Tuesday 12 February 2013

3 hari 2 malam di Hatyai:part 2

Bismillah...

Kali ni nak sambung trip Hatyai 2nd & last day.Seawal 7.30 pagi waktu Thailand (8.30 a.m. waktu Msia) kami dh berkumpul di lobi hotel.Hari ni kami nak ke Songhkla.Time bas lalu area bandar,antara yg paling syok aku perhatikan tepi-tepi jalan kat sini sentiasa dipenuhi gerai-gerai ala-ala gerai goreng pisang tempat kita.Tapi makanan yg dijual memang bermacam-macam,daripada buah,air kelapa,rojak,pulut ayam,pulut durian/mangga,roti thailand hinggalah ke udang besar2 yg digoreng.Tak hairanlah industri pertanian banyak menyumbang pada ekonomi Thailand.Antara yg sempat kami cuba ialah pulut ayam,pulut durian/mangga & roti thailand.Pulut ayam ni pulut dgn bawang goreng yg dimakan bersama ayam goreng,harganya kalau tak silap dlm 60 baht.Kalau pulut durian + mangga dimakan bersama santan,100 baht.Roti thailand atau ada jugak yg panggil thai pancake ni adikku yg try beli,roti pisang then boleh pilih nk plain atau filling choc dll.Roti ni 250 baht.Nyum nyum,pendek kata memang semua terangkatlahh!



Lebih kurang sejam perjalanan,kami sampai di Chang Puak Camp.Kat sini boleh pilih nak naik gajah atau naik ATV.Boleh naik 2-3 orang skali 1 round.Sila pegang kuat-kuat kalau tak nak jatuh tercampak sbb 'drebar' gajah akan bwk gajah ni lalu jalan yg tak rata dan siap masuk dlm air lagi.Rupanya sebelah dlm kawasan ni ada rumah-rumah pondok yg didiami keluarga drebar2 gajah.Pakcik drebar gajah yg aku dgn syaza naik siap boleh singgah rumah dia lagi mintak makanan dgn wife dia..haha...Kitorang nak borak dgn pakcik ni pun payah jugak sbb mslh bahasa,setakat tanya nama pakcik tu dgn nama gajah boleh la.Bila kitorang tanya pasal kerja dia etc,dh macam ayam cakap dgn itik..hahaha..Sebelum nak sampai semula kat tempat naik td,drebar2 gajah ni akan bawak ke tempat terlindung sikit dan..jeng3,dia akan offer kita utk beli barang perhiasan mcm loket,gelang,cincin dan rantai yg memang original drpd gading gajah,slalunya wife diorang yg buat sendiri barang perhiasan ni.Kenapa bawak kat tempat terlindung?sebab benda alah ni diorang pandai-pandai jual sendiri nk cari duit poket lebih,illegal maa...Kalau nk beli make sure tawar betul-betul dan beli time tu jugak.Once korang dh turun dari gajah tu korang merayu tergolek-golek pun diorang takkan jual.Then bila kitorang turun,orang-orang kat sini pulak offer gambar time kitorang naik gajah td.Patut la kitorang pelik dh time naik gajah td tetibe pulak ada orang ambikkan gambar.Diorang siap frame cantik-cantik dan jual dgn harga 200 baht 1 gambar.Frame tu pulak dibuat drpd najis gajah yg diproses. Ekk...nasib baik tak berbau.Bijak sungguh diorang ni cari duit....

Puas naik gajah,kami ke Tang Kuan Hill Lift Station.Yang nak beli atau bawak makanan kena hati-hati sikit sebab banyak kera.Dengan bayaran 30 baht,pelancong boleh naik lif utk menikmati pemandangan bandar Songkhla dari puncak bukit Tang Kuan.Satu lif boleh memuatkan kira-kira 20 orang,bukan cabel car ye,memang lif yg naik ke atas secara condong.Kat puncak bukit ni jugak ada royal pagoda a.k.a kuil orang Buddha yg dibina pada zaman pemerintahan King Rama V.Kat sini banyak giler loceng dan mangga kunci digantung,konon-konon utk wish la..macam orang baling duit syiling dlm air tu la kot.Hah..masa nak naik lif tu pun ada jgk si penangkap gambar,bila turun siap berbingkai cantik dah gambar masing-masing.Kali ni tak nak beli dah.....


 Seterusnya kami ke Samila beach yg terkenal dgn patung mermaid.Oh ya,coconut ice cream kat sini memang superduper best.Harga?30 baht saja.Aiskrim ni special sbb diisi dlm kelapa yg dh dibuang kulit luarnya,so kat dlm boleh korek lagi isi kelapa plus ada pulut,roti dll.Kitorang shopping souvenirs dan t-shirt kat sini sebab murah.Ringgit Malaysia accepted.Boleh belikan utk saudara-mara dan kawan-kawan skali.Walaupun hadiah kecil dan murah,tapi in shaAllah bernilai di mata mereka.Ini bukan sekadar adab..ini jugak adalah sunnah nabi.Ramai yang pulang dengan membawa hadiah tapi siapa antara kita merasai ia adalah sunnah dan ikutan daripada Rasulullah S.A.W.So lepas ni kalau beli souvenirs during travel boleh niatkan sebagai sunnah nabi (^_^).


Sesi shopping berehat seketika utk memberi laluan kepada perut-perut yg lapar dan solat.Hehe...kami solat di masjid Songhkla.Masjid Songkhla ni satu-satunya masjid yg mana surat nikah ijabkabul pasangan rakyat Malaysia di sini disahkan oleh Konsulat Malaysia.


Ok..tempat penutup sesi shopping hari ni ialah Klong Hae floating market.Kat sini cukup luas,dengan bahagian atas mostly pakaian dan barang2 yg murah-murah.Kalau turun ke bawah boleh beli makanan dan minuman yg dijual oleh peniaga dlm perahu.Yang uniknya air minuman kat sini diisi dlm pasu tanah liat pelbagai corak (boleh pilih) atau pun bekas buluh yg kita boleh bawak balik simpan sebagai cenderahati.
Harga range dlm 250-350 baht bergantung pada saiz bekas.



Pagi terakhir di Hatyai,kami ke local market berdekatan hotel.Di local market ni boleh shopping pakaian,handbag dgn harga murah.Kami check-out tengah hari dan singgah pekan Danuk di sempadan imigresen utk sapa-sapa yg tak puas shopping lagi (aku window shopping sebab scholar jpa kena simpan T_T).Kat Zon Duty Free Bukit Kayu Hitam boleh pulak shopping coklat.Haha...


No comments:

Post a Comment