Monday, 30 May 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (9th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


4th May 2011

     Sama seperti Kemboja, Thailand juga awal sejam waktunya dari Malaysia. Kami turun breakfast di kafe hotel pukul 7.30 pagi dan kemudiannya bertolak ke destinasi pertama iaitu Suan Luang Rama ix Public Park. Suan Luang Rama ix Public Park ialah taman terbesar di Bangkok yg dibina sempena menyambut kelahiran King Rama ix ke-60 pada tahun 1987. Kalau tak silap, bayaran tiket masuk adalah 20 Baht. Taman ini dibuka bagi memudahkan rakyat beriadah, berkelah dan rekreasi selain bersiar-siar. Pelbagai kemudahan sukan yg lengkap dan taman permainan kanak-kanak turut disediakan. Suan Luang Rama ix public park sememangnya sangat luas, boleh sesat dibuatnya. 

kena masuk ikut maze dulu

after keluar maze

playground

bersiar-siar di Suan luang 

Taman ini terbahagi kepada 6 kawasan. Kawasan pertama dipanggil Uthayan Maharaj yg bermaksud Garden of the Great King, tempat terletaknya bangunan bulat berdinding kaca yg dipanggil Ratchamangkhala Pavilion. Pavilion menyimpan pelbagai informasi mengenai kerabat diraja Thailand dan ada juga meeting room berkapasiti 500 orang. Di depan Ratchamangkhala Pavilion pula terdapat sebuah taman dan 3 tasik besar berserta air pancut. Di tasik ada disediakan itik kayuh bagi yg berminat untuk menikmati pemandangan sekeliling. 

Ratchamangkhala Pavilion

Kawasan kedua pula ialah botanical garden yg menempatkan pelbagai spesies tumbuhan berbunga yg berasal daripada 7 negara. Landskap di botanical garden sungguh cantik dan sesetengah tumbuhan di sini juga diambil untuk kajian. Antara tempat menarik di botanical garden ialah tasik teratai. Kawasan ketiga dikenali sebagai Traphang Kaew Keb Nam Reservoir yg asalnya dibuat untuk mengelakkan banjir di Bangkok. Kini, ia popular sebagai tempat menjalankan aktiviti sukan air.

depan tasik teratai

jambatan kecil merentasi taman

dikelilingi bunga-bungaan

Kawasan seterusnya ialah Rommaniya garden. Taman ini mengekalkan natural aspect tumbuh-tumbuhan yg boleh didapati daripada pelbagai tempat di sekitar Thailand. Manakala kawasan kelima ialah Water Garden yg dihuni pelbagai spesies akuatik. Kawasan terakhir ialah Sanam Rasdara yg menempatkan sport center. Kawasan padang rumput di Sanam Rasdara turut digunakan sewaktu Flowers Festival. Selain daripada 6 kawasan yg disebut di atas, international garden juga ada di sini. International garden menampilkan konsep-konsep taman berbeza daripada 7 negara iaitu Chinese and Japanese gardens, Spanish, English, USA, French dan Italian gardens.  

Rommaniya garden

Sport center

international garden

Pancaran matahari semakin terik. Kami bergegas menaiki bas menuju ke Chulalongkorn University. Kami lunch terlebih dahulu di kafe universiti sebelum dibawa ke salah sebuah bangunan kayu yg menyimpan warisan seni kebudayaan Thailand oleh pelajar-pelajar Muslim Chulalongkorn University. Kalau sapa-sapa yg selalu tengok drama Thailand tentu tahu yg pelajar universiti di sini berpakaian uniform seperti pelajar sekolah, kemeja putih dan seluar atau skirt berwarna blue black. 

melintas jalan ke Chulalongkorn University

lunch di kafe universiti

culture center di Chulalongkorn university

Mereka kemudiannya membawa kami ke Halal Science Center Chulalongkorn University. Kami ke meeting room untuk sedikit taklimat berkenaan Halal Science Center. Pusat ini diketuai oleh Assoc. Prof. Dr. Winai Dahlan dan dibantu oleh lebih 20 orang teamwork yg terdiri daripada para pensyarah dan pelajar yg kesemuanya muslim. Menurut Mr. Brian yg memberikan taklimat, Halal Science Center secara asasnya menggunakan aplikasi sains dan teknologi dlm memastikan makanan dan selainnya di Thailand adalah halal untuk masyarakat Muslim di sini. Sebagai contoh, mereka pernah membuktikan satu produk potato chips sebagai tidak halal. Ini disebabkan bakteria dlm proses menghasilkan potato chips tersebut telah menggunakan enzim daripada khinzir untuk menghasilkan tenaga. Pusat ini juga berjaya mempraktikkan suatu standard yg dipanggil HAL-Q (Hygiene-Assurance-Liability-Quality System) dlm industri makanan halal sejak tahun 2003. Antara analytical equipments yg digunakan termasuklah HPLC, GC, LC-MS, GC-MS dan real-time PCR. Menerusi research juga, pusat ini telah menghasilkan produk berjenama Anada yg disahkan halal oleh Islamic Committee of Bangkok Metropolitan, Majis Ulama Indonesia dan Majlis Ugama Singapura. Anada dihasilkan menggunakan ekstrak herba dan tanah liat, yg mana antara jenis produknya ialah liquid soap, lotion, syampu dan conditioner. 

