Showing posts with label pharmacist. Show all posts
Showing posts with label pharmacist. Show all posts

Sunday, 9 October 2011

Clinical tagging attachment

        The list finally came out!




      Hehehe...sorry,all the matric numbers are confidentials,sume dh dihitamkn. We are all tagged with final year in a group. Alhamdulillah dpt HTAA for 1st clinical attachmnt khamis dpn,4 days to go...then stay in campus, next 2 weeks baru ke hosp. kemaman dan last skali hosp. temerloh. My group got GI & hepatobiliary system! Baru beberapa hari lpas blaja dgn Mdm Azrin...pergh,boleh tahan batch kami kne brainwash dgn mdm gara-gara kitorang lupa psl coagulating factors,bilirubin,warfarin and all those things related bla3....

"You all ni nama je blaja tapi tak pandai nk relate theoretical and situations,consequences.Macam ni ke nk jadi pharmacist?Time attachment nanti kalau tak dapat jawab I ketuk kepala you all"

Mak aii..kecut perut dengar warning mdm.Okeh,alarm memang wat bunyi emergency dh ni,kna well-prepared nmpk gayanya,tapi ape nk study nih???


Provided with the format above,okay dh nmpk jalan sket.So the things for us to pay attention:-
-BHT (bed head ticket)
-communicate with patient from the case assigned
-report form
-ingat med. abbreviations
-check presence of DRP
-bring all those drug info,mims,BNF,any related notes & guidelines
-jgn lupa kalkulator!

I really hope we'll get patient with non-complicated med. condition dan masuk hospital tak lama,or otherwise memang 'bling-bling'lah mata mengadap BHT berjela-jela,blum masuk part salin and interpret tulisan doktor yg 'sangat cantik' lagi.BHT ni records all info. we need to obtain..trmasuklah patient demographics,chief complaint (what doctor wrote acccording to patient's claim on the 1st time admitted),BP,HR,blood glucose,past medical histories,current med condition, past and current medications taken,not forgotten the most impotant ones,the test (liver function test,kidney function test,blood coagulation profile,fecal examination etc.)

Diseases that might involved in GI & hepatobiliary cases:
GERD,peptic ulcer (gastric ulcer,duodenal ulcer),IBD,pancreatitis,hepatitis,liver cirrhosis....

Besides,physical examination pun blh applied as one of basic methods to narrow the diagnosis,actually tak payah ni..med. students & doctors je buat.Cuma kita blh tanya patient dia rasa sakit kat bahagian mana,so that we can confirm patient's claim dgn diagnosis yg doktor dh tulis.

topographic anatomy of abdomen

Next,bila tengok symptoms,we should beware of the common symptoms like abdominal pain,heartburn and look at differences of a disease to another..maybe penyakit sama tapi penyebab berbeza,so different types of treatment must be matched correctly.Contoh, patient ade peptic ulcer and we thought NSAID as the cause,tapi sbnarnye patient tu dpt peptic ulcer caused by H.pylori..and that patient supposed to be treated with antibiotic tapi kita bagi ubat lain.Padan la tak sembuh-sembuh.

Paling risau part nk evaluate LFT dgn coagulation profile.Seriously still tak mahir nk relate sume values dgn presenting illness..reflection of abnormal values of bilirubin,albumin,total protein,ALP,PT bla3....ape nk explain time present case nanti.I should work harder to understand those things (T_T)

Ya Allah..permudahkanlah first attachment kami.Rabbi yassir wala tu'assir.


Saturday, 23 January 2010

Know your pharmacist (^_^)



















Di hospital, selalunya orang hanya mengenali pharmacist sebagai penjaga di kaunter ubat sahaja. Sebenarnya terdapat banyak pecahan tentang tugas pharmacist di hospital. Berikut disenaraikan satu per satu tentang pecahan tersebut dan apakah tanggungjawab seorang pharmacist di setiap bahagian tersebut.


1. Pharmacy Administration
:: Di sini, seorang pharmacist bertanggungjawab untuk merancang serta memastikan bekalan ubat dan bekalan perubatan lain untuk sesuatu hospital adalah mencukupi dan berterusan. Dia harus memastikan bahawa bekalan ubat yang disediakan adalah selamat dan berkualiti melalui cara penyimpanan yang betul. Ubat-ubat perlu diasingkan mengikut kumpulannya sama ada “ubat kawalan”, “racun”, “psychotropic” dan sebagainya. Sesetengah jenis ubat yang memerlukan suhu yang berlainan dari suhu bilik perlu diletakkan di dalam freezer atau peti ais untuk memastikan kualitinya terjamin.

2. Out-Patient Pharmacy Services (Bahagian Pesakit Luar)
:: Pharmacist perlu memberikan ubat kepada pesakit luar dan pesakit yang akan discharge dari hospital. Juga, pharmacist perlu memberikan maklumat yang secukupnya mengenai cara pengambilan ubat2 tersebut. Sekiranya pesakit menggunakan alat bantuan seperti inhaler atau insulin, pharmacist bertanggungjawab untuk menunjukkan cara penggunaannya yang betul.

