Wednesday, 8 June 2011

GLOBAL OUTREACH PROGRAM 26/4/2011-6/5/2011 CAMBODIA-THAILAND TRIP BY IIUM PHARMACY STUDENTS SOCIETY (11th day)

~Kenangan indah yg sukar diungkap dgn kata-kata, kuharap dgn coretan diari dan gambar saat-saat manis yg diabadikan bersama dapat mengubat rindu yg masih tersimpan kemas,semoga ukhwah fillah yg terjalin kekal ke syurga, insyaAllah~


6th May 2011

   Hari ini adalah hari terakhir di Bangkok. Selepas bersarapan dan check-out hotel, kami ke National Cancer Institute. Kami diberi taklimat di meeting room oleh doktor pakar berkenaan National Cancer Institute dan kanser yg biasa dirawat di sini. Jika di Malaysia, pembunuh utama ialah penyakit jantung dan kanser (breast cancer, lung cancer etc), lain pula halnya di Thailand. Kadar kematian di Thailand majoritinya disebabkan kemalangan dan kanser seperti kanser paru-paru dan kanser hati, manakala penyakit jantung berada di kedudukan ketiga. Tapi itu bergantung pada tempat, di sebelah utara cenderung kepada kanser lain, di selatan statistiknya lain pula. Research pun banyak dijalankan di sini dan ada juga kolaborasi dari Malaysia yg terlibat seperti ‘epidemiology of nasopharyngeal cancer in Thailand’ research project oleh doktor2 Sarawak General Hospital.

National Cancer Institute di Bangkok

doktor di NCI memberi penerangan

emm...catit je la pape yg patut, macam tgh dengar lecture pulak

NCI sememangnya fokus dlm research cancer yg dibahagikan mengikut jabatan-jabatan tertentu.
Aplikasi genetik pasti memainkan peranan kerana jika penghasilan biomarkers untuk diagnosis kanser di peringkat awal berjaya, tentunya ramai pesakit dapat diselamatkan. Lab animal section juga terdapat di sini, yg mana animal tumor model dijadikan subjek ujikaji untuk mengkaji kanser dan ubatan yg berpotensi melumpuhkan aktiviti sel-sel kanser. Untuk jabatan farmasi pula, tugas-tugas harian macam biasa yg pharmacy students sedia maklum iaitu dispensing inpatients dan outpatients dan salah satu aktivitinya ialah screening prescriptions. Chemotherapy atau cytotoxic service untuk inpatients dan outpatients terletak di tingkat 5, cytotoxic service ni tempat dispense ubat-ubat kanser yg potent, dan rawatan radiasi. Bagi clinical activities pula ada patient counseling, in-service academic (drug information service) dan ADR (Adverse Drug Reaction) reporting. Selepas sesi taklimat, kami diberi tea break sebelum sesi lawatan yg dipecahkan kepada tiga kumpulan.

sesi taklimat di meeting room

tea break

di cytotoxic preparation room

Setelah kami kembali ke meeting room, sesi soal jawab dibuka. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Dr. Kausar, penyampaian cenderahati dan bergambar kenangan. Disebabkan kekangan masa, kami terpaksa berkejar menaiki bas biasa untuk lunch di Nouvo City Hotel. Turun dari bas kena naik tut-tut pula. Barulah sampai di hotel. Terus ceduk nasi dan lauk tak pandang kiri kanan dah, janji dapat duduk makan..hehe. Kami juga solat di hotel selepas makan, dan kemudian bertolak ke Paradise shopping mall.

Dr. Kausar bersama doktor dan pharmacist NCI

lihatlah betapa sesaknya jalan di Bangkok tanpa mengira masa

suasana di ruang makan Nouvo City Hotel

tersenyum riang sbb makanan dh masuk perut

Paradise shopping mall sama seperti shopping mall lain di Malaysia, macam alamanda putrajaya. Setakat window shopping bolehlah, akhirnya yg dibeli hanyalah coklat kokoa hut buatan Thailand, memang sedap dan tak ada dijual di Malaysia. Cuma setengah jam di mall, kami perlu berkejar ke Suvarnabhumi International Airport. Dinner pun dibekalkan sebab dah tak sempat dinner di restoran. Sampai sahaja di airport dah boleh check-in. Suasana sedih mula terasa bila bersalaman dengan senior yg menetap di Thailand, kak Huda dan kak Ibtisam dan tour guide kami, kak Nutjawa yg cukup mesra dengan kami walau baru beberapa hari berkenalan. Tepat jam 7.40 malam waktu Thailand, kami berlepas pulang ke Malaysia menaiki pesawat Airasia Ak 751. Selamat tinggal Thailand, insyaAllah till we meet again (^_^)!


~berakhirlah catatan perjalanan 11 hari 10 malam kami~


No comments:

Post a Comment