28 April 2011
Sesudah sarapan di restoran ustaz Musa, kami bertolak ke Angkor Wat yg tidak jauh dari pusat bandar. Seperti yg sedia maklum, Angkor Wat merupakan monumen tinggalan empayar Khmer yg diiktiraf UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia. Bayaran yg dikenakan untuk tiket masuk agak mahal, iaitu 20 USD bagi lawatan sehari. Gambar juga perlu diambil di kaunter dan tertera di tiket, seolah-olah tiket ini menjadi identiti seseorang sepanjang berada di Angkor Wat. Pengunjung kian ramai tetapi banyak kaunter yg disediakan membuatkan kami tidak perlu menunggu lama. Encik Vittu, pemandu pelancong bertugas membawa kami masuk melalui pintu sebelah barat.
tekun mendengar penerangan en. Vittu
Angkor Wat sememangnya sangat luas dan kami perlu menaiki bas kerana jarak antara temple lain yg agak jauh. Memang tidak habis tour yg hanya sehari untuk melawat lebih 100 temple yg ada di sini, kami hanya sempat melawat 3 temple iaitu Angkor Wat, Bayon dan Angkor Ta Phrom.
ambil gambar dulu sblm masuk Angkor wat
Angkor wat dari bahagian sisi
Angkor Wat menjadi destinasi pertama. Menurut penjelasan encik Vittu, Angkor membawa maksud tempat raja tinggal dan boleh juga bermaksud ‘city’ manakala wat bermaksud pagoda. Angkor wat adalah temple terbesar di sini yg dibina sewaktu pemerintahan king Suryavarman II dan dipercayai ketinggiannya melebihi 200 meter. Oleh sebab Angkor wat adalah lambang tempat suci bagi penganut hindu-buddha, bangunan-bangunan di sekitar Siem Reap tidak boleh didirikan lebih tinggi daripada Angkor wat.
baru sampai kena posing sopan-sopan dulu
ni dh advance sikit..especially kak syar dan kak hanis
bila dh kenal baru tahu senior bertiga ni peramah orangnya
Mendaki anak tangga di Angkor wat cukut memenatkan disebabkan bangunan yg begitu besar dan terbahagi pula kepada banyak lorong kecil, boleh sesat dibuatnya. Ditambah lagi apabila sering bertembung dgn kumpulan pelancong luar dari Korea, Eropah dan lain-lain. Bahang matahari yg memancar terik juga menyukarkan kami menumpukan perhatian kepada penjelasan encik Vittu. Tetapi kami tetap bersemangat untuk mengambil gambar di setiap lokasi menarik.
tangga yg curam dan non-stop..
mujur semuanya selamat
semua berebut nk pegang tiang
sape pulak kt belakang tu ye
bersama Dr. Kausar
di sebelah dalam Angkor wat
Tulisan Sanskrit melatari dinding di Angkor wat yg tentunya menceritakan sejarah tersendiri. Kejadian yg berlaku berkurun lalu dicatatkan dgn baik, tapi sayang kami tidak memahami apa yg disampaikan menerusi tulisan zaman purba itu. Ada juga lakaran penceritaan yg dapat kami fahamkan sedikit melalui penerangan encik Vittu, contohnya terdapat satu lakaran yg menceritakan perbuatan seorang wanita yg menggugurkan anaknya lalu dibalas dgn hukuman berat. Apa yg menariknya, peranan wanita dilihat agak penting di Angkor wat, mungkin sebagai gundik dan peranan paling jelas adalah “apsara”, iaitu penari wanita. Tidak hairanlah patung-patung dan ukiran gambar wanita banyak terdapat di Angkor wat.
