Friday, 20 May 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (6th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


1st May 2011

       Selesai breakfast, kami ke masjid. 2 aktiviti yg bakal dijalankan pagi ini ialah donation distribution dari rumah ke rumah dan educational programme yg diadakan di masjid untuk kanak-kanak. Team 1, team 2 dan team 4 menyudahkan kerja-kerja terakhir sebelum pembahagian sumbangan dibuat manakala team 3 mengendalikan educational programme. Ketiga-tiga team bergerak dari rumah ke rumah mengikut senarai survey yg telah dikumpul kelmarin. Setiap rumah diberi sumbangan pakaian dan wang mengikut isi rumah.

Bro. Salihin menyerahkan wang sumbangan


Sisters team 4 menyerahkan wang sumbangan dan pakaian

       Selepas Zuhur, brothers memulakan aktiviti membersihkan masjid. Team 4 pula berlatih untuk cultural’s night malam ini yg turut melibatkan persembahan kami dan adik-adik. Sisters yg lain pula ke asrama pelajar perempuan madrasah darul ulum. Mulanya, kami menyangka asrama mereka berkeadaan baik dan berhajat ingin melakukan sedikit gotong-royong di asrama. Ternyata jangkaan kami meleset apabila hakikatnya asrama mereka benar-benar daif dan pelajar yg tinggal hanyalah seramai 4 orang. Asrama mereka terletak sederet dengan rumah penduduk kampung. Rupanya asrama yg baru disiap dibina yg kini dihuni pelajar lelaki adalah asrama mereka asalnya, tetapi pelajar lelaki terpaksa tinggal di situ terlebih dahulu kerana asrama mereka masih belum siap dan asrama lama pula terlalu uzur dan tidak selamat diduduki. Kami dijemput masuk ke asrama dan berkenalan dengan mereka. 

Kak Syar menemubual Cikgu Husna dan pelajar madrasah

Beginilah keadaan di asrama mereka

Sebahagian lantai asrama yg tidak tertutup sempurna

        Mereka berempat berasal daripada kampung lain dan datang ke madrasah darul ulum demi menimba ilmu. Pelajar perempuan yg berasal dari sini pula tidak tinggal di asrama dan menetap bersama keluarga. Sebenarnya masih ada rakan mereka yg datang belajar dan tinggal di asrama sebelum ini, tetapi pulang ke kampung kerana sakit. Kunjungan kami ditemani Cikgu Husna, guru madrasah dan beliau menjadi translator sepanjang perbualan kami bersama pelajar-pelajarnya. Mereka berempat; Habibah, Maisom, Zaharah dan seorang lagi yg aku tidak ingat namanya cukup peramah dan pemalu, terutama Zaharah yg sering tertunduk malu setiap kali kami mengusiknya, ala-ala perempuan Melayu terakhir pula. Antara mereka berempat, Habibah lebih pandai bercakap bahasa Melayu dan merupakan pelajar yg bijak. Mereka turut belajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di samping fardhu ain di madrasah. Cikgu Husna rupa-rupanya guru Bahasa Melayu mereka. Kos pengajian diberi percuma dan perbelanjaan hidup mereka adalah tanggungan sendiri. Memandangkan mereka yg mula belajar di madrasah datang daripada pelbagai peringkat umur, maka tidak hairanlah ada yg baru darjah 5 pada usia 13-15 tahun kerana mereka mula belajar darjah 3 pada usia belasan tahun. Pelajar yg memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan menengah berpeluang melanjutkan pelajaran ke Malaysia, selalunya di Kelantan dan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Bila ditanya tentang cita-cita, Habibah menyimpan impian menjadi ahli farmasi manakala tiga yg lainnya ingin menjadi doktor dan ustazah. Kami kakak-kakak dari Malaysia mendoakan yg terbaik untuk adik-adik, kesusahan bukanlah alasan untuk putus asa, sebaliknya menjadi pemangkin usaha dalam mengejar cita-cita, insyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita. 

bersama pelajar madrasah darul ulum

Faisal yg comel tak lekang dengan basikal

       Selepas Asar, tibalah saatnya aktiviti yg sememangnya dinanti-nantikan oleh adik-adik kecil di sini iaitu sukaneka. Bersorak keriangan adik-adik ni sepanjang sukaneka berlangsung. Walaupun arahan sudah diberi oleh translator, ada juga adik-adik yg melanggar peraturan dan bermain sesuka hati. Ketika acara mengisi air dalam botol, asalnya di barisan lain, last-last pergi isi air dlm botol di barisan sebelah. Mungkin tidak faham dan tidak biasa, jadi setiap kali mereka tersilap kami tidak dapat menahan ketawa melihat telatah mereka. Begitu juga acara meniup belon hingga pecah, committee pula yg sibuk membantu ‘mencucuk’ belon mereka. Akibat terlalu seronok, entah berapa jenis game yg sudah kami adakan namun mereka masih belum puas bermain. Matahari hampir melabuhkan tirai lalu kami mengagihkan bungkusan gula-gula sebelum pulang.

Bila nk mula ni?

Rokiah memerah span semasa acara masuk air dlm botol

Aksi comel Syuhada meniup belon

Seronok betul mereka dapat belon dan gula-gula

      Waktu malam diisi dengan cultural’s night. Kami berkumpul di masjid untuk menyaksikan persembahan nasyid yg diselang-selikan dengan pantun oleh adik-adik lelaki dan committee brothers. Bangga dengan kebolehan adik-adik ni berpantun walaupun ada kesilapan dan bacaannya mendatar tanpa tone yg sepatutnya. Adik-adik kecil pula menyanyikan korus lagu tobat maksiat daripada kumpulan Dewa kerana tidak dapat menghafal keseluruhan lirik, satu-satunya lagu yg mereka hafal sepenuhnya ialah Teman Sejati nyanyian kumpulan Brothers. 

Adik-adik bersungguh-sungguh membuat persembahan

Pelajar madrasah darul ulum membuat persembahan

Kami tidak menunggu sehingga brothers habis persembahan memandangkan sisters juga mengadakan cultural’s night di musolla. Pelajar-pelajar perempuan madrasah darul ulum mempersembahkan nasyid dan tidak ketinggalan kami committee sisters juga menyanyikan lagu Demi Matahari daripada kumpulan Snada dan Kenangan Terindah. Majlis bersurai lewat malam.

-to be continued in next entry

No comments:

Post a Comment