27 April 2011
Azan subuh berkumandang seawal jam 4.31 pagi. Cuaca cerah pada pkl 5.30 pagi seperti pkl 7 pagi di Malaysia. Kami bersiap turun bersama bagasi untuk breakfast dan check-out. Nasi lemak yg enak disajikan pada breakfast terakhir kami di d’wau restaurant sebelum meneruskan perjalanan ke Siem Reap. Suasana di d’wau restaurant membuatkan kami tidak berasa seperti di berada di negara orang memandangkan pemilik dan pekerjanya begitu fasih berbahasa Melayu. Lagu-lagu popular diputarkan online menerusi siaran radio Hotfm manakala tv pula dipasang saluran RTM.
bergambar di d'wau restaurant
Perjalanan ke Siem Reap memakan masa yg agak lama kerana kami singgah ke beberapa tempat terlebih dahulu. Seperti di Phnom Penh, farmasi dan klinik gigi begitu banyak sekali. Namun begitu, awas kerana 70 peratus ubat yg dijual berkemungkinan palsu atau luput tarikh di samping status halal yg samar-samar. Selain itu, kami berkesempatan singgah ke Highest Council for Islamic Religious Affairs Cambodia tidak jauh dari Kampung Cham dan beramah mesra dgn kakitangan dan para pelajar yg sedang mengikuti kelas.
di depan Highest Council for Islamic Religious Affairs Cambodia
Seterusnya kami singgah pula ke sebuah lagi madrasah, kali ini kemudahannya tidak sebaik kelas di Highest Council tadi. Walaupun bangunannya tidak seberapa tetapi pemandangannya tetap indah menghala ke Sungai Mekong. Pelajar lelaki belajar di masjid manakala pelajar perempuan belajar di kelas. Adik-adik kecil pula belajar di kelas berdinding kayu yg usang, di mana kelas ini adalah antara bangunan terawal didirikan untuk memulakan sekolah. Kelas mereka langsung tidak disediakan kipas. Teringat pula kerenah kami di kelas apabila air-cond tidak berfungsi, fokus mula hilang akibat kepanasan dan lectures yg didengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri, rasa malu sebentar.
kelas anak-anak kecil yg usang
Seperti yg dilihat, mereka tiada pakaian sekolah yg khusus, ada yg diseragamkan contohnya pelajar remaja perempuan bertudung labuh putih dan berjubah hitam atau baju kurung hitam dan kain sarung warna bebas. Kanak-kanak pula dicampur lelaki dan perempuan dlm kelas yg sama dan kebanyakannya berpakaian berwarna merah tua, barangkali itu uniform mereka.
bangunan kelas
di dlm salah sebuah kelas
Kami berkesempatan melawat ke kelas-kelas mereka namun masalah bahasa membataskan komunikasi antara kami. Menjelang tengah hari, sesi persekolahan tamat dan para pelajar berduyun-duyun pulang dengan berbasikal atau berjalan kaki. Menurut seorang ustazah yg mengajar, para pelajar di sini belajar secara percuma dan guru-guru juga mengajar percuma. Agak-agak di Malaysia, ada tak guru yg seikhlas begini? Bonus hujung tahun tidak dapat pun membebel beratus kilometer, dibandingkan dengan mereka tidak merungut langsung malah berusaha mencurah segala ilmu yg ada. Kagum benar kami dengan kesungguhan anak-anak Kemboja yg tidak kisah berpanas berhujan demi mengutip sedikit ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, semangat mereka tetap kental mengalunkan surah-surah juzuk amma sekuat mungkin yg mana aku membayangkan jika pelajar Malaysia seusia mereka berada di situ sudah pasti sibuk mengibas baju kepanasan dan membaca dengan ala kadar sahaja.
bersama ustazah di kwsn sekolah yg menghadap sg mekong
Perjalanan diteruskan. Masa untuk sampai begitu lama membuatkan kami terlelap, tapi sekadar tidur ayam saja kerana terganggu dgn bunyi hon bas. Di sini, pengguna jalan raya memandu dgn sesuka hati, walaupun jalan raya sememangnya sudah dua hala tetapi tidak semestinya mereka memandu pada arah yg sama, cukup bahaya! Sehinggakan kami membilang kekerapan pemandu bas membunyikan hon sepanjang perjalanan, boleh dikatakan selang 5 minit sudah lebih 2 kali hon dibunyikan. Pening kami dibuatnya.
Sewaktu tiba di Siem Reap, waktu sudah hampir asar. Kami check-in di Reaksmey Chanreas Hotel. Mujur ada staf hotel membantu mengangkat beg, kalau tidak lelah juga mengangkut beg ke tingkat 3. Petang itu kami dibawa ke CTM souvenirs yg boleh tahan mahalnya.
di depan CTM Souvenirs di Siem Reap
Sebentar sahaja masa diperuntukkan di sana memandangkan target shopping kami yg sebenar adalah di night market. Di night market, cenderamata, alas meja, keychain dan t-shirt dijual pada harga yg jauh lebih murah dan mudah untuk tawar-menawar. Kami berkomunikasi dlm bahasa inggeris dan menggunakan US dollar yg lebih diterima berbanding matawang mereka sendiri. Massage service juga popular di sini meliputi seluruh badan atau kaki sahaja pun boleh. Brothers sememangnya menikmati khidmat urut di sini, tetapi menggunakan khidmat pelayan lelaki. Ada juga yg mencuba Happy Feet, di mana ikan gapi digunakan untuk membuang sel-sel mati di kaki dgn harga semurah 3 USD.
brothers mencuba happy feet
Puas shopping, masing-masing sudah menjinjit sekurang-kurangnya 1 beg plastik di tangan. Kami berjalan kaki ke restoran milik ustaz Musa untuk dinner dan pulang ke hotel.
-like usual, next day of trip will be published in next entry ^_^
No comments:
Post a Comment