tulisan sanskrit
Habis menjelajah Angkor wat, kami berehat sebentar sambil minum air kelapa. Kemudian kami ke Bayon temple dan Angkor Ta Phrom pula. Tasik di sekitar mencantikkan lagi pemandangan di sini, terutama ketika melihat matahari terbit dan terbenam. Boleh juga jika ingin menaiki belon udara panas, tetapi sudah pastilah US dollar melayang lagi. Di Angkor Ta Phrom, strukturnya tidak jauh berbeza dengan Angkor wat. Oh ya, lupa pula, di sinilah lokasi penggambaran filem Lara Croft: Tomb Raider dibuat.
che am bersama peminat..hehe
posing depan tasik
rehat kejap lepas turun dari Angkor wat
ok jom..kita teruskan penjelajahan
kalau tak silap,ni kat bayon temple
bersama elina
malas dh nk tengok kamera sebab cuaca terlalu panas
sini teduh sikit,baru syok ambil gambar
Setelah berjam-jam menghabiskan masa menjelajah Angkor wat barulah kami pulang makan tengah hari. Selepas asar, kami ke tasik Tonle Sap untuk menaiki bot sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di tasik terbesar di asia tenggara itu.
tasik Tonle Sap
Kami tiba di tengah tasik dan singgah di sebuah restoran terapung yg menyediakan tingkat atas bagi membolehkan pengunjung melihat matahari terbenam. Mulanya kami dikejutkan dengan sekumpulan buaya yg rupa-rupanya masih hidup dan tersadai di bahagian bawah restoran. Kemudian beberapa orang kanak-kanak dan ibu mendayung perahu mendekati kami. Ada seorang budak kecil turut mendayung mendekati kami dengan hanya menaiki periuk! Seorang yg lain pula berdiri dan menyebut “1 baby, 1 dollar” sambil menunjuk ke arah anak kecil yg dikendong ibunya. Fahamlah kami yg mereka datang meminta sedekah. Lebih menyayat hati, seorang kanak-kanak begitu berani memasukkan kepala ular ke dlm mulutnya dengan harapan ada yg sudi menghulurkan wang kepadanya. Ya Allah, sampai begitu sekalikah kemiskinan menghimpit hidup mereka sehingga ibu kanak-kanak ini pun membiarkan anak-anaknya mendayung sendirian dan membuat ‘free show’ bersama ular demi sekeping US dollar. Seorang pelanggan restoran di situ juga bercerita, kanak-kanak di sini sering datang ke restoran sewaktu tengah malam apabila para pelanggan sudah mabuk untuk mengutip sisa makanan yg ada termasuk arak yg masih berbaki. Terbit rasa simpati, adakah disebabkan mencari rezeki dgn cara yg salah mereka ini terlepas daripada rahmat Allah? Allahu 'alam, Allah itu maha adil, tentu ada hikmah di sebalik ujian kemiskinan yg terpikul di bahu mereka..dan Allah tidak akan menguji kita dengan beban yg melebihi batas kemampuan hamba-Nya. Alhamdulillah, bersyukurlah dengan apa yg kita miliki.
restoran TIDAK HALAL di tengah tasik
sekumpulan buaya yg sedang bersantai
berani sungguh budak kecil ni mendayung periuk!
"1 baby 1 dollar"
'free show' dgn harapan ada yg sudi menghulur
US dollar kepadanya
memang berani mati betul budak ni
sunset di Tonle Sap
Hari sudah malam sewaktu kami pulang ke jeti. Suasana kecoh di dlm bas bertukar sepi semasa seorang senior kelam kabut dgn kehilangan passport, tetapi kembali kecoh apabila passport dan wallet yg dikatakan hilang sebenarnya tertinggal di bilik hotel. Ustaz Musa membawa kami makan luar. Hidangan lembu naik bukit yg seakan-akan steamboat begitu enak sekali. Ustaz Musa turut membawa anak-anak perempuannya makan bersama di malam terakhir kami di Siem Reap. Sebelum pulang ke hotel, kami sekali lagi ke night market setelah ‘diarahkan’ tuan presiden supaya mencari hadiah untuk ‘exchange gift event’ di kampung Poi Peit nanti.
-to be continued in next entry insyaAllah ^_^
No comments:
Post a Comment