Tuesday, 7 June 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (10th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


5th May 2011

      Selepas breakfast di hotel, kami menaiki bas ke Rattanakosin, sebuah tempat di wilayah Ayutthaya, luar dari Bangkok . Destinasi pagi ini ialah Bang Pa-In Palace. 100 Baht dikenakan untuk tiket masuk. Bang Pa-In Palace kini dijadikan muzium dan dibuka kepada pengunjung setiap hari dari pukul 8 pagi-3.30 petang. Berdasarkan sejarah, Bang Pa-In Palace dibina oleh King Prasart Thong pada abad ke-17. Dipendekkan cerita, selepas zaman kejatuhan Ayutthaya pada thn 1767, istana ni dihidupkan kembali oleh King Rama IV yg lebih dikenali sebagai King Mongkut daripada dinasti Chakri. Kami memilih untuk berjalan kaki di sekitar istana, iyalah kalau naik kereta golf terpaksa tambah beberapa Baht lagi. Kawasan istana terbahagi kepada kawasan luar dan dalam (outer palace & inner palace). 4 bangunan terletak di kawasan luar iaitu Ho Haem Montien Devaraj, Sabakarn Rajaprayoon, Aisawan-dhipaya-asana Pavilion dan Phra Thinang Varobhas Bimarn Residential Hall. Sabakarn Rajaprayoon residential hall dahulunya adalah bangunan 2 tingkat daripada kayu dan batu yg dibina pada tahun 1876 untuk adik-beradik lelaki Raja Chulalongkorn. Aisawan-dhipaya-asana Pavilion pula dibina di tengah tasik sebagai tempat raja menukar persalinan. Kami ke sebuah anjung di tepi tasik yg menghadap Aisawan-dhipaya-asana Pavilion. Tasik berwarna kehijauan turut dihuni pelbagai spesies ikan dan kura-kura. Pengunjung boleh membeli roti berharga 20 Baht untuk memberi roti tersebut kepada ikan-ikan di tasik.

membeli roti untuk dilemparkan pd ikan-ikan

di anjung menghadap Aisawan-dhipaya-asana Pavilion

Aisawan-dhipaya-asana Pavilion di tengah tasik

Kami melangkah pula ke bangunan 1 tingkat Phra Thinang Varobhas Bimarn Residential Hall. Pengunjung wanita yg ingin masuk diwajibkan memakai kain sutera Thai yg telah disediakan manakala lelaki harus berseuar panjang. Selesai melawat kawasan luar, kami ke inner palace melalui jambatan yg menghubungkan Phra Thinang Varobhas Bimarn Residential Hall dengan kafe berdekatan Devaraj-Kunlai Gate. Antara bangunan yg terletak di inner palace ialah Uthayan Phumisathian Residential Hall, Ho Withun Thasana Tower, Wehart Chamrun Residential Hall, Phra Tamnak Fai Nai dan Memorials to Queen Sunandakumariratana dan Princess Saovabhark Nariratana & Three Royal Children. Uthayan Phumisathian Residential Hall adalah bangunan 2 tingkat bercirikan Swiss, berkonsepkan barat dan menjadi tempat penginapan kegemaran Raja Chulalongkorn. Asalnya bangunan ini merupakan bangunan kayu, malangnya ia terbakar pada 1938 lalu dibina semula dengan konkrit dan direka lebih moden.

Phra Thinang Varobhas Bimarn Residential Hall

di depan Uthayan Phumisathian Residential Hall 

Uthayan Phumisathian Residential Hall bercirikan Swiss

Dari Uthayan Phumisathian Residential Hall kami ke Ho Withun Thasana Tower. Menara ini dibina pada tahun 1881 oleh Raja Chulalongkorn untuk menikmati pemandangan indah di sekitar Bang Pa-In Palace. Wehart Chamrun Residential Hall pula terletak tidak jauh dari Ho Withun Thasana Tower. Wehart Chamrun Residential Hall ialah istana 2 tingkat berkonsepkan senibina China.

Ho Withun Thasana Tower bersebelahan 
Wehart Chamrun Residential Hall

Menikmati pemandangan dari atas menara

 Wehart Chamrun Residential Hall

Penat berjalan ditambah pula cuaca yg begitu panas, akhirnya kami menuju ke kafe membeli minuman penghilang dahaga sebelum kembali ke bas. Destinasi seterusnya ialah Kudi Cho Fa Mosque, masih lagi dlm wilayah Ayutthaya. Kami diberi sedikit penerangan oleh pengerusi masjid berkenaan masjid bersejarah ini. Imam dan ahli jawatankuasa masjid turut menyediakan juadah tengah hari. Asalnya sewaktu senibina islam masih belum berkembang di Thailand, masjid ini lebih bercirikan temple. Pada tahun 1919 barulah ia dibina sedikit berbeza oleh Mr. Yaem dan disebabkan perbezaan tersebut Raja Chulalongkorn menamakan masjid ini sebagai Kudi Cho Fa Mosque dan menghadiahkan lampu yg dipanggil ‘Takeng Cho’. Selain untuk tujuan ibadah, tingkat atas masjid ini juga digunakan sebagai kelas agama. Pihak masjid turut mengadakan summer camp kepada anak-anak masyarakat Muslim di sini. Selesai solat, pihak masjid memberi ucapan dan diakhiri dengan ucapan dan penyampaian hadiah oleh Dr. Kausar.

bergambar bersama ajk masjid

ruang solat masjid Kudi Cho Fa

cenderamata drpd pihak masjid

di depan Masjid Kudi Cho Fa

Seterusnya kami singgah ke Ayutthaya floating market. Ayutthaya floating market sememangnya popular dlm kalangan pelancong untuk membeli-belah sama ada cenderahati mahupun makanan tradisional Thailand selain berurut dan merasai pengalaman naik gajah. Bangunan-bangunan kedai daripada kayu yg didirikan terapung di atas tasik buatan menjanjikan pemandangan yg indah. Ada juga sampan yg dihias cantik untuk dinaiki pengunjung mengelilingi floating market selain daripada peniaga buah dan makanan seperti yong tau fu berniaga di atas sampan. Namun untuk membeli-belah bukanlah semudah seperti di Siem Reap kerana di sini sukar untuk tawar-menawar harga. Hanya beberapa barangan sahaja yg begitu murah. Makanan pula banyak yg tidak halal. 

Ayutthaya floating market

bergambar kenangan

entah apa maksud tulisan Thailand tu...

tarian tradisional Thailand turut dipersembahkan kpd pengunjung

Hari sudah malam sewaktu kami kembali ke Bangkok. Memandangkan malam ini malam terakhir kami di Bangkok, kami ke tempat makan bertemakan restoran dlm taman. Hidangan yg enak seperti nasi pulut, nasi goreng, kerabu mangga, telur dadar, hidangan ikan dan daging yg aku pun tak tahu apa namanya benar-benar membuka selera. Tour guide kami rupa-rupanya telah menyediakan persembahan drama yg dilakonkan mereka sendiri untuk kami selepas makan. Lakonan mereka memang mencuit hati, persembahan kami pula hanya diwakili oleh nasyid daripada brothers.

antara hidangan yg membuka selera

makan2...gambar x clear pula

persembahan drama drpd tour guides kami

Usai persembahan, kami berpecah kerana ada yg ingin pulang ke hotel, ada yg ingin ke night market manakala sebahagian kecilnya mahu ke Pakpong. Balik saja ke hotel barulah terasa sakit kaki dan penatnya. 

- to be continued in next entry as usual... 

No comments:

Post a Comment