Sunday, 15 May 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (4th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~

29 April 2011


       Selepas breakfast, kami bertolak ke kampung Poi Peit. Perjalanan mengambil masa dlm 6 jam. Setibanya di kampung, kami disambut mesra oleh penduduk kampung, terutama adik-adik kecil yg sudah tidak sabar untuk 'bermain' dengan kakak-kakak dan abang-abang dari Malaysia.
maaf adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang 
terlewat sampai,dh lama korang tunggu ye?

nenek ni gembira dapat ramai cucu baru hari ni...hehe

yeay,ambil gambar!

Sisters ditempatkan di rumah mak teh, iaitu kakak ipar kepada ustazah Rokiah yg lebih mesra dipanggil umi manakala brothers dibenarkan tinggal di masjid. Umi ialah isteri kepada ustaz Afi yg merupakan lecturer UIAM. Oleh sebab ustaz Afi tidak bercuti, hanya umi dan 3 orang anaknya sahaja berada di sini. Mereka sudah lama menetap di Malaysia dan kadang kala pulang ke Kemboja, anak-anak mereka juga lebih fasih berbahasa Melayu berbanding bahasa Cham yg digunakan masyarakat Islam di Kemboja.

Petang itu, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk tour sekeliling kampung. Tour dibuat untuk kami survey bilangan ahli keluarga, latar belakang dan pekerjaan bagi sesebuah isi rumah supaya proses pembahagian sumbangan pada hari lusa menjadi lebih lancar dan dibahagikan dengan adil disamping bertanya khabar. Setiap kumpulan turut disediakan seorang translator untuk memudahkan survey.4 orang translator kami yg bertugas ialah Afi (anak saudara umi), Muslim, Zubir dan Abu Salam. Mereka berempat fasih berbahasa Melayu, ada yg belajar di Malaysia dan kini pulang bercuti.

ini Afi, translator team 1

yg tengah tu Muslim, translator team 4

        Alhamdulillah, penduduk kampung memberi kerjasama yg cukup baik sepanjang sesi survey dibuat. Menerusi survey, kami dapati kebanyakan rumah masih tidak dilengkapi kemudahan elektrik (rasanya mereka guna generator) manakala bekalan air diperoleh dengan mengepam air lalu disambungkan melalui paip ke dalam tempayan di luar rumah atau bilik air. Lampu gas digunakan pada waktu malam dan mereka masih memasak menggunakan kayu api kecuali 2-3 buah rumah yg agak berkemampuan sudah menggunakan dapur gas. Hal yg sama juga di rumah sisters menginap, iaitu rumah mak teh, kami memasak menggunakan kayu api dan membasuh pinggan mangkuk menggunakan air tempayan di luar rumah. Cuma kami agak beruntung kerana bilik airnya di dlm rumah berbanding rumah-rumah lain yg bilik airnya di luar. Satu perkara yg kami sedari, walaupun banyak rumah di sini mempunyai ‘stand fan’ (di sini tiada kipas siling kecuali di masjid), tapi jarang benar mereka menggunakannya, mungkin untuk menjimatkan bil elektrik. 

eh asyik sangat berborak sampai lupa pula nk catit...ish mana pen ni?

(^_^)

      Selain itu, mereka di sini membela ayam sebagai binatang ternakan, dan yg berkemampuan sedikit pula membela lembu. Kucing jarang sekali dijumpai di sini, di kampung ni ada juga terlihat seekor dua, tapi kalau di bandar memang tak nampak bayang kucing. Dari aspek kesihatan, penduduk kampung sukar ke hospital kerana jarak yg agak jauh. Ramai juga yg mengadu batuk kering dan berdarah tetapi mereka hanya berubat cara kampung berikutan harga ubat-ubatan yg mahal. Oh ya, kami juga terperasan ramai kanak-kanak di sini berambut perang. Tertanya-tanya juga sebabnya, rupanya rambut mereka menjadi perang disebabkan cuaca terlalu panas dan merosakkan pigmen melanin..kasihan.

team 3 melakukan survey

bertanya khabar ibu ustaz Ibrahim

       Selepas solat isyak, kami semua berkumpul di masjid untuk multimedia presentation yg disediakan oleh team 1. Video yg memaparkan suasana pembelajaran dan IPTA yg cemerlang di Malaysia dipasang bertujuan meniup semangat adik-adik di sini supaya belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi. Meskipun ada translator, tapi sayang mereka kurang faham kerana video yg dipasang menggunakan bahasa inggeris. Sedangkan para pelajar madrasah pun penguasaan bahasa inggeris mereka agak lemah, apatah lagi adik-adik di sini. Video yg dipasang juga agak lama menyebabkan mereka mengantuk dan kami pula baru tahu yg mereka di sini tidur awal. Selesai program, kami melakukan mini post-mortem supaya program yg bakal dijalankan hari-hari seterusnya lebih tersusun.


-like usual, to be continued in next entry

No comments:

Post a Comment