la kot.Hah..masa nak naik lif tu pun ada jgk si penangkap gambar,bila turun siap berbingkai cantik dah gambar masing-masing.Kali ni tak nak beli dah.....


 Seterusnya kami ke Samila beach yg terkenal dgn patung mermaid.Oh ya,coconut ice cream kat sini memang superduper best.Harga?30 baht saja.Aiskrim ni special sbb diisi dlm kelapa yg dh dibuang kulit luarnya,so kat dlm boleh korek lagi isi kelapa plus ada pulut,roti dll.Kitorang shopping souvenirs dan t-shirt kat sini sebab murah.Ringgit Malaysia accepted.Boleh belikan utk saudara-mara dan kawan-kawan skali.Walaupun hadiah kecil dan murah,tapi in shaAllah bernilai di mata mereka.Ini bukan sekadar adab..ini jugak adalah sunnah nabi.Ramai yang pulang dengan membawa hadiah tapi siapa antara kita merasai ia adalah sunnah dan ikutan daripada Rasulullah S.A.W.So lepas ni kalau beli souvenirs during travel boleh niatkan sebagai sunnah nabi (^_^).


Sesi shopping berehat seketika utk memberi laluan kepada perut-perut yg lapar dan solat.Hehe...kami solat di masjid Songhkla.Masjid Songkhla ni satu-satunya masjid yg mana surat nikah ijabkabul pasangan rakyat Malaysia di sini disahkan oleh Konsulat Malaysia.


Ok..tempat penutup sesi shopping hari ni ialah Klong Hae floating market.Kat sini cukup luas,dengan bahagian atas mostly pakaian dan barang2 yg murah-murah.Kalau turun ke bawah boleh beli makanan dan minuman yg dijual oleh peniaga dlm perahu.Yang uniknya air minuman kat sini diisi dlm pasu tanah liat pelbagai corak (boleh pilih) atau pun bekas buluh yg kita boleh bawak balik simpan sebagai cenderahati.
Harga range dlm 250-350 baht bergantung pada saiz bekas.



Pagi terakhir di Hatyai,kami ke local market berdekatan hotel.Di local market ni boleh shopping pakaian,handbag dgn harga murah.Kami check-out tengah hari dan singgah pekan Danuk di sempadan imigresen utk sapa-sapa yg tak puas shopping lagi (aku window shopping sebab scholar jpa kena simpan T_T).Kat Zon Duty Free Bukit Kayu Hitam boleh pulak shopping coklat.Haha...


Saturday, 2 February 2013

3 hari 2 malam di Hatyai:part 1

Bismillah...

My 1st entri in 2013..dh bersarang blog ni sbb lama tak diupdate.Longgokan assignment semester lepas sungguh memenatkan,sampai tak ada masa nk menjenguk blog,apatah lagi menaip update2 terkini.Kali ni nak share pengalaman 'berkampung' di Hatyai minggu lepas.Kami sekeluarga sebenarnya mengikut trip koop KMB, since abah pengerusi koop dan adikku yg study di KMB ni pun ahli ALK,so alang-alang tu angkut satu family skali penuhkan bas..hehe.


 Kami bertolak pukul 10 mlm dan sampai di Changlun waktu subuh.Singgah breakfast di ctc dan tukar duit skali,kemudian barulah bergerak ke imigresen (dgn tak mandinya..buat muka tak malu sudah).Imigresen Malaysia kejap je,tapi di imigresen Sadao nak masuk Thailand agak lama.Itupun nasib baik tour guide kami awal-awal lagi dah 'bayar' pegawai imigresen Thailand ni.Bukan apa,diorang ni sambil-sambil cek pasport sempat lagi mintak duit (illegal charge pulak,ambik kesempatan betul).


Selepas selesai urusan imigresen,tour guide kami,Ting-Ting namanya,membawa kami ke Ice Dome.Waktu mula-mula sampai,Ting-Ting dgn bersemangatnya bercerita betapa sejuknya dlm Ice Dome,kitorang pun bayangkan tempat tu macam kat Genting tu la kot.Rupa-rupanya kat dalam penuh dengan replika bangunan dll yg semuanya dibuat drpd bongkah ais,so bayangkanlah utk reserve semua replika ais ni daripada cair tentulah perlukan suhu yg amat-amat rendah,-15 darjah!Walaupun dibekalkan gloves dengan winter coat takkan dapat cover sejuknya tu.Keras kaki dan tangan..nasib baik aku dh imun dgn winter kt melbourne last year,dapat la bertahan lama skit kt dalam.Yang lain-lain masuk kejap terus surrender nk keluar,bayar dekat rm40 tapi masuknya tak sampai setengah jam,takut keluar-keluar nanti semua jadi patung ais..haha..Oh ya,di luar Ice Dome pun ada tempat makan yg halal mcm Chicken nuggets.Harga depends pada pakej,contohnya kitorang beli pakej nuggets + fries dgn harga 350 baht = rm3.50.Murahkan? kuantitinya pun boleh tahan banyak.Tapi sayang makcik yg jual tu cuma tahu cakap thai je,so tour guide kamilah yg tolong order.hehe..



  

Destinasi seterusnya adalah kedai menjual makanan dan kerepek,kacang,buah mata kucing dan nangka kering,dan macam-macam lagilah dried foods yg ada.Kemudiannya kami singgah Nora Plaza.Sarang burung ada dijual kat sini selain souvenirs,jewelleries dan barangan kulit asli walaupun jenamanya lintang-pukang.Di sini pengunjung akan diberi kad diskaun 20% utk semua barangan yg dijual.Tapi kalau nak beli souvenirs mcm keychain,t-shirt tu rasanya tak berbaloi beli kat plaza ni sbb harganya agak mahal,melainkan kalau nak beli handbag kulit buaya etc yg harganya beratus-ratus tu.

Lepas Nora Plaza,kami pergi lunch dan singgah ke masjid di bandar lama Hatyai utk solat jumaat.Adikku complaint boring dengar khutbah sbb tak paham satu ape pun..haha.Then terus check-in di River Grand Hotel yg tak berapa nak grand pun,yet still comfortable enough (blaja bersyukur ye).Di sebelah malam pula aktiviti bebas,jadi kami keluar sendiri utk dinner.Walaupun barangan di sini agak murah,tapi makanan di restoran muslim boleh tahan mahal.Nasi goreng biasa-biasa kat restoran cikai pun mencecah 60-70 baht.Oh ya,kalau nak keluar ke mana-mana sangat senang sebab tuk-tuk sentiasa kelihatan di mana-mana dengan tambang 20 baht/person sehala,bagitahu je nak ke mana.Yang tak senangnya ialah language barrier,especially peniaga restoran dan driver tuk-tuk,tanya lebih-lebih sikit diorang dah terpinga-pinga.Kalau yg jual-jual souvenirs tu tahu je cakap Melayu,Klate,speaking pun boleh.