My 1st entri in 2013..dh bersarang blog ni sbb lama tak diupdate.Longgokan assignment semester lepas sungguh memenatkan,sampai tak ada masa nk menjenguk blog,apatah lagi menaip update2 terkini.Kali ni nak share pengalaman 'berkampung' di Hatyai minggu lepas.Kami sekeluarga sebenarnya mengikut trip koop KMB, since abah pengerusi koop dan adikku yg study di KMB ni pun ahli ALK,so alang-alang tu angkut satu family skali penuhkan bas..hehe.
Kami bertolak pukul 10 mlm dan sampai di Changlun waktu subuh.Singgah breakfast di ctc dan tukar duit skali,kemudian barulah bergerak ke imigresen (dgn tak mandinya..buat muka tak malu sudah).Imigresen Malaysia kejap je,tapi di imigresen Sadao nak masuk Thailand agak lama.Itupun nasib baik tour guide kami awal-awal lagi dah 'bayar' pegawai imigresen Thailand ni.Bukan apa,diorang ni sambil-sambil cek pasport sempat lagi mintak duit (illegal charge pulak,ambik kesempatan betul).
Selepas selesai urusan imigresen,tour guide kami,Ting-Ting namanya,membawa kami ke Ice Dome.Waktu mula-mula sampai,Ting-Ting dgn bersemangatnya bercerita betapa sejuknya dlm Ice Dome,kitorang pun bayangkan tempat tu macam kat Genting tu la kot.Rupa-rupanya kat dalam penuh dengan replika bangunan dll yg semuanya dibuat drpd bongkah ais,so bayangkanlah utk reserve semua replika ais ni daripada cair tentulah perlukan suhu yg amat-amat rendah,-15 darjah!Walaupun dibekalkan gloves dengan winter coat takkan dapat cover sejuknya tu.Keras kaki dan tangan..nasib baik aku dh imun dgn winter kt melbourne last year,dapat la bertahan lama skit kt dalam.Yang lain-lain masuk kejap terus surrender nk keluar,bayar dekat rm40 tapi masuknya tak sampai setengah jam,takut keluar-keluar nanti semua jadi patung ais..haha..Oh ya,di luar Ice Dome pun ada tempat makan yg halal mcm Chicken nuggets.Harga depends pada pakej,contohnya kitorang beli pakej nuggets + fries dgn harga 350 baht = rm3.50.Murahkan? kuantitinya pun boleh tahan banyak.Tapi sayang makcik yg jual tu cuma tahu cakap thai je,so tour guide kamilah yg tolong order.hehe..
Destinasi seterusnya adalah kedai menjual makanan dan kerepek,kacang,buah mata kucing dan nangka kering,dan macam-macam lagilah dried foods yg ada.Kemudiannya kami singgah Nora Plaza.Sarang burung ada dijual kat sini selain souvenirs,jewelleries dan barangan kulit asli walaupun jenamanya lintang-pukang.Di sini pengunjung akan diberi kad diskaun 20% utk semua barangan yg dijual.Tapi kalau nak beli souvenirs mcm keychain,t-shirt tu rasanya tak berbaloi beli kat plaza ni sbb harganya agak mahal,melainkan kalau nak beli handbag kulit buaya etc yg harganya beratus-ratus tu.
Lepas Nora Plaza,kami pergi lunch dan singgah ke masjid di bandar lama Hatyai utk solat jumaat.Adikku complaint boring dengar khutbah sbb tak paham satu ape pun..haha.Then terus check-in di River Grand Hotel yg tak berapa nak grand pun,yet still comfortable enough (blaja bersyukur ye).Di sebelah malam pula aktiviti bebas,jadi kami keluar sendiri utk dinner.Walaupun barangan di sini agak murah,tapi makanan di restoran muslim boleh tahan mahal.Nasi goreng biasa-biasa kat restoran cikai pun mencecah 60-70 baht.Oh ya,kalau nak keluar ke mana-mana sangat senang sebab tuk-tuk sentiasa kelihatan di mana-mana dengan tambang 20 baht/person sehala,bagitahu je nak ke mana.Yang tak senangnya ialah language barrier,especially peniaga restoran dan driver tuk-tuk,tanya lebih-lebih sikit diorang dah terpinga-pinga.Kalau yg jual-jual souvenirs tu tahu je cakap Melayu,Klate,speaking pun boleh.
No comments:
Post a Comment