pintu masuk halal science center

sesi taklimat di meeting room

pm memberi ucapan

Selesai taklimat kami dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk melawat makmal. Lawatan diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Dr. Kausar dan sesi bergambar.

melihat contoh kajian

antara produk yg dikaji status halalnya

Dr. Kausar menyampaikan cenderahati

bergambar bersama teamwork halal science center

Setelah hampir 3 jam meluangkan masa di Chulalongkorn University, kami ke destinasi seterusnya iaitu Platinum Shopping Mall. Solat di Platinum Shopping Mall agak sukar kerana lelaki dan perempuan perlu berkongsi surau yg sempit, jadi kami terpaksa bergilir. Sudah tentu sisters perlu mengambil wuduk di sinki washroom. Toilet? melihatkan pengunjung ke toilet keluar masuk sambil menarik kertas tisu di tepi sinki, dapatlah kami meneka dlm toilet tiada air, sama situasinya seperti di negara lain. Pelbagai jenis pakaian dan aksesori boleh dibeli di Platinum Shopping Mall dgn harga berpatutan, kalau nk kata murah tu tak juga.

surau platinum shopping mall di tingkat 3

bersama zu di depan platinum shopping mall

Habis shopping, kami ke saen saep khlong untuk pulang ke hotel dengan menaiki bot kayu yg dipanggil rea. Nama saja bot kayu, tapi lajunya macam speed boat. Memang satu pengalaman yg mengujakan naik rea ni. Rea ini boleh dikatakan pengangkutan awam atas air di Bangkok, ala-ala bas rapidkl atas darat. Nak kata sungai tak macam sungai, macam parit pun iya juga. Rakyat Bangkok yg pulang dari kerja pun ramai naik rea. So thrill sebab bila bot ni sampai je dekat jeti stesen, semua pakat berebut nak lompat masuk dlm bot, kalau lambat kena tinggal. Walaupun airnya hitam dan bau busuk semerbak, rea tetap menjadi pilihan. Menurut kak Ibtisam, ‘parit’ ini ada sejarah tersendiri, sebab zaman dulu-dulu pernah berlaku tragedi orang muslim di sini dibunuh dan dihumban ke dlm ‘parit’ ni. 

yg berdiri kat tepi rea tu konduktor

dlm rea..kanvas di tepi menjadi barrier percikan air 'parit'

Konduktor mula datang mengutip tambang. Kami membayar 17 Baht seorang untuk ke Ramkhamhang. Lama juga perjalanan, lebih dari setengah jam. Kasihan mereka yg terpaksa berdiri di belakang, kerusi pula 1 baris maksimum 8 orang boleh duduk. Bagi yg duduk di tepi, kanvas di sisi bot ditarik setinggi mungkin bagi mengelak percikan air ‘parit’ yg cukup meloyakan. Setiap kali bertembung dengan bot lain, kecoh satu bot sebab terkena percikan ‘air mujarab’. Lucu sungguh bila terkenang kembali. Sampai saja di jeti Ramkhamhang, kami bergegas naik, takut kena tinggal, kadang-kadang tali bot tidak diikat pun. Bot dibiarkan teroleng-oleng dan tidak rapat ke jeti, berisiko tinggi untuk jatuh ke ‘parit’ kalau tak melangkah berhati-hati.

durian siam mudah didapati di tepi jalan dan night market

Dari jeti, kami berjalan ke restoran. Banyak deretan gerai menjual buah-buahan seperti durian, jambu epal, betik dan sebagainya di tepi jalan. Di restoran pula, kami dijamu nasi putih, telur dadar, daging salai goreng, paprik dan tomyam. Tomyam Thailand berbeza sedikit rasanya dengan Malaysia, tapi memang sedap. Setelah menjamu selera, kami pulang ke hotel. Ada yg masih bersemangat turun ke night market selepas solat dan mandi di hotel, manakala yg lainnya berehat saja di bilik malam itu.    


-to be continued in next entry insyaAllah...

No comments:

Post a Comment