Wednesday, 18 May 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (5th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


30 April 2011

       Di rumah mak teh, sisters terpaksa bangun awal kerana kami seramai 18 orang termasuk keluarga mak teh dan umi perlu berkongsi 1 bilik air dan tandas. Tetapi pagi ini air lambat masuk ke bilik air menyebabkan kami perlu berwuduk di luar dan mengangkut air tempayan ke dlm rumah untuk mandi. Breakfast pula disediakan oleh team 2. Selesai breakfast, kami dipecahkan kepada 3 tugasan. Kumpulan pertama ke musolla untuk set-up medical devices dan lain-lain items untuk health screening. Kumpulan kedua dikehendaki ke pekan Poi Peit untuk membeli barangan keperluan masjid, bahan masak dan sukaneka. Manakala kumpulan ketiga mengadakan aktiviti bercorak LDK (latihan dlm kumpulan) untuk adik-adik di masjid, tetapi mereka memulakan aktiviti lewat sedikit bagi memberi laluan kepada team health screening untuk deworming.

bro. Aizuddin dan bro. Salihin in-charge deworming

Che Am memeriksa tekanan darah seorang penduduk kampung

Bagi memudahkan kerja sewaktu health screening, beberapa mini kaunter disusun bermula dengan pendaftaran, kemudian mengukur ketinggian dan index jisim tubuh (BMI). Selepas BMI kaunter seterusnya adalah pemeriksaan gula dlm darah diikuti kolesterol, pemeriksaan tekanan darah dan diakhiri dengan sesi kaunseling yg digabungkan dengan deworming (beri anthelmintics = ubat cacing) kepada kanak-kanak. 

Blood glucose and cholesterol test (female)

Kak Syar mengendalikan sesi kaunseling

      Bagi team outing, perjalanan ke pekan tentunya memberi pengalaman yg berbeza. Aku, Ika, kak Syaza, kak Atiek dan mak teh menaiki kereta umi manakala Afi, Shafiq, Saufi, bro. Muhaimin, bro. Shahreen dan Dr. Kausar menaiki tut-tut. Jalan ke pekan yg bertanah merah dan berlubang pun cukup tidak selesa bagi kami yg menaiki kereta, apatah lagi mereka yg naik tut-tut tambah-tambah lagi debu tanah merah berterbangan. Setibanya di pekan barulah jalan bertar, tapi apabila masuk ke jalan berdekatan pasar dan deretan kedai jalan kembali bertanah merah. Kami ke money changer dahulu untuk menukar US dollar kepada riel (matawang Kemboja). 

Suasana pekan Poi Peit

Di pekan kecil, hanya wang riel diterima untuk urusan jual beli, 1000 riel lebih kurang RM1 dan 1 USD bersamaan dlm 4000 riel. Setelah itu barulah kami masuk ke pasar. Suasana pasar di sini tidaklah jauh berbeza dengan pasar basah di Malaysia, namun tahap kebersihannya cukup menyedihkan. Melalui jalan berlecak akibat hujan semalam sehingga kotor seluar bukan masalah besar, tapi melihatkan peniaga sayur, ikan, buah, etak dan lain-lain dengan selamba berjual beli di sebelah timbunan sampah-sarap membuatkan aku menggeleng kepala. Belum lagi masuk makcik yg menjual makanan dan pelanggannya yg begitu berselera menghirup sup sedangkan di depannya betul-betul ada timbunan sampah yg sama tinggi dengan atap kedai. Kami mencari sayur di tempat yg bersih sedikit, Alhamdulillah sayur di sini mudah dicari. Habis membeli bahan basah, kami ke kedai runcit berhampiran pasar untuk membeli barangan masjid dan bahan masak lain. Afi, umi dan mak teh menjadi translator tak rasmi kami dlm urusan jual beli. Baru kami tahu di sini tiada bihun dan mee kuning, mee segera di sini pula tidak sedap, jadi kami membeli suhun sebagai ganti. 

timbunan sampah-sarap di tengah-tengah pasar

Kami kemudiannya ke kedai barangan plastik untuk membeli alatan gotong-royong masjid. Di depan kedai pula berderet tempat menjual sayur sebesar wakaf yg di atasnya dibina pondok papan sebagai tempat tinggal. Sayang gambar tak diambil, susah juga nak describe contoh ‘wakaf + rumah’ ni. Anak-anak peniaga sayur ni berlari-lari turun naik dari rumah ke bawah dan dengan selambanya memijak serai tempat ibu mereka menjual sayur. Bak kata kawanku, tak payah susah-susah nk ketuk serai untuk masak, mereka dah pijak serai tu secukupnya, memang sedap hingga menjilat jari..erk. Setelah semua barang habis dibeli, kami pulang kira-kira 10 pagi.

Selepas zuhur, program bercorak latihan dlm kumpulan untuk adik-adik di masjid diteruskan. Sebahagian daripada kami membuat donation sort out berdasarkan borang survey yg dikumpul. Hasil derma yg dikutip dibahagikan mengikut rumah. Berkotak-kotak pakaian yg disumbang dari Malaysia disusun mengikut isi rumah dan jantina. Gembira melihat pakaian yg disumbang masih baru dan elok, dan kain telekung masih berbalut plastik. Hal ini menepati kesempurnaan bersedekah sepertimana yg disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 267:

“Wahai orang-orang yg beriman! Infakkanlah sebahagian dari hasil usahamu yg baik-baik dan sebahagian dari apa yg Kami keluarkan dari bumi untukkmu. Janganlah kamu memilih yg buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, Maha Terpuji”


Jelas di dalam al-Qur’an adalah tidak wajar kita menyedekahkan barang yg kita sendiri tidak tergamak untuk gunakan. Biarlah bersedekah dengan barang yg disenangi penerima supaya sedekah kita juga tidak menjadi sia-sia. Alhamdulillah Allah memberi kita peluang menjadi hamba yg bersyukur.

latihan dalam kumpulan

Donation sort out in progress

Pemandangan waktu senja 

    Waktu petang diisi dengan riadah bersama adik-adik kecil manakala brothers bermain bola sepak bersama adik-adik belasan tahun. Di sebelah malamnya, seperti biasa selepas isyak kami semua berkumpul di masjid untuk multimedia presentation. Kali ini video Palestin disediakan oleh team 2. Sedikit kuiz berkenaan Palestin dibuat dengan bantuan translator. Aktiviti malam disudahkan lebih awal dan committee berkumpul untuk meeting program hari esok.


- to be continued in next entry

No comments:

Post a Comment