Friday, 27 May 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (8th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


3rd May 2011

         Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Kemboja. Setelah siap packing dan breakfast, kami berkumpul di hadapan masjid dan memunggah bagasi ke dlm bas dan kereta Ustaz Musa. Penduduk kampung turut berkumpul bersama untuk mengucapkan selamat tinggal. Umi juga sebak, terasa cepat sekali masa berlalu, seperti baru semalam tiba di kampung, sedar-sedar saja hari ini kami akan pulang. Masih belum cukup rasanya apa yg kami sumbangkan selama di sini. Jika Allah mengizinkan, harapan kami sekiranya kembali lagi ke sini, kami akan memastikan kesinambungan program berjalan dgn lebih baik. Kami bersalaman dan bergambar bersama sebelum bertolak. Bas mula bergerak dan kami sibuk membalas lambaian sayu penduduk kampung yg kian menghilang daripada pandangan.


mengabadikan kenangan terakhir di kg darul ulum

Tidak sampai setengah jam perjalanan, kami sudahpun tiba di sempadan Poi Pet-Thailand. Sempadan Poi Pet kelihatan tenang dan menjadi pilihan pelancong kerana di sini tidak seperti sempadan lain yg sering bergolak, malah kami tidak menghadapi masalah di imigresen Thailand. Kami mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Ustaz Musa sebelum memulakan perjalanan ke Thailand.

Sewaktu tiba di sempadan Poi Pet-Thailand

Imigresen Thailand

Di sempadan Thailand

Pintu gerbang yg memisahkan Kemboja dan Thailand

      Kak Huda, senior kami di UIAM Kuantan yg berasal dari Narathiwat sudah lama menunggu bersama tour guide, Kak Nutjawa. Kami berjalan kaki ke bas. Deretan kasino dapat kami lihat sepanjang perjalanan, cukup untuk menggambarkan tempat ini sebagai 'syurga perjudian' non-Muslim. 

Feminin sungguh bas ni

     Tidak lama selepas itu, kami singgah ke restoran yg menyediakan masakan nasi campur dan nasi kerabu, sama seperti di Malaysia. Oleh sebab restoran ini begitu hampir dgn Golden Gate Plaza, tempat membeli-belah yg popular seperti Pengkalan Kubor di Kelantan, kami terus menjengah ke sana selepas makan. Ada bermacam pilihan untuk ke sana selain berjalan kaki. Disebabkan kawasan membeli-belahnya yg besar, di sini banyak menyediakan khidmat menyewa basikal, motor dan kereta golf pada kadar tertentu setiap jam. Untuk kereta golf, 10 Baht bersamaan RM10 dikenakan untuk sejam. Sebelum shopping, kami ke Kasikorn Bank untuk menukar wang Baht. Di Thailand, tiada kedai money changer seperti Malaysia dan Kemboja, semua urusan tukaran wang dibuat di bank.

Masing-masing sudah tak tahan lapar

Golden Gate Plaza

Di Golden Gate Plaza, pelbagai jenis barangan dijual dgn harga yg agak murah, daripada toto, kasut, beg, barangan kulit, pakaian dan sut atau blazer yg lebih murah berbanding di Malaysia. Barangan tiruan berjenama pula memang berlambak, sekali pandang macam ori, tapi kualiti tak berani nk jamin. Bab tawar-menawar tidak boleh dibandingkan dengan Kemboja kerana di sini agak sukar untuk mendapatkan harga serendah yg kita inginkan, tambahan pula peniaga tidak pandai berbahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Melayu. Setelah sejam tour di Golden Gate Plaza, kami kembali meneruskan perjalanan ke Bangkok. 

Kami singgah di masjid ini untuk solat jamak qasar

Selepas menunaikan solat jamak qasar di masjid, kami semua tertidur keletihan di dlm bas. Sedar-sedar sudah hampir tiba di Bangkok, jauh juga perjalanan kami rupanya, lebih kurang 4-5 jam. Berada di Bangkok terasa seperti berada di Kuala Lumpur. Bangunan pencakar langit memenuhi ceruk bandar dan jalan raya bertingkat begitu sibuk dgn kenderaan. Ternyata kesesakan jalan raya di Bangkok berkali ganda teruknya dari Malaysia. Boleh habis minyak di tengah jalan kalau tangki kenderaan tidak penuh. Waktu sudah hampir Maghrib ketika kami sampai di Hotel Regent Ramkhamhang. Kami dipersilakan ke bilik mesyuarat untuk meeting bersama PR dan staf hotel sebelum mengambil kunci bilik masing-masing.

Antara tempat makan halal di Bangkok

Meeting room Regent Ramkhamhang Hotel

Sedikit taklimat berkenaan tempat menarik di Bangkok

Kami dipersilakan ke kafe hotel untuk makan malam. Memandangkan kami baru sampai, aktiviti malam ini bebas. Ada yg mengambil kesempatan ini untuk berehat di bilik, tidak kurang juga ramai yg keluar window shopping di kedai-kedai berdekatan. Bagi non Muslim girls, di Bangkok boleh dikatakan syurga membeli-belah pakaian kerana pakaian yg dijual kebanyakannya direka sendiri oleh pemilik kedai tersebut mengikut trend masa kini. Melihatkan tiada barang yg menarik perhatian kami di samping sukar menawar harga murah, kami pulang ke hotel.       

-next day of trip will be published in next entry as usual (^_^)

No comments:

Post a Comment