Wednesday, 11 May 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~

26 April 2011


          Rombongan kami, pelajar persatuan farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Kuantan seramai 26 orang turut disertai 3 orang pensyarah fakulti farmasi, iaitu Dr. Kausar Ahmad, Bro. Badri dan Bro. Shahreen. Kami tiba di Phnom Penh International Airport lebih kurang jam 8 pagi waktu Kemboja, lebih kurang awal sejam daripada waktu Malaysia. Ustaz Musa, ustaz dan imam yg cukup dikenali di Kemboja merangkap pemandu pelancong kami sudah menunggu dan membawa kami menaiki bas ke destinasi pertama, Tuol Sleng Genocide Museum. Sepanjang perjalanan, antara suasana yg diperhatikan adalah jurang gaya hidup yg besar dlm kalangan penduduk, yg miskin hidup terlalu susah dan melarat, manakala yg kaya pula terlalu mewah. Motorsikal menjadi pengangkutan utama. Apa yg memeranjatkan ialah peraturan jalan raya mereka terlalu longgar, tidak memakai helmet adalah fenomena biasa. Malah kami terkejut melihat sebuah motor yg melintasi bas kami dinaiki oleh 4 pembonceng dewasa!   


our 1st family pic in phnom penh

      2 USD bersamaan dgn lebih kurang RM6 dikenakan untuk melawat Tuol Sleng. Pada 1977-1978,Tuol Sleng yg dahulunya merupakan sebuah sekolah bertukar menjadi sel-sel penjara yg menyaksikan penderaan tidak berperikemanusiaan dilakukan terhadap rakyat Kemboja oleh komunis yg dikenali sebagai “Khmer Rouge”. Seluruh kelas di dalam 4 buah bangunan dijadikan sel untuk mengurung rakyat yg didakwa bersalah manakala bahagian luarnya dipagar tajam bagi mengelak banduan melepaskan diri. Bangunan “A” memiliki bilik-bilik seluas 6 x 4 meter setiap satu dan tingkapnya dipanel dengan kaca bagi mengelak suara banduan yg diseksa daripada didengari di luar sewaktu seksaan. Banduan yg menghuni bangunan ini didakwa terlibat dlm revolusi Pol Pet. Berdasarkan gambar-gambar yang memaparkan bentuk seksaan terhadap banduan tergantung di setiap bilik yg kami lawati, mengucap panjang kami dengan perilaku mereka yg disifatkan terlalu kejam.

salah expression diorang ni..blh pula siap peace dlm sel

 Bangunan-bangunan B, C dan D turut menempatkan banduan di dalam sel yg lebih kecil di tingkat bawah dan lebih besar di tingkat atas. Pada 1978, seramai 5,765 rakyat telah dikurung tidak termasuk kanak-kanak dan jumlahnya semakin bertambah mencecah 20,000 orang. Manakala 14 mayat mangsa-mangsa kekejaman “Khmer Rouge” yg dijumpai oleh United Front for the National Salvation of Kampuchea (UFNSK) pada 7 Januari 1979 telah disemadikan di hadapan bangunan “A”.

14 kubur mangsa2 kekejaman di depan bangunan "A"

brsama Zu

       Kami meneruskan perjalanan ke Choeung Ek Genocidal Center atau juga dikenali sebagai Killing Field yang menempatkan sebanyak 129 mass graves. 2 USD turut dikenakan untuk tiket masuk. Killing Field terletak 15km selatan ke barat Phnom Penh dan merupakan tempat di mana lebih 20,000 rakyat dibunuh dan ditanam hidup-hidup, kebanyakannya adalah banduan yg diseksa terlebih dahulu di Tuol Sleng.
Rakyat yg ditangkap adalah daripada golongan intelektual seperti guru, doktor dan peguam dan diseksa memandangkan pihak komunis menganggap golongan berpelajaran berpotensi bangkit memperjuangkan hak mereka dan mengancam pentadbiran komunis. Rakyat diseksa dengan batang buluh dan pokok yg tajam dengan tangan terikat dan mata ditutup sebelum ditanam. Sehingga kini, apabila air Sungai Mekong membanjiri kawasan Killing Field dan air dicurah ke tanah, masih terdapat serpihan tulang-tulang dan pakaian manusia timbul ke permukaan tanah.

serpihan tulang2 manusia


gigi manusia yg timbul di permukaan tanah slps air dicurah

kata syamil: caption spt yg tertera dlm board ye...hehe

Kekejaman “Khmer Rouge” tidak terhenti setakat golongan intelektual sahaja, malah ahli keluarga mereka turut diheret sama. Di Memorial Charnel stupa yg dibina di tengah-tengah Killing Field, lebih kurang 8,985 tengkorak manusia yg penuh kesan seksaan disimpan di sana menjadi simbol penghormatan bagi penduduk Kemboja terhadap mereka yg terkorban.

Memorial Charnel stupa


    Tengah hari menjelang, kami singgah ke restoran d’wau menjamu selera. Masakan Melayu disajikan oleh pemiliknya yg sudah lama merantau ke Malaysia sebelum kembali ke kampng halaman dengan membuka d’wau restaurant 6 tahun lalu. Usai makan tengah hari barulah kami check-in di Angkor Golden Mountain Hotel untuk solat dan unload baggage. Aktiviti petang diteruskan dgn perjumpaan rasmi kami bersama duta Malaysia di Kemboja, Dato. Pengiran Mohd Hussin. Terima kasih atas kesudian Dato’ meluangkan masa bercerita sedikit sebanyak berkenaan negara Kemboja dan fungsi kedutaan Malaysia di sini.

bersama duta Malaysia di Kemboja

di depan pejabat kedutaan


      Destinasi yang dinanti-nantikan akhirnya, Central Market. Awalnya, wajah masing-masing begitu ceria dan tidak sabar membelanjakan US dollar untuk shopping. Setelah melangkah masuk, rupa-rupanya kebebasan untuk shopping di sini tidaklah seseronok yg disangka. Sedang sibuk bershopping, tidak selesa jadinya bila kami seringkali didatangi kanak-kanak dan ibu yg mendukung anaknya meminta sedekah. Bukan tak simpati, tapi kalau diberi pada seorang yg lain pula turut menyerbu. Yang menarik-narik baju pun ada sampai kami terpaksa berjalan dlm kumpulan. Tapi shopping di sini memang berbaloi memandangkan peniaga Kemboja majoriti pandai ‘speaking’ dan mudah tawar-menawar harga yg murah. Kalaupun mereka tidak faham, kalkulator memainkan peranan utama dlm proses tawar-menawar. Malamnya, kami solat di masjid, makan di d’wau restaurant dan singgah ke Lucky Mall sebelum balik ke hotel.

-next day of trip will be published in next entry...

No comments:

Post a Comment