3. In-Patient Pharmacy Services (Pesakit dalam Ward)
:: Pharmacists bertanggungjawab untuk memastikan semua “prescriptions” adalah disemak dan ubat yang betul mengikut dose yang betul dan cara pengambilan yang betul diberikan kepada pesakit yang berkenaan. Pharmacist juga perlu mempromosikan “compliance” di kalangan pesakit. Compliance di sini memberi erti bahawa setiap pesakit mengambil ubat dengan konsisten pada sela masa yang ditetapkan dan mengikut cara yang betul.

4. Satellite Pharmacy
:: Di setiap hospital, selalunya akan terdapat satu satellite pharmacy. Kawasan ini merupakan centalized unit farmasi untuk membekalkan ubat-ubatan kepada ward-ward yang spesifik atau dibekalkan dalam kuantiti unit kepada pesakit. Tugas pharmacist di sini adalah sama seperti di in patient services iaitu untuk menyemak setiap preskripsi dan memberikan ubat-ubat yang betul.

5. Drug Information Services
:: Pharmacist di unit ini bertanggungjawab untuk melayan setiap panggilan dan menjawab semua soalan yang ditanya oleh pemanggil. Pemanggil ini boleh saja terdiri daripada doktor, jururawat mahupun orang awam. Pharmacist perlu memberi respons kepada soalan yang dikemukakan dalam masa yang bersesuaian mengikut kepentingan maklumat tersebut kepada pemanggil. Selain itu, pharmacist juga perlu mengemas kini Hospital Formulary, iaitu buku yang mengandungi senarai nama ubatan yang digunakan di hospital tersebut.

6. Clinical Pharmacokinetic Services
:: Di bahagian ini, tugas seorang pharmacist adalah untuk mengesahkan kandungan sesuatu jenis ubat di dalam badan pesakit adalah di tahap yang selamat mengikut keperluan seseorang individu. Biasanya, objektif utama analisis ini dijalankan untuk mengesahkan dos ubat yang diambil adalah berlebihan, menentukan pesakit mengambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan (compliance), untuk mengurangkan risiko toksik ubat dan mengubah dos ubat mengikut keadaan pesakit. Pharmacist bertanggungjawab untuk memastikan sample darah yang diambil adalah pada waktu yang betul (samada sebelum atau selepas mengambil ubat), menganalisis keputusan yang diterima serta mencadangkan perubahan tentang dos ubat yang perlu dibuat mengikut keadaan pesakit.

7. Parenteral Nutrition Services
:: Pharmacist bertanggungjawab menyediakan nutrition yang diperlukan oleh pesakit yang tidak dapat makan secara oral. Pharmacist perlu mengetahui keperluan nutrisi yang diperlukan oleh pesakit, menyediakan nutrisi berkenaan, memastikan kualiti nutrisi yang disediakan adalah dalam keadaan bersih dan mengikuti perkembangan pesakit.

8. Oncology Pharmacy Services
:: Pesakit kanser memerlukan cytotoxic drugs. Penyediaan ubat tersebut adalah dilakukan oleh seorang pharmacist. Pharmacist perlu menyediakan semua protokol untuk merawat kanser yang dipraktiskan di hospital tersebut dan memastikan setiap penyediaan ubatan adalah mengikut protokol yang disediakan. Keputusan makmal yang berkaitan dalam penyediaan sesuatu ubat juga perlu diberi perhatian oleh pharmacist. Contohnya, bilangan sel darah putih pesakit perlu berada di tahap yang selamat bagi membolehkan sesuatu ubat itu diberikan.

9. Community Pharmacy Services
:: Basically, tugas pharmacist di sini adalah untuk memastikan ubat yang betul diberikan beserta dos dan jumlah yang sama seperti yang dilutis di dalam preskripsi. Pharmacist juga perlu menyemak presrikpsi untuk mengesahkan tiada kesalahan yang dilakukan. Pharmacist juga perlu memberi arahan yang tepat dan betul kepada pesakit tentang cara penggunaan sesuatu ubat.

10. Enforcement (Penguatkuasaan)
:: Di unit ini, pharmacist perlu memastikan bahawa setiap ubatan yang dijual adalah mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya terdapat mana-mana premis atau individu yang disyaki menjual ubatan secara tidak sah, pharmacist boleh melakukan sebuan ke premis tersebut. Bagaimanapun, perlu diingatkan pharmacist tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menahan sesiapa. Jadi, kebiasaannya pegawai polis akan turut serta dalam serbuan yang dilakukan. Setiap iklan yang mempromosikan barangan kesihatan juga perlu mendapat lesen yang sah. Pharmacist bertanggungjawab memantau semua iklan mengenai kesihatan.

Begitulah secara ringkas tugas seorang pegawai pharmacist. Pharmacist juga boleh bekerja di bahagian industri iaitu di kilang-kilang yang menghasilkan ubat-ubatan. Kesimpulannya, pharmacists are guardian of drug information. Let us never let this professionalism down.