Monday, 23 May 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (7th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


2nd May 2011


        Hari ini menjadi hari paling sibuk buat kami dan penduduk kampung. Ada apa dengan hari ini?Ha, hari ni kami mengadakan ‘rewang’. Pagi-pagi lagi brothers bersama penduduk kampung telah bertungkus-lumus menumbangkan seekor lembu dan melapah daging. Ada juga yg bertugas ke pasar untuk membeli bahan-bahan masak. Kami yg tinggal menyusun meja, kerusi di bawah khemah dan menghampar kain alas. Adik-adik kecil pula dibawa beberapa orang committee ke masjid untuk sesi belajar teknik memberus gigi. 

Penduduk kampung menyembelih lembu

Proses melapah dan memotong daging sedang dijalankan

Hampir tengah hari barulah kami mula membantu kerja-kerja dapur di musolla. Ini disebabkan kerja-kerja memotong daging lembu semuanya ingin dilakukan sendiri oleh orang kampung, segan kami dibuatnya bila duduk melepak saja dan ke hulu ke hilir menjadi pemerhati. Bahan masak pula lambat sampai. Sebaik saja bahan masak sampai, kami lekas-lekas membantu. Memang seronok sisters sambil memotong kacang panjang, serai, mengupas bawang dan menumbuk kunyit kami ambil kesempatan ini bersembang mesra, mengeratkan silaturahim dengan makcik dan anak-anak perempuan di sini. Brothers juga tak ketinggalan membantu. Tahu sajalah bila kami berkumpul, riuh satu musolla dengan telatah kami yg membuat mereka ketawa tak kering gusi. Tapi kami memang salute dengan adik-adik perempuan belasan tahun di sini yg sangat cekap bab kerja dapur. Boleh nampak beza mana satu serai yg sisters Malaysia potong dengan yg mereka potong, walaupun mereka menghiris pantas tapi hasilnya halus dan seragam. Kerja menumbuk pula agak mencabar kerana alu lesungnya daripada kayu. Kami perlu menumbuk kunyit bersama hirisan serai dan sedikit garam sehingga lumat untuk dibuat masakan daging goreng panas. Selesai kerja-kerja memotong dan menumbuk, kami pulang ke rumah mak teh. Kerja-kerja memasak nasi dan lauk-pauk diuruskan sendiri oleh penduduk kampung.       

Bila bakal pharmacist masuk dapur...fokus2

Masak-masak in progress

Penat jugak menumbuk kunyit dan serai banyak2 ni

Sup tulang...eh2 maggi sesat? ni mesti brothers punye keje

Inilah daging goreng panas

Mesti penat diorang masak...rasa bersalah pun ada

Ini pulak daging salai yg dijemur atas atap zink 
untuk bekal kami ke Thailand esok

       Selepas Asar barulah kenduri bermula. Sup daging dan daging goreng panas menggamit selera. Kami dijemput makan dahulu walaupun awalnya kami menolak. Bukannya apa, rasa serba salah bila dilayan seperti tetamu dan mereka susah payah menghidang, bila kami turut membantu disuruh duduk makan, sedangkan merekalah sepatutnya yg lebih didahulukan. Terima kasih tidak terhingga kepada penduduk kampung. Selesai makan, aku bersama Kak Syar, Elina dan Kak Hanis berkesempatan mengikut umi, Ainon (anak umi) dan mak teh menziarah kubur yg letaknya tidak jauh dari masjid dan bangunan madrasah. Kalau tak silap ada 5 kubur di situ. Menurut umi, kampung ni masih baru. Ustaz Afi yg berhasrat membuka sebuah perkampungan Islam membeli tanah di sini dan mengajak mereka dari kampung Cham dan beberapa kawasan lain berhijrah ke sini. Kemudian madrasah darul ulum ditubuhkan dan masjid dibina. Kemudahan air lebih baik bila pam air digunakan, tiada lagi mengangkut air di telaga. Anak mak teh adalah orang pertama yg meninggal dunia dan disemadikan di tanah perkuburan Islam di sini.


Yes,nasi dah masak..kejap lagi boleh makan

Entah apalah yg dibualkan budak bertiga ni..kecoh sekampung

Dah boleh makan ke belum ni?

Lepas ambil gambar baru makan..hehe

Pemandangan di kampung

Pelangi selepas hujan di Poi Peit

Masjid darul ulum

Bersama mak teh dan umi selepas menziarah kubur

Memandangkan petang ini adalah petang terakhir kami di kampung, umi dan Ainon membawa kami ke kawasan berdekatan untuk melihat matahari terbenam. Oleh sebab sisters ramai, separuh daripada kami terpaksa naik tut-tut dan selebihnya berasak-asak di dalam kereta umi. Jalan bertanah merah dan berlubang ditambah pula dengan lebihan muatan penumpang menyebabkan tut-tut tidak seimbang. Sisters yg tidak biasa terjerit-jerit mulanya tapi lama-lama seronok pula, terasa satu kepuasan yg tak boleh diungkap dengan kata-kata. Anak bongsu umi, Ahmad hanya ketawa melihat karenah mereka yg naik tut-tut dan spontan berkata, ‘umi, entah ape-ape entah kakak-kakak tu’.Hahaha…

Tut-tut terlebih muatan!

Matahari mula terbenam ke barat dan senja pun perlahan-lahan membuka tirainya. Kami tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan berlatarkan sunset yg indah dan pulang dengan senyuman penuh kepuasan.

Peace ^_^

Tut-tut in memories

Senja terakhir di Poi Peit

Waktu malam diisi dengan majlis penutup di masjid. Ustaz Musa bersama anak-anaknya turut hadir. Tayangan video yg memaparkan gambar-gambar kami bersama penduduk di sini seepanjang aktiviti berlangsung membuka tirai majlis. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada ketua kampung dan Ustaz Musa dan sesi penyampaian hadiah mengakhiri majlis penutup. Suasana bertukar sedih apabila kami bersalaman dengan penduduk kampung.

Setelah penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing, agenda terakhir dimulakan. Giliran committees pula bermain game ‘kotak beracun’ dan bertukar-tukar hadiah. Habis sesi bertukar hadiah barulah post mortem terakhir dijalankan. Suasana sedikit tegang namun kembali reda, mungkin menyedari silap masing-masing. Kepada seniors dan committees terlibat, maafkan kami atas kelemahan dan kekurangan sepanjang program, insyaAllah akan kami perbaiki kesilapan untuk kelangsungan program Ipha akan datang.  

 -to be continued in next entry insyaAllah

No comments:

Post a Comment