Wednesday, 28 September 2011

perkongsian ringkas

Bismillah....


      Juz sedikit perkongsian ringkas yg ku peroleh drpd kakak usrah kami. Kakak kami berkongsi kata-kata ustaz Pahrol Mohd Juoi yg didengarnya di ikim fm sebelum prtemuan kami. Katanya, seandainyalah kita masuk ke zaman Rasulullah dan para sahabat, pasti kita akan cakap, "eh, mereka ni gila". Manakan tidak, ada yg sanggup mengutip batu2 kecil di jalan dan memenuhkn mulutnya dengan batu2 tu. Kenapa? hanya kerana nk mengelakkan dirinya daripada mengumpat, memfitnah. Sedangkn manusia zaman kita? sehari takde berita sensasi, boleh tak senang duduk dibuatnya. Kadang2 dh warning kt mulut sndiri utk diam, tapi bila ade 'driving force' yg stimulate 'gossip receptors',tros laju je impulse smpai..dan mulut pun trbukalah bercerita hal orang itu,ini...('gossip receptors' tuu, ayat xleh blah hehe...kot2 pasni ade yg bukak buku physiology cari gossip receptors kt chapter nervous system :p). Okeh,sambung..dh melalut pulak. Masa turunnya wahyu supaya kaum wanita menutup aurat,para sahabat Rasulullah pada masa tu jugak mencapai apa saja yg ada,trmasuklah  kain langsir dan terus menutup aurat isteri mereka. Nak cakapnya di sini, pegangan Islam mereka sangatlah kukuh dan patuhnya mereka pd perintah Allah. Hal sebaliknya turut trjadi, seandainyalah mereka yg hidup di zaman Rasulullah ni masuk ke zaman kita, mereka pun akan mengatakan kita ni gila. Kenapa? because of our lifestyle. Islam is the way of life. Tapi hakikatnya,bukan smua yg kita buat ikut jln Islam. Ekonomi kita tak sekukuh di zaman khulafa al-rasyidin, masih dimanipulasi orang kafir. Ilmu agama penuh di dada,tapi bebas keluar berdua-duaan dengan bukan muhrim. Solat bertelekung cantik, tapi habis je solat,keluar rumah atau masjid tudung entah ke mana. 

Kata-kata terakhir utk kita smua muhasabah diri, reflect on ourselves. DI MANA LETAKNYA ISLAM DLM DIRI KITA? adakah pada hati,pada telekung,kopiah, sejadah?atau hanya sekadar pada nama?

No comments:

Post a